28 Jun 2009

Sisi Lain Tentang Sastera

Justeru, pada pandangan saya tiada sesiapa pun yang layak menggelarkan pengarang itu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden tanah air. Hal ini kerana setiap pengarang membawa perubahan yang tersendiri dalam karya mereka seiring dengan perkembangan ilmu di tengah masyarakat. Jikalau tetap untuk memberikan gelaran tersebut, saya fikir gelaran tersebut bukan bersifat mutlak tetapi suatu persamaan yang membangunkan dunia sastera tanah air. Ada unsur saling meminjam di antara kedua-dua tokoh ini dalam memajukan atau mengislahkan dunia sastera tanah air.
Terima kasih editor yang sudi menyiarkan tulisan berbentuk erncana sastera di Mingguan Malaysia hari ini. Untuk membaca rencana tersebut dila dapatkan akhbar Mingguan Malaysia atau klik link di bawah ini:
Namun edisi MM online hari ini tidak menyiarkan cerpen atau puisi. Sila dapatkan akhbar MM untuk menikmati cerpen dan puisi yang sudah pasti mengisi rohani dan pemikiran tuan/puan. Terima kasih.

4 ulasan:

  1. blog sastera..bagus...

    BalasPadam
  2. salam

    tentang perubahan baru yang saudara katakan itu perlu penjelasan yang nyata. Saudara juga seperti melakukan pengulangan kepada pemartabatan Abdullah Munsyi. Tiada perubahan dalam pemerhatian saya. Masih berlegar dalam lingkaran itu.

    pada hemat saya seorang pemikir besar tidak perlu menemukan master idea. sebalik, ia harus mampu menemukan kembali dan mengesahkan semula sebuah kebenaran yang dilupakan, diabaikan atau disalahfahami. dan mungkin abad pada pengertian SMN alatas itu berbeza dengan pemahaman saudara. abad bukan membawa pengertian akhlak semata-mata. Ia lebih daripada itu.

    BalasPadam
  3. Ya silakan. Rencana itu saya letakkan sebagai POLEMIK. Ia boleh didebatkan. Andai ada saudara bereaksi demikian sila tuliskan sebauh rencana tentangnya dan kirim kepada kuseman. Insya Allah. Jika ada sambutan dan kritikan saya akan panjangkan lagi hujah saya. Dalam rencana itu memang singkat kerana keterbatasan ruang. Kita boleh buat secara siri demi siri. Rencana itu lebih sekadar mengingatkan Zariat Abd Rani yang semacam terlupa dengan fakta mesin cetak yang juga menjadi tanda aras pengisalahan. Sila saudara, kita berpolemik di MM. MM suka polemik-perbincangan semi serius di akhbar kerana melariskan akhbar mereka.

    BalasPadam
  4. Ijad..terima kasih atas wisata. Blog ini seperti penggalak saya menulis sahaja selain meneliti trai kreativiti yang sungguh aneh liang liuknya itu. TK saudara.

    BalasPadam