Sewaktu menelusuri sejarah tamadun Melayu Islam susunan Prof Dr Hashim Musa dan juga beberapa buah cerpen Zainal Rashid Ahmad yang menang HSKU, selain kumpulan puisi Buah Rindu oleh Amir Hamzah yang syahdu berani, syair-syair Hamzah Fansuri yang mistikal cintanya, kumpulan cerpen Fakurdabakia oleh Mana Sikana-suatu kecenderungan saya ialah saya suka baca berulang kali.
Selain itu saya hayati juga secara ringan pop lagu Budak Kaca Mata berjudul Cinta Tak Perlu diPaksa. Saya teringat sewaktu saya dalam era pemilihan aliran ke tingkatan 4, saya ditarik oleh Cikgu ke aliran Sains Tulen. Saya resah. Bukan saya tidak minat Sains tetapi saya tidak mahu terpisah dengan Sastera. Walau sekolah saya tiada kelas sastera, cuma kelas geografi dan kemanusiaan (kelas paling teruk akademik dan akhlaknya) saya rela ke sana. Saya tidak mahu dipaksa mengikuti apa yang saya tidak suka sehingga meragut cinta saya.
Saya lari dari kelas diam-diam kemudian masuk ke kelas 4 Geografi. Kawan-kawan hebohlah dengan pelarian saya. Alasan saya mudah sahaja, aku tidak suka kawan dengan budak-budak cina pekan yang tidak mesra alam itu. Walhal alasan sebenarnya lain. Tapi takut kawan-kawan sekampung saya itu tidak memahaminya. Apabila Cikgu yang bertanggungjawab menarik saya ke kelas sains itu mencari saya, saya cakap terus terang:
"Cikgu saya tidak suka kelas sains tulen sebab saya suka sastera."Itulah hujah bela diri termudah. Cikgu itu pun berleter mengatakan saya rugi dan lain-lain. Saya buat pekak beruk sahaja. Saya lebih teringat akan Hilmi dalam Salina. Hati saya berbisik jujur, "Cikgu saya bukan tidak suka kelas sains tulen tetapi saya tidak suka komposisi kaum dalam kelas yang dianggap elit itu. Mengapa akwan-kawan saya yang mahu ke kelas sains tulen tidak dapat dipertimbangkan ke sana walhal mereka amat berminat belajar. Biarlah keputusan peperiksaan akhir tahun mereka yang kurang seidkit. Setidak-tidaknya ada seimbang juga Melayu-Cina dalam kelas Sains Tulen tersebut. Saya bolehlah dianggap agak pandai juga di sekolah tetapi salahkah saya tidak belajar sains dan belajar sesuatu yang lain?Apakah sastera untuk pelajar rendah pencapaian akademik sahaja?
Apabila saya masuk ke universiti adalah seorang siswi menyatakan kepada saya "Marilah jadi gewe kawe' apabila saya belum bergandingan dengan sesiapa. Tapi saya lari. Sungguh melucukan babak itu. Bagi saya cinta tidak perlu dipaksa. Biarpun untuk kononnya pengorbanan untuk bahagia orang lain sampai mengesampingkan pertimbangan hati sendiri. Dalam fasa-fasa berkarya dan bekerjaya ini sempat pula saya bercinta-cinta dengan impian dan harapan serta idealistik!
Baru-baru ini saya membantu kawan saya Nurol Huda menyediakan kertas kerja seminar yang mahu dibentangkannya di Riau bulan depan dan juga kertas penyelidikan masternya. Memang dia kurang ilmu tentang sastera jadi saya bantulah dia. Sampai suatu ketika dia diam dan nada cakapnya berubah-ubah. Macam marah. Sekejap tinggi sekejap rendah. Bila saya cungkil sikit diapun cakaplah "Aku ini bukannya pandai sangat pun. Aku dulu dari aliran Sains. Keputusan cukup lepas sahaja. Bila ke UM buat sarjana muda, aku dapat sastera. Bila master pun sastera. Nampaknya inilah takdir hidup aku walau aku ini lembab tak macam hang. Aku rasa aku bodoh kadangkala. Maaf aku menyusahkan hang."
Saya betul-betul simpati. Saya sekadar nasihatkan saja supaya dipupuk rasa cinta itu kepada bidang sastera. Saya tidak dapat menasihati lebih-lebih sebab jiwanya kusut tatkala itu.
Hanya itu sajalah jalannya. Cinta.
Namun walau apapun cinta itu janganlah terpaksa. Tidak semena-mena kita menjadi mangsa untuk membahagiakan orang lain. Kita tiada cinta. Kita tiada mesra dan kesalingfahami. Itu amat menjera jiwa. Jiwa kita akan meronta2 mahu mencari jalan keluar di saat kita dipuncak tegangan emosi. Mengugah rasa. Sewaktu itu walau sekuat mana pun kita berpura-pura melupakan bahagian dan hak kita, kita tetap akan tewas akhirnya.
Kita yang akan sakit dan merana juga akibatnya. Oh, manusia janganlah begitu hendaknya. Allah tidak menyuruh kita menyintainya selagi kita belum mengenalNya. Selagi kita belum mengikutiNya. Sekadar menjadi Abdullah semata yang mengejar syurgaNya.
Sedangkan cinta tidak tergapai.
Cintalah dimulai dengan mengenal terlebih dahulu.Mesrai.Fahami. Penuhi.Sandari.
Dalam hubungan cinta sesama manusia-Jika belum berupaya menyintai sesuatu yang telah diterima maka belajarlah untuk menguatkan diri keluar daripada dilemma yang memenjarakan jiwa.
Saudara Ali,
BalasPadamSalam ziarah. Tekal menulis.
al-Kurauwi
Terima kasih saudara.
BalasPadamCinta hahahaha.........
BalasPadamTutuplah mulut siki ketawa itu.
BalasPadam