Jawapannya: ada perbezaan. Skrip adalah konsep idea asal cerita yang ditulis oleh penulis skrip.
Manakala lakon layar ialah skrip yang telah diberikan sudut pandan gerak kerja kamera serta aspek pengarahan yang lain. Ini untuk pengarah.
Maka aku penulis skrip semata. Formatnya amat mudah. Berikut contoh permulaan sebuah skrip filem seram yang sudah siap sepenuhnya.
SKRIP FILEM ‘________' (*Rahsia) OLEH MUHAMMAD ALI ATAN.
1. EXT. RUMAH TERES ZURA&ANA – SENJA
DI SUASANA SENJA ‘MAMBANG KUNING’. KELIHATAN SEBUAH KERETA BERHENTI DI HADAPAN SEBUAH RUMAH TERES. ZURA (22) KELUAR DARI KERETA. WAJAH ZURA TAMPAK PUCAT DAN TIDAK BERMAYA. ZURA TERBATUK-BATUK KECIL.
ANA
(risau)
Zura...bertambah pucat muka kau ni...kau sakit ke?
ZURA
(senyum tawar)
Aku ok. Cuma letih sikit. Ana, kau belikan aku nasi ayam dan air barli tanpa ais ok?
ANA
(senyum hambar)
Ok. Kau masuk dulu. Sekejap lagi aku kembali.
KERETA MENINGGALKAN ZURA SENDIRIAN DI DEPAN RUMAH. ZURA BERJALAN GONTAI MENUJU KE PINTU RUMAH. ZURA TERPANDANG SEEKOR BURUNG HANTU BERTENGGEK DI BUMBUNG RUMAHNYA. BURUNG HANTU ITU SEPERTI MEMANDANGNYA DENGAN TAJAM. ZURA TERUS BERJALAN TANPA MEMPEDULIKANNYA.
NAMUN TIBA-TIBA ZURA TERMUNTAH. ZURA AMAT TERKEJUT APABILA MELIHAT DARAH SEGAR MELAMBAK KE TANAH. ZURA MEMEGANG DADA DAN LEHERNYA. ZURA BERASA DADA DAN TEKAKNYA AMAT SAKIT LALU ZURA TERBARING DI ATAS TANAH.
ZURA PENGSAN. SUDUT LAIN BURUNG HANTU ITU TERUS MEMERHATIKAN ZURA. TIDAK LAMA KEMUDIAN ANA KEMBALI. ANA(22) KELUAR DARIPADA KERETA MENDAPATKAN ZURA YANG TERBARING DI TENGAH HALAMAN.
CUT TO:
2. INT.BILIK TUTORIAL – PETANG KEESOKAN HARINYA
PAPARAN SLAID POWERPOINT PADA SKRIN PUTIH DENGAN JUDUL ‘ALLAH MAHA ESA DAN KEKUASANYA’. DI BAWAH JUDUL ITU TERTERA MAKSUD SURAH AL-IKHLAS IAITU 1.ALLAH ITU ESA. 2 ALLAH TEMPAT TUMPUAN SEKELIAN MAKHLUK. 3. ALLAH TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN. 4. DAN TIADA SESUATU PUN YANG SETANDING DENGANNNYA.
SABIL
(senyum)
Kesimpulannya KeEsaan dan Kekuasaan Allah itu adalah mutlak. Ada apa-apa soalan?
SEORANG PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN.
SABIL
(senyum)
Ya, silakan.
PELAJAR PEREMPUAN 1
Apakah akidah seseorang muslim itu boleh terjejas jika percayakan hantu?
SABIL
(diam sejenak)
Tidak. Jika muslim itu percayakan kewujudan hantu itu sebagai syaitan dan iblis seperti yang dikhabarkan dalam Al Quran dan Hadis. Tetapi lain jadinya kalau muslim itu menyakini hantu itu berkuasa membawa mudharat.
KELAS RIUH. PELAJAR PEREMPUAN 2 BANGUN.
PELAJAR PEREMPUAN 2
Bagaimana dengan sihir yang melibatkan syaitan dan iblis atau hantu itu..bermacam jenis sihir membawa mudharat kepada manusia..misalnya sihir jenis santau...
SABIL
Jika kita menyakini mudharat akibat santau itu terjadi secara mutlak berpunca daripada syaitan dan iblis, maka syirik jalilah kita. Namun jika kita menyakini mudharat itu terjadi atas izin Allah Yang Maha Kuasa...tanpa izinNya tidak akan bawa mudharat, maka itulah yang sebetulnya.
KELAS RIUH LAGI. SABIL (28) MENARIK NAFAS PANJANG. PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN DAN BANGUN.
PELAJAR LELAKI 1
Maksudnya...santau memberi mudharat dengan izin Allah jua..tanpa izinNya santau tidak akan berlaku...begitukah?
SABIL
Benar.Justeru Allah menyatakan dalam Surah Al Ikhlas ‘Allah tempat bertumpu segala makhluk’. Berdoa dan berlindung dengan Allah daripada hasutan dan sihir. Hal ini wajar kerana ‘Allah tiada yang setanding denganNya.’
PARA PELAJAR MENGANGGUK MEMAHAMI PENERANGAN SABIL.
SABIL
Saya ucapkan selamat bercuti semester. Tapi, jangan lupa pula tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Muhaimin itu. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh emel atau telefon saya. Insya Allah saya akan bantu sekadar tugas saya sebagai seorang tutor.
SABIL MENUTUP PEN MARKER. MENUTUP PROJEKTOR. MENGEMAS BARANG. BERSALAM DENGAN PELAJAR. MELIHAT JAM TANGAN.PUKUL 6.OO PETANG. MENUTUP PINTU BILIK TUTORIAL DARI LUAR.
CUT TO :
Kalau selepas babak pertama ini ada babak imbas balik di akhir babak 1 ditulis CUT TO FLASH BACK.
Bila nak tamatkan babak flash back pada babak ke 3 akhiri pada babak ke dua dengan DISSOLVE TO END FLASHBACK.
Mudah je kan. Soal macam mana nak masukkan cerita dalam filem/cerekA itu aku bagitau kemudian. Aku nak sambung menaip balik. Banyak masuk ni!
*Aku merasai betapa berfaedahnya meninggalkan orang yang jahil bodoh dan kurang adab ini kerana cita-cita aku sudah separuh tercapai. Alhamdulillah.
as salam
BalasPadamTeringin nak menulis skrip, tp x tau format. Takut gelak dik org aje
Tq ya...
BalasPadammenarik,,, nak belajar laaa..
BalasPadam