katakanlah kata-kata apa
bertubuh tanpa berkepala
selesai sengketa rasa
kita derita.
katakanlah kata-kata cinta
bertubuh berkepala
selesai sengketa
kita bersama.
katakanlah.
biar selesai ruwetan emosi
keluarlah dari sarang khuatirmu
berdepan dengan dia
dan embun diniharipun
mengucupi daun dan bumi.
Pra Pertemuan Bumi Yan, Kedah.
7 Jun 2009
3.31 ptg
Jangan lupa lawat blog saya semuanya ada iklan seminar percuma DBP anjurkan juga majlis sastera di Istana Budaya. Jangan lupa hadirkan diri martabatkan bahasa Melayu kita.
BalasPadamTerima kasih wahai sahabat. Semangatmu aku kagum. Semoga ada camar yang singgah ke gua dirimu menyampaikan warkah pesan seorang hizir yang sedang mengangkat sauhnya dari sebuah bahtera. Pesan itu tertulis:Aku tidak risau ombak dan alun. Aku tidak bimbang garuda dan angin pusar-pusaran. Yang kubimbang adalah naga bercula tujuh itu. Yang kuaada hanya sebilah pedang kayu yang kusangka pedang besi tajam warisan arifbillah. Ah, kalaulah camar-camar itu tidak mahu pulang kesarang, pastilah kupaksa mereka mencari pedangku yang hilang itu di segenap ceruk pantai dan pulau. Namun, baru sebentar tadi ku dengar seruan. Yang kau cari tiada di hutan dan pulau. Ia ada dalam tawajjuhmu. Maka awasilah angan-angan dan panjang khayalmu:Pesan ini selalu dilupakan oleh salik yang kehilangan pedangnya!
BalasPadam