10 Ogos 2017

Makluman kepada peminat dan murid Allaryarham Tok Awang Ngah

Assalammualaikum

Saya berminat untuk menghubungkan silaturrahim antara sesama kita sama ada anda peminat mahupun murid TAN. Saya berbesar hati agar anda dpt whatapps atau mesej saya ke nombor 013 642 1228.

Saya cadangkan kita buat satu group what apps. Dlm group kita blh kongsi-kongsi pengalaman kita dengan dunia ghaib ini.

Saya tahu ramai sekali diluar sana tahu ilmu 'diri' ini. Ayuh kita bersama dlm satu group bila saya tgk ada sambutan yang baik saya akan buat renion dan kita buat aktiviti bersama yg bermanfaat.

Jom!

Yang Benar 
AliAtan
013 642 1228

07 Mac 2017

Sastera kita lembab dan mati?

Sastera di Tanah air kita masih belum mati. Selagi manusia menggunakan Bahasa untuk bicara dan menulis sastera kekal hidup cumanya hidupnya seperti apa dan bagaimana itulah fokus tulisan ini.

Dunia

Dunia sastera Tanah air, Malaysia sebenarnya terlalu kecil. Kecil dari segi pengikutnya dan kecil pula dari segi penulisnya juga kecil pula dari segi pengisian dan jiwanya.

Kebanyakan karya sastera yang cuba berjiwa besar yang ditulis dan diangkat menang melalui beberapa pertandingan dan sayembara penulisan langsung dipandang sepi khalayak.

Karya sastera berjiwa besar yang menang melalui pertandingan ini selalunya terkandas di kedai-kedai buku dan akhirnya dijual lelong dengan harga yang lebih rendah daripada besi buruk.

Iya, besi buruk dapat dinilai dengan berat timbang katinya.

Apakah sebab ini berlaku?

Sampaikan majalah Dewan Sastera pun bukan sahaja sangat sukar ditemui di kedai bahkan dikatakan amat sukar untuk menemuinya di bandar besar sekalipun.

Salah promosi dan pengiklanankah?

Sampai kita harus beralasan lapuk seperti ini.

Kita kembali fokus. Disebabkan sastera bukannya komoditi yang dpt diraba, disentuh dan digunakan seperti gajet dan alat teknologi canggih namun disebabkan sastera telah didagangkan melalui majalah maka tidak dapat tidak kita mesti mengkaji daya tarik majalah sastera itu sendiri. Sejauh mana majalah sastera dapat menarik minat khalayak untuk memilikinya!

Kerugian majalah sastera bukan terletak kepada ketandusan khayalak. Tetapi khayalak  gagal merasai majalah sastera mewakili aspirasi dan semangat mereka.

Mungkin ini disedari oleh pentadbir dan sang editornya. Bukankah ada bahagian dikhususkan untuk menonjolkan penulis-penulis tertentu?

Sebenarnya langkah itu sudah bijak. Namun masalahnya ruang dalam majalah sastera telah dimonopoli oleh sesetengah penulis dan kawan-kawan mereka sahaja.

Ini berlanjutan daripada persatuan sastera kawan-kawan, syok2 sendiri. Nanti kita bicarakan soal persatuan sastera.

Majalah sastera juga dimonopoli dengan faham sastera utk sekelompok orang semata. Yang terkeluar faham sasteranya drp golongan ini akan tidak diiktiraf sebagai karya sastera. Bahkan diburuk-burukkan sebagai karya sampah.

Ah, memang diakui wujudnya karya-karya sampah. Namun dalam bab mendidik dalam bab melakukan produk sastera haruslah kita bersikap terbuka dulu.

Kemudian dalam keterbukaan itu kita wujudkan perbicangan dan dialog yang hemah. Manusia itu adakalanya sangat jumud. Menerusi dialog dia boleh berubah menjadi dinamika dan sesuai dengan persekitaran zaman dan suasananya.

Sastera tidka seharusnya dimonopoli sebatang genre penulisan semata-mata. Maksudnya penulisan karya sastera cetak malahan harus diperluaskan kepada wahana penulisan lain seperti siber.

Iya, itu pun sudah ada sebenarnya digerakkan sastera sber. Tapi ia masih tidak memperlihatkan keterbukaanya dalam menerima kepelbagaian.

Sastera masih digenrekan yang itu-itu juga. Bersediakah kita menerima skrip filem umpamanya sebagai sebahagian daripada sastera?

KiIta mungkin terlalu ego dan berlagak bodoh pula. Tambahan pula dicampur perasaan hasad dengki dan iri melihat kejayaan kawanan lain yang berjiran dengan kita.

Cubaan yang dibawa oleh grup persuratan baharu mempunyai dan kontra dalam daa usaha memperkembangkan makna dan fungsi sastera itu sendiri.

Yang saya lihat upayanya khususnya Affandi Hassan mahu takrif sastera itu bukan senata pada fiksyen tetapi sebuah fakta yang diolah menjadi cerita yang dapat dipertanggungjawabkan bukan semata-mata terhasil daripada angina khayalan semata-mata.

Bahkan dikatakan ulamak yang menulis kitab-kitab kuning juga dianggap sastera yang sebenar yang mengandungi hikmah kebijaksanaan dan membawa obor cahaya kebenaran.

Itu tidaklah menjadi soal dlm bab ini. Tetapi apabila daya usaha dakwah itu dipraktikkan dengan jalan-jalan tabii manusia yang negative maka jadilah ribut dan rebut dalam sastera kita.

Jatuh menjatuhkan. Hina menghinakan. Hingga soal-soal peribadi terkait sama. Perangai2 buruk manusia tercampur sama hingga tak mau silaturrahim lagi.

Bukan saja itu bahkan timbul sampai ke soal-soal akidah seseorang.

Sekali lagi kita kalah dalam menjiwa besarkan sastera tanah air kita.

Dan kembali kepada majalah sastera yang hamper kematian hayatnya itu di tahun 2017 ini secara jujurnnya memang langsung tak menarik perhatian awam.

Sifatnya terlalu eksklusif hingga jauh daripada reality semasa yang dilalui oleh rakyat biasa. Majalah sastera harus berisfat dinamis antara realiti dan imiginasi. Bahawa realiti sepatutnya menggodak imiginasi dalam proses menghasilkan karya yang bersifat universal dan dapat menarik perhatian umum dan awam.

Bukannya imiginasi dulu yang memaksa rakyat yang hidup dialam realiti ini untuk menghadapinya. Sastera sebagai suatu cara untuk berhibur dan bersuka-sukaan bahkan untuk lari daripada kepenatan hidup sudah tidak sesuai lagi untuk dibuat.

Perancang Sastera yang menerima gaji saban bulan di Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya bertindak aktif untuk memahami dan menggerakkan segala daya usaha ini bukan semata-mata menerima gaji di hujung bulan dan pulang jam 5 petang.

Banyak lagi soal yang terkait yang pada nantinya saya akan menulis dari semasa ke semasa. Biarpun saya kini menumpu dalam bidang pengubatan Islam dan alternative serta menekuni jalan spiritual secara sepenuh masa, namun sastera tidka pernah hilang drp jiwa saya. Kerana selagi saya hidup pastilah saya akan bernafas dan berkomunikasi dengan bahsa saya. Penggunaan Bahasa dan pemilihan kata yang sesuai dan indah ibarat wahyu yang turun ke jemala hati budi saya dan ia takkanb pernah terhenti sekalipun matahari terpadam. Bulan ghaib.