16 Jun 2009

cermin

kerana kau memanjangkan mimpi
pengasih diri
maka setiap pelanggan baru
akan meminjam sudut
untuk bayang cairnya.

kau merungkaikan harapan
atau memekatkan cita.
di depanmu diri diukur
gambar akal dipadamkan kepada kenyataan

Muhammad Haji Salleh
Madrid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan