06 Ogos 2010

Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya

Khabarnya, Tok Awang Ngah sudah meninggal dunia. Ini cerita daripada kawanan penulis lama-lama. Segala yang hidup pasti menemui mati. Mati hanya di dunia. Hakikatnya terus hidup di alam sana. Sebenarnya Tok Awang Ngah ialah penulis rakyat. Karyanya merakyat khususnya di kalangan orang Melayu. TAN bukan sasterawan negara menang hadiah perdana sastera dan menjadi bahaan bacaan dan kajian sarjana sastera. Tetapi di hati jutaan pembaca dan pengikut setia novel seram TAN, TAN lah pujangga sekaligus pendakwah yang disampaikan melalui cerita. Sejak saya menulis entri tentang Tok Awang Ngah saya mendapat respon daripada pembaca yang mencari kata kunci tentang Tok Awang Ngah. Tok Awang Ngah terkenal dengan Siri Berkelahi dengan Syaitan. Ia merupakan saingan kepada Tamar Jalis. Namun setiap penulis ada kekuatan tersendiri. Tamar Jalis dan TAN mempunyai kekuatan tersendiri. Namun yang penting kedua-dua penulis menggambarkan perjalanan selok belok kehidupan para pengubat Melayu sejati yang berbakti ke tengah masyarakat. Di peringkat dunia akademik penialaian diberikan di atas nilai karya yang memenuhi hasrat perdana atau khalayak yang dikatakan penikmat sastera sebenar. Walaupun kita tahu karya sastera mempunyai ciri kemanusiaan yang mengesankan namun akhir-akhir ini sastera lebih dilihat kepada keuntungan material hingga menggadaikan keseluruhan jati diri dan nilai estetika yang perlu hadir dalam selok belok cerita. Cerita di alam Melayu juga sudah dibelah oleh pisau kapitalisma dibedah oleh tangan-tangan ekperimental. Kita tidak menyekat hal itu namun demikian penulisan karya secara konvensional seperti TAN dna TJ merupakan genre yang khusus dan tersendiri. Di peringkat masyarakat seseorang itu dipandang dari segi KETOKOHAN. Rakyat terbanyak tidak sangat meletakkan nilai seseorang itu pada pangkat akademik tetapi melihat karismatik, kewibawaan dan fungsi individu dalam masyarakat terbawah hingga pertengahan hingga jasa dna baktinya dipandang tinggi masyarakat. Ketokohan dalam karya TAN dan karya TJ mempunyai ciri ketokohan berbeza. Jika watak Saya dalam SBDS digambarkan berlatarbelakang agama, hanya berkunjung suadara yang sakit watak datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat pengembaraan dan penerokaan ruang budaya dan lokasi. Benar TAN ada penerokaan lokasi namun ia bukan lagi lokasi fizikal tetapi lokasi ghaibi. Manakala lokasi datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat fizikal dalam latarbelakang Alam Melayu yang pekat. Ketokohan TAN adalah sifatnya yang bukan hadir sebagai pawang bomoh atau perawat Islam sekalipun. Ketokohan datuk sebagai orang yang pandai-pandai malah datuk tidka mahu dikenali sebagai bomoh. Datuk digambarkan manusia Melayu yang sangat mementingkan hubungan silaturrahim dna menolong saudara seagama yang mengalami kesusahan dengan segala ilmu yang dimilikinya. Perbezaan besar ketokohan antara TAN dan datuk ialah TAN tidak pernah menyatakan dia memiliki sebarang dampingan, khadam dll. Malah TAN sendiri pernah sakit akibat perbuatan makhluk halus sebelum sihat kembali. Manakala datuk mempunyai khadam harimau yang membawanya dalam perjanalan jauh atau di saat genting. Datuk juga ada isteri orang Bunian. Namun datuk tetap digambarkan mempunyai keribadian mukmun yang kuat kerana tdk pernah datuk tunduk kepada jind an setan. Malahan pernah ketikabertarung dengan setan, setan telah masuk ke tubuh Tamar sehingga tamar melihar tubuh Datuknya mempunyai cahaya yang terang pada dadanya. Setan membisikkan agar Tamar menikam datuk pada cahaya itu. TAN pula memiiki pengalaman perawatan yang unik dan langka. Kalau kita perhatikan dalam siri-sirinya ayat-ayat bacaan (mungkin Ayat Kunci) adalah sama sahaja sebelum TAN 'mengembara' mencari punca masalah lalu menyelesaikannya. Saya didatangi oleh dua peminat TAN. Mereka menyatakan mahu berubat. Saya buatlah setakat terdaya. Saya bukanlah atau sama dengan TAN terutama dalam mengubat. Saya tak ada kelebihan tersebut. Saya juga mendambakan ada pengubat yang berwatakakan demikian. Yang faham luar dalam perawatan dan pengubatan ketuhanan. Namun kalau suatu masa Allah izinkan dan kehendaki maka ia bukanlah mustahil. Ketokohan TAN sebenarnya suatu gambaran yang kita cari dalam kehidupan realiti bukan sahaja sebagai penyelesai masalah berkaitan gangguan malah juga sebagai tokoh pendengar dengan akhlaknya yang terpuji. Mungkin kita boleh wujudkan masa sehari untuk pertemuan para pembaca TAN seluruh Nusantara dan bertukar-tukar pandangan cerita sesama kita...

14 ulasan:

  1. Untuk makluman saudara, sememangnya TAN telah lama meinggalkn dunia yg fana ini.Allahyarham telah berhenti berkarya sekitar tahun 2000 dan jika ada pun naskah yg berada di pasaran adalah naskah yg diulang cetak.Ilmu yg dimiliki oleh Allahyarham TAN, adalah ilmu yg benar kerana ada segelintir menidakkan apa yg tertulis di dalam naskah2 Allahyarham. Allahryaham menceritakan semua pengalaman yg berlaku pada dirinya dan juga melalui pengembaraan yg beliau sendiri hadapi sepanjang beliau menggelarkan diri sebagai Tok Awang Ngah.baru kini sy berkesempatan untuk melayari setiap pelusuk dunia tanpa sempadan (Internet) bg sesiapa yg tidak mengetahui keadaan TAN yg sebenarnya.Di gelanggang sastera, beliau digelar Tok Awang Ngah. Mungkin ada yg pernah berubat dgn Tok Awang Ngah tanpa disedari kerana TAN tidak pernah menampilkan diri sbg TAN ketika mengubati Pesakit. Terima kasih kepada saudara kerana dapat menghayati naskah Allahyarham TAN dan semoga roh Allahyarham TAN dicucuri rahmat...InsyaAllah...

    Waris Kekal

    BalasPadam
  2. Subhanallah..andai benar Ustaz Tok Awang Ngah telah meninggal dunia sama2lah sedekahkan Al Fatihah untuk beliau dan marilah berdoa agar roh ustaz bersama para shuhada dan solehin..

    BalasPadam
  3. boleh saya tahu nama TAN sebenarnya??

    BalasPadam
  4. siapakah nama sebenar tuk awang ngah??

    BalasPadam
  5. siapakah nama sebenar tok awang ngah??

    BalasPadam
  6. saya mengagumi TAN sebagai sosok yang hebat melalui siri2 buku terbitan mulya utama. ternyata TAn erjaya membawa saya untuk turut serta dalam kisahnya! sehingga sekarang saya masih mencari2 siapakah gerangan tan sebenarnya.

    BalasPadam
  7. Dalam buku2 beliau sahabat2nya memangil beliau ustaz mat deh

    BalasPadam
  8. Tak salah saya TAN ini ada kene mengena dengan seorang sasterawan yang bergelar Dharmala ms....

    BalasPadam
  9. rujuk wikipedia siapa TAN sbenarnya..

    BalasPadam
  10. untuk makluman, TAN berhenti menulis siri Berkelahi Dengan Syaitan (BKS) kerana terkilan disebabkan tindakan KDN melarang ayat-ayat suci ditulis dalam rumi (melainkan ditulis dalam bahasa arab) seperti yg terkandung dalam BKS dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah. TAN terpaksa menulis ayat suci dalam bahasa rumi disebabkan ketiadaan kemudahan perisian (software) arabic dan lebih suka menggunakan mesin taip. Dan pada fahamannya, pembaca lebih mudah membaca dan menghayati jika ia kekal dalam tulisan rumi.

    Siapa sebenarnya TAN,biarlah kekal begitu. Yang penting, kita hayati apa yang TAN tinggalkan untuk pembaca setia BKS.

    -Anak TAN-

    BalasPadam
  11. Siapa TAN, biarlah kekal identitinya sebagaimana begitu. Sebagaimana Tamar Jalis yg kekal dengan identitinya. TAN berhenti berkarya disebabkan arahan dari KDN yg melarang ayat-ayat suci Al-Quran ditulis dalam bahasa rumi. Ayat-ayat suci dalam buku tulisan TAN memang ditulis dalam rumi disebabkan oleh tiada kepakaran IT (software untuk menulis dokumen dalam bahasa arab) dan juga niat TAN yg ingin memudahkan pembaca menghayati dan membaca BKS. Walhal, TAN sudah menyatakan rujukan ayat tersebut dalam setiap buku BKS. Apa nak buat. KDN punya kuasa.......

    BalasPadam
  12. Salam untuk Mohd Ali,Tuan punya blog dan salam juga buat anak TAN, saya membaca buku penulisan TAN semasa di alam persekolahan lagi. Saya cukup mengakumi TAN sebagai seorang ustaz dengan kaedah rawatannya yang sebegitu rupa. saya berharap untuk bertemu beliau disuatu masa ternyata tiada rezeki.Apa-apa pun khususan buat TAN.

    BalasPadam
  13. syukur Allah pertemukan saya dgn anak murid TAN. saya tengah berguru cara merawat secara kebatinan cara TAN. kalau ada yang minat boleh cuba2 google,beliau ada buat blog.saya x boleh dedahkan kerana amanah guru saya.

    BalasPadam
  14. Terima kasih kepada pembaca2 buku Allahyarham TAN yg mengikuti karyanya dr mula hingga akhir.Semoga ilmu yg diberikan oleh Allahyarham di dalam karyanya,sedikit sebanyak memberi pengisian.

    -Anak TAN-

    BalasPadam