01 Jun 2009

Mari Kita Lambung Dadu!

4 subjek teras SPM?

Oleh SAHBULAH DARWIdan KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my
MUAR
31 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat ini.

Menteri Pelajaran itu menegaskan, pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.

Beliau berkata, langkah tersebut diyakini dapat melegakan kebimbangan sesetengah pihak yang berasa khuatir dengan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengehadkan pengambilan tidak melebihi 10 mata pelajaran dalam SPM.

‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Semalam, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon SPM mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.

Beliau berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhadap bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan perkara lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya sedia maklum keputusan berkenaan menimbulkan rasa bimbang di kalangan sesetengah pihak termasuk dibantah oleh MIC baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun kebimbangan itu wujud namun beliau yakin ia tidak menjejaskan pencapaian calon-calon SPM.

‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’ katanya.
KALI INI KITA AKAN TUNGGU DAN LIHAT MATAPELAJARAN MANAKAH YANG KERAJAAN BN-UMNO HENDAK BUANG SEBAGAI SUBJEK TERAS?
MARI KITA KITA LAMBUNG DADU! 2 SUBJEK TERAS APA YANG BAKAL DIBUANG!
SAINS DAN MATEMATIK?
MESTILAH TIDAK! LAGIKAN PPSMI TETAP DITERUSKAN KERAJAAN BN-UMNO. IA MESTI TETAP SEBAGAI SUBJEK TERAS.
BAHASA INGGERIS!
JANGAN BUAT RAMALAN BODOH.
PENDIDIKAN MORAL DAN PENDIDIKAN AGAMA?
50-50% SEBAB KERAJAAN BN-UMNO MAHUKAN MASYARAKAT YANG LIBERAL. BOLEH JADI JUGA DAN BOLEH JADI TIDAK.
SEJARAH!
SEJARAH?ISU CHIN PENG MENGUKUHKAN SUBJEK SEJARAH.
BAHASA MELAYU!
INILAH YANG PALING MEMBIMBANGKAN. KERAJAAN BN-UMNO BUKANNYA SAYANG BAHASA IBUNDA. LAGI KITA CAKAP MANSUHKAN PPSMI LAGI DIA BUAT TIDAK HERAN LAGI KERAS KEPALA LUTUT DIA TERUSKAN.
HASIL LAMBUNGAN DADU SAYA.
BAHASA MELAYU
DAN PENDIDIKAN ISLAM/MORAL BAKAL DIBUANG SEBAGAI SUBJEK TERS.
KALAU INI TERJADI AYUH KITA REMPUH PUTRAJAYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan