20 Mei 2010

Isma-isma

Kolonial
Orientalisma-Oksidentalisma
Pascakolonial
Dekolonialisasi
Neokolonial
Pascamoden
Neomoden?

~~~

Pelajar uniiversiti yang sedang bercuti semester sekarang, selamat bercuti tetapi minda harus terus bekerja. Cuba fikir, isma-isma di atas, bukan, fikirkan berapa banyak O nya.

~~~

Model Ekonomi Islam dikemukakan..Isinya?Ah, hanya menyarankan dasar mesti praktikal bukan inklusif...Atau plastik? - Saya sokong sistem ekonomi Islam yang tulen.

~~~~

Teringat beberapa idea yang dicatatkan belum sempat diolah lagi...Mengejar masa sebenarnya. Menyiapkan pembentangan penyelidikan. Kita mesti menawan waktu.

~~~

Beberapa masa yang membingungkan, saya sempat baca biografi Askar Melayu susunan A Samad Idris (Mamak Bandaro dalam Siri Berkelahi dengan Syaitan mamak kepada Tok Awang Ngah yang terkenal itu dan kini khabarnya sudah beberapa tahun meninggal dunia.Adakah TAN itu adalah Darmawijaya?Sering tertanya2.

~~~~

Kepada pelajar saya, jangan buang watu sesia. Isilah masa senggang anda dengan membaca buku yang berisi.

09 Mei 2010

Proses Kreatif Menurut Abraham Maslow

Abraham Maslow yang menyatakan proses kreatif dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu proses kreatif premier dan proses kreatif sekunde. Pada proses kreatif premier ia disebut juga sebagai suatu tahap pemerolehan ilham. Pengembangan ilham berlaku dalam proses kreatif sekunder.

Proses kreatif sekunder amat penting kerana ia bergantung kuat kepada disiplin menulis yang merujuk kepada kerajinan, kesungguhan, kepekaan dan pengorbanan semua aspek. Contohnya proses kreatif As-Syiqaq karya Shahnon Ahmad yang lahir daripada disiplin menulis yang tinggi.

Ketika proses kreatif sekunder berlaku, penulis akan kehilangan masa lampau dan masa depannya, penulis hanya ‘hidup’ dalam detik dan saat itu. Keseluruhan dirinya terendam, leka dan terserap dalam waktu itu. Kemampuan menulis dikatakan kemampuan luar biasa dimana penulis tidak lagi mengenal ruang, masa, hari, masyarakat dan sejarah sekalipun.

Inilah dikatakan Maslow sebagai “the peak experience”” atau disebut oleh Barthes sebagai “”Freedom” yang menjadi ketika penulis mencurahkan segala idea, pemikiran, emosi, riang-hiba, baik-buruk, jaya-gagal, tenang-resah, cinta-benci, dan semuanya menjadi darah daging penulis. Keadaan yang luar biasa ini penulis dikatakan punya rasa berani menjulang-julang, tekanan, masalah reality hidup, malah kesakitan fizikal turut terangkat. Penulis sukakan pertentangan, ketidakbiasaan, gemarkan unsur misteri, misterius dan misterisus serta diluar jangka. Ketika ini apa sahaja lahir daripada kespontanan. Justeru proses seumpama ini mendorong kebanyakan penulis berjaya mengatakan apa yang ditulis oleh mereka adalah diri mereka sendiri. Barthes mengatakan di tahap ini “...it is writer’s ‘thing’, his glory and his prison, it is his solitude yang rujukannya ialah biografikal bukannya historikal penulis.

# Bak kata pepatah Melayu, "Buang yang keruh dan ambil yang jernih."


08 Mei 2010

Kreativiti Menurut A. John Hlover

Menurut A. John Hlover berdasarkan bukunya berjudul Becoming a More Creative Person terbitan Prentice-Hall tahun 1980 menghuraikan kreatif sebagai sesuatu yang luar biasa dan mestilah aneh. Ia mesti berbeza dan tidak dapat dijangkakan. Keanehan iitu sendiri menjadi intipati kepada kompenan penciptaan kreativiti. Kreativiti juga diterangkan sebagai sesuatu yang mestilah berguna atau dapat digunakan. Maksud berguna ini merujuk kepada aspek yang dapat dipakai dan dapat memberikan pengajaran serta terasa nikmat estetik apabila dibaca atau didengar atau dilihat. Kemudian Hlover menerangkan pula berkenaan tingkah laku kreatif dan hasil kreatif itu dinilai pada tiga peringkat yang berbeza. Peringkat pertama pada peringkat peribadi;kedua peringkat kumpuln sebaya dan ketiga peringkat masyarakat. Pengkaji membuat penambahan pula, iaitu satu peringkat yang lebih tinggi (atau paling tinggi?) yang perlu dirujuk ialah peringkat Allah.

Dalam peringkat peribadi, tingkah laku kreatif atau hasil kreatif dinilai oleh pencipta itu sendiri. Pencipta (creator) akan menilai sama ada tingkah laku atau hasil kreatifnya itu aneh dan berguna atau tidak bagi dirinya sendiri. Sesudah pencipta melepasi peringkat saling menyoal diri sendiri ini, maka pencipta yang dihubungkan dengan penulis kreatif akan mengambil keputusan sama ada mahu mendedahkan hasil kreatifnya ataupun tidak. Dalam konteks penulisan kreatif, pencipta akan menentukan sama ada mahu mengirim kepada penerbit akan hasil tulisan kreatifnya ataupun tidak.

Pada peringkat kumpulan sebaya tingkah laku kreatif atau hasil kreatif akan dirujuk kepada rakan sebaya, sahabat, saudara mara, adik beradik atau kawanan penulis itu sendiri. Lebih kerap hasil kreatif itu berbeza dengan hasil kreatif kumpulan sebaya yang menjadi rujukan penilaian hasil kreatifnya maka semakin tinggilah pula nilai kreativiti pencipta atau penulis. Jika karya kreatif itu berbea dengan kumpulan rujukan maka peluang ia diterima sebagai aneh dan berguna diperingkat lebih tinggi adalah cerah. Namun jika karya kreatif itu tidak memberikan sesuatu yang berguna dan tidak meninggalkan kesan keanehan maka lebih baik karya kreatif itu dirujuk semula.

Pada peringkat seterusnya ialah peringkat masyarakat. Pada peringkat ini sifat penilaiannya adalah abtsrak. Hal ini kerana penilaiannya akan jadi lebih subjektif dan lebih sukar dinilai tahap kreativitinya.

Pada peringkat rujukan tertinggi ialah peringkat Allah. Rujukan ini paling unik kerana ia menuntut pencipta atau penulis kreatif untuk menerima penilaian karya itu bukan sahaja dinilai oleh pperibadi, rakan sebaya dna masyarakat sahaja tetapi juga melihat kepada penilaian Allah Ta’ala. Contoh, tingkah laku kreatif berbogel atau hari berbogel sedunia merupakan tingkah laku kreatif yang mempunyai ciri aneh dan mungkin juga berguna kepada segelintir masyarakat.

Namun demikian keanehan dan kegunaan tersebut bertentangan dengan penilaian Allah yang telah menentukan peraturan ketuhanan yang melarang manusia melakukan perbuatan yang melanggar fitrahnya sendiri. Rumus bahawa sekiranya penulis mengisi tuntutan kreatif di peringkat Allah sebagai rujukan tertinggi dan muktamad maka dengan sendirinya karya kreatif dianggap sebagai karya kreatif yang bermutu tinggi.

Permasalahan timbul apabila lahirnya pertanyaan adakah sesuatu tingkah laku atau hasil kreatif dapat dianggap kreatif hanya dengan memenuhi tuntutan 4 peringkat rujukan tersebut? Menurut Hlover bagi menjawab persoalan tersebut. Hlover mengemukakan empat kompenan tingkah laku atau hasil kreatif yang disenaraikan sebagai, fluency, flexibility, elaboration dan originality. Walaubagaimanapun Hlover berpendangan empat kompenan yang dikemukakan itu bukanlah suatu yang sempurna untuk dijadikan kriteria bagi semua genre karya kreatif.

Keempat-empat kompenan kreativiti ini dengan daya kreativiti untuk merujuk kepada hasil kreatif susastera. Secara analogisnya dapat difahami sebagaimana berikut: Fluency=kelancaran yakni jumlah idea atau jumlah karya yang dihasilkan. Flexibility=fleksibiliti atau keanjalan yakni jumlah kepelbagain idea atau kepelbagaian bentuk dan teknik karya yang dikembangkan). Elaboration=huraian yakni kedalaman idea atau keindahan karya. Originality=keaslian yakni keanehan atau secara statistic, idea atau karya itu tidak berulang-ulang.