13 Jun 2009

Rajuk

Ada seorang kawan saya namnya I, seorang wanita, ceritanya merajuk akibat didustai cinta. Saya enggan menyangkalnya. Betapa merajuknya apabila didustai cinta. Kerana saya belum pernah bercinta dan didustai cinta. I memberikan kpd saya lagu ini. Ia menggambarkan keseluruhan emosinya. Saat-saat hati wanitanya masih ada kelembutan. Dan apabila ia sudah mengeras I sudah tidak peduli saya lagi. Katanya, "Kau hanya bermimpi. Aku tidak pernah merajuk. Aku sudah biasa begini. Dan aku tidak pernah memberikan apa-apa kau harapan. Cinta atau apa. Termasuklah lagu ini."
Dinihari itu saya bertafakur. Saya mendengar suara hatinya berkata. "Aku hanya sisipyus. Menolak batu takdir cinta punah ke puncak gunung. Ia mengolekku sendiri. Sejak itu. maaf aku menjadi manusia yang lain. Keras itu sifatku. Berpecah-pecah personaliti itu sifatku. Jangnlah mengkaji aku lagi. Aku gembira dalam caraku. Kerasku. Personalitiku. Apakah aku adil menentukan segalanya?"
I, ke mana halanya persahabatan kita ini?


2 ulasan:

  1. Usah dirajuk pada cinta sesama insan....Carilah keredhaan Tuhan......

    BalasPadam