Dalam buku teks tersebut, diberikan 2 gambar.
Gambar pertama: Gambar keris. Kata penerangan di bawah (caption) menyebutkan, "Orang Melayu Melaka melawan Portugis dengan menggunakan keris."
Gambar kedua: Gambar senjata api. Kata penerangan di bawah (caption) menyebutkan, "Orang Portugis menyerang Melaka dnegan senjata api."
FAKTA sejarah tersebut amat 'bangsat' sekali.'Bangsat' nya kerana apa?
Pertama, tidakkah orang yang bertanggungjawab menyediakan modul dan menulis buku teks sejarah ini tahu fakta sejarah yang sebenar-benarnya sebelum menulis?Kita jangkakan orang yang tulis adalah orang yang berkelayan sekurang-kurangnya lepasan ijazah mengkhusus dalam aliran sejarah. Tidak tahulah saya kalau mereka pakar dalam sejarah jepun atau asia barat sahaja!
Kedua, kalau sudah pakar bidang, maka mengapakah masih berlaku salah fakta?Sedangkan dalam Sejarah Melayu dan Tuhfat an Nafis pun ada menceritakan JAUH sebelum penjajah Portugis laknatullah datang menyerang Melaka, orang Melayu sudah menggunakan senjata api seperti alat bedial meriam, pemuras dan istinggar dalam peperangan saudara!
Ketiga, bagaimanakah fakta sejarah yang SALAH (Melayu lawan Portugis guna KERIS semata-mata!) dapat lepas apabila melalui tahap penilaian teks?Panel penilai tersbeut PASTILAH orang yang ahli dan mestilah juga yang faham betapa 'tingginya' peraturan serta kehendak Kementerian Pendidikan bagi mencemerlangkan anak bangsa dengan pendidikan. Namun fakta yang salah itu terlepas juga!
Keempat, mengapakah setelah beredarnya buku teks sejarah yang mengedarkan kesalahan fakta sejarah yang terang-terang tersebut tidak ada orang Melayu yang peka dna bangkit menegur kesilapan begini?Mungkin ada yang kritis sedar tetapi setakat mana kelantangan dan kekuatan mereka untuk menegur?Mungkin ada guru yang sedar tetapi berapa ramai yang punya suara dan berani menegur?Apakah kita ini mengamalkan budaya tak apa dan tak endah!
Fakta ini nampak remeh tetapi kesna ke atas psikologi amat besar. Dalam pada masa yang sama, fakta yang salah itu juga menutup penerangan atau fakta benar lain yang menerangkan situasi yang sebenar. Sejarah bukanlah fakta tempel-tempelan. Malah apa yang kita dapat kumpul kini pun masih banyak puzzle2 yang belum temui. Katakanlah bagi melengkapkan sebuah Gambar maka 100 puzzle diperlukan. Katakan kita hanya jumpa 65 puzzle dan 35 lagi hilang belum lagi ditemui. Dalam 65 itu kita 'sengaja' pula menyorokkan 25 puzzle. Jadi bayangkan bagaimana 'bacaan dan fahaman kita' antara 65 puzzle dan 45 puzzle sahaja. Sudah tentu yang 65 puzzle lebih 'jelas' menunjukkan gambar asalnya berbanding 45 puzzle sahaja. Begitu jugalah sejarah. Mengapa disorokkan 25 puzzle itu?Untuk apa?Malah bacaan dan pemahaman tentang gambar tersebut pasti berbeza antara 65 puzzle dengan 45 puzzle. Analogis yang mudah difikirkan. Begitu jugalah sejarah!!!
Yang dibesarkan ialah kemenangan partai politik dan oknum-oknum politik. Walhal kita punya peluang BESARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR untuk mendidik anak semua bangsa di Malaysia ini agar mengenali sejarah tanah air tempat mereka berpijak dan bernaung ini dan memupuk rasa kasih dan cinta kepada tanah air dan sedar kedudukan dna hak kita.
Ini bukti sumber Barat tentang penggunaan senjata api di semasa Portugis menyerang Melaka.
Kajian tentang senjata api dalam sejarah Melayu dan negara masih kurang atau tidak ada lagi dilakukan. Pelik sungguh! Adalah manuskrip Ilmu Petunang yang dibukukan oleh DBP namun tiada langsung dimasukkan ke dalam teks sejarah. Walhal membaca sahaja kitab Ilmu Petunang yang telah ditransliterasi tersebut sudah cukup menggambarkan teknologi senjata api Melayu sudah jauh berkembang pesat sebelum Portugis datang lagi!
Kementerian Pendidikan Malaysia, bersedialah di Mahkamah Sejarah Bangsa Melayu nanti, anda bersalah terhadap bangsa Melayu dan rakyat yang bernaung di Tanah Melayu ini!!!
hehehe
BalasPadamAs salam, saya sangat tertarik dengan penulisan dalam blog Tuan. Pada pendapat saya, kesalahan fakta seperti ini berlaku atas kedangkalan penjawat awam yang sombong. tak boleh ditegur, bila bercakap, dia saja yang betul. Saya penjawat awam dalam bidang Seni Rupa (Seni Visual), juga hadapi masalah ilmu seni yang cetek kerana tidak mahu merujuk pakar di universiti. Guru memang berilmu, tapi ilmunya tidak updated sebagaimana ilmuwan di universiti, nak tak nak, kalau nak gubal sukatan dsbnya, libatkanlah orang 'U' bersama-sama guru sebagai rujukan.
BalasPadam