Kita tetap berbeza, barangkali. Walau bezanya itu sejengkal jari cuma. Cuma unsur kita sama. Jalan kita lain-lain, saya setuju tanpa kendur tangan lagi. Cikgu, berikan saya pelita yang telah hilang dari genggaman saya setelah alimbubu melanda diri.
Alimbubu-saya sedang mengumpulkan kesemua bahan penceritaan khususnya cerpen-cerpen sekerat jalan-idea ceritanya saya tumpahkan jadi kesatuan sebuah novel. Saya berusaha sedaya upaya. Dan saya tidak mahu peduli hal lain, kalau boleh. Kini saya hendak tetapkan tidak lebih 3 buah novel yang saya akan jalani serentak pada bulan yang masih berbaki. Barangkali itulah bezanya kita walau hanya sejengkal jari. Seorang berjaga seorang lagi tidur.

Saya berusaha agar saya mampu menghaslikannya. Saya tidak menjanjikan apa-apa kerana janji membuatkan saya terdesak. Saya tidak mahu didesak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan