07 Mei 2008

Kedudukan Melayu boleh Terhapus?

Akibat sikap tidak mengapa dan terlalu memberi muka
Kedudukan Melayu dalam Perlembagaan boleh terhapus?

* Bagi Melayu yg sedar akan nasib bangsanya tidak kisah dia penyokong BN atau PR memang wajar resah dengan perkembangan sekarang ini. Ada orang Melayu pembangkang sendiri menuduh tindakan Utusan mnonjolkan sikap biadap Karpal dan dap lain sbg strategi politik umno. benar umno juga spt kes di tganu biadap pada raja, namun persoalan utamanya adakah itu satu tiket utk kaum lain juga biadap pada segal yg berkaitan Melayu? itu sebab saya katakan pd mereka, sekarang baik melayu umno, pkr, pas usahlah berlembut dan bagi sangat apa yg cina dan india mahukan. cukuplah. rasanya sudah tiada apa yg dpt diberikan lagi.

kita kembali kepada semnagat nasionalisme sebenar, masalahnya selagi kita tunduk dan mengikut sahaja, selagi itu mereka tidak berhenti menuntut itu dan ini. sampai bila keadaan ini terus dibiarkan sedangkan cina dan india tetap tak bertolak-ansur berkiblatkan China dan India semata... aduhai..

***
Mutakhir ini, suara-suara celupar mempertikaikan nilai, budaya, institusi dan sistem berkaitan bangsa Melayu kian lantang kedengaran. Pendek kata, apa sahaja berhubung dengan Melayu seperti tidak kena, menindas orang lain dan bercanggah dengan globalisasi.
Walhal, 134 tahun lalu atau lebih tepat semasa Perjanjian Pangkor lagi, penjajah British sendiri awal-awal mengingatkan agar para pegawainya tidak mencampuri urusan berkaitan hal-ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Namun, adakah hanya selepas setengah abad kita merdeka maka semangat dan sikap menghormati Melayu sebagai identiti dan teras pembentukan negara bangsa ini sudah tidak relevan lagi?

iri-siri penentangan secara terbuka terhadap institusi raja, kedudukan bahasa, budaya dan maruah agama Islam tidak keterlaluan disifatkan sebagai impak daripada dasar terlalu ’berlembut’ selama ini kepada segala bentuk kebudayaan yang bukan berteraskan kebangsaan.
Puncanya bermula apabila semangat nasionalisme gagal dimengerti dan dihayati. Sedangkan, nasionalisme sebenarnya adalah berpegang pada kebudayaan tempatan seperti yang ditegaskan oleh sarjana Hans Kohn (1891-1971) sejak tahun 1944 lagi. Ini bermakna kecenderungan mengiktiraf kebudayaan asing bukanlah nasionalisme sifatnya.

Pengalaman Indonesia dalam membentuk satu rupa bangsa bermula dengan Sumpah Pemuda pada 1928 juga tidak dijadikan panduan dalam kerangka Malaysia. Pelbagai dasar meliputi pendidikan dan kebudayaan kebangsaan yang diusahakan pada dekad 70-an semakin luntur tidak dihayati.

Kita terlalu tunduk pada suara salakan yang sebenarnya memang susah untuk menghormati institusi raja dan kedudukan Melayu sebaliknya mahukan pula kepelbagaian budaya dan bahasa.
Malangnya, semakin banyak diberi peluang dan ruang semakin kuat lagi tuntutan kedengaran.
Oleh itu, apa yang patut dilakukan mulai sekarang ialah pengukuhan semula ’akar’ negara bangsa ini yang mesti berteraskan Melayu sebagai ciri utama dalam sebarang dasar dan tindakan yang akan dilakukan.

Fahaman songsang ’kepelbagaian membentuk perpaduan’ perlu diteliti semula agar identiti asal negara ini tidak hanyut.

ika semua pemimpin Melayu dari UMNO, PAS dan PKR bersatu untuk tegas mengambil kira faktor kebangsaan seperti yang telah digariskan dalam Perlembagaan maka biarlah sekuat mana pun tuntutan melampau mereka, itu semua tidak akan mengubah apa-apa.

Kuasa politik orang Melayu yang hanya 56 peratus atau 124 kerusi Parlimen daripada ketiga-tiga parti tersebut perlu dipastikan memberi manfaat pada untung nasib orang Melayu pada masa depan.

Sebaliknya, jika ada pemimpin Melayu sendiri hanya pentingkan parti sehingga masih lagi sanggup berkompromi tidak mustahil keadaan dan suara lebih biadap daripada apa yang kita saksikan sekarang kedengaran lagi.

Malah, kedudukan Melayu dalam Perlembagaan juga tidak mustahil boleh terhapus dengan mudah jika pemimpin Melayu masih bersikap tidak mengapa dalam keadaan orang lain konsisten dengan tuntutan mereka yang keterlaluan. Berhati-hatilah usah terlalu banyak ’memberi muka’ lagi.

Mohd Arif Atan

Kegersangan Dunia Moden

Ketika modenisasi datang ada beberapa reaksi kaum muslimin. Pertama kagum dengan modenisasi sehingga mereka mellihat kembali kesesuaian Islam dalam dunia sekarang. Lalu timbullah gejala sekularisme yang memisahkan agama dan politik kerana mereka merasakan hukum Islam sudah tidak relevan. Kelompok kedua ialah mereka yang menjauh diri daripada apa saja yang bernama kemodenan. Segala bentuk pemodenan dianggap Barat dan jahat. Akhirnya mereka sendiri terperosok dan terpisah daripada masyarakat. Hasilnya mereka bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kontemporari bahkan mereka juga gagal memahami kenyataan hidup.

Kelompok ketiga ialah mereka yang bereaksi dengan penuh kritis dan meneliti modenisasi dari segala aspeknya-positif dan negatif. Misalnya, kita mahu ulama-ulama yang dibesarkan di bawah bimbingan pondok dan asuhan hauzah mampu membuat kritikan terhadap sistem dan fahaman sekularisme, nasionalisme, kapitalisme dan bermacam isme lagi. Murtadha Muthahhari misalnya sangat pakar dalam menganalisis akar-akar pemikiran marxisme. Orang-orang moden, terutama Barat dan para pendokongnya, dalam dunia moden kecewa terhadap modenisasi kerana kegersangan rasional yang dibawanya.

Maka masyarakat mula menginginkan sesuatu yang tidak logik, tidak rasional. Sehingga lahirlah apa yang disebut post-modernisme. Di dalam filem lazimnya, logika banyak dilempar jauh kerana mereka sudah jemu dengan logik, kecewa dengan rasionalisme dalam kehidupan. Lalu mereka mula memasuki hal-hal yang mistikal, yang di luar rasional. Maka di sinilah peranan para sufi dan tasawwuf itu perlu memainkan peranan bagi mengisi kekosongan masyarakat moden kini.

Ibnu Arabi atau Syed Hussein Nasr misalnya, selain berpegang kepada rasional yang kuat, juga berpaut kepada dimensi mistikal-tasawwuf. Sekali lagi tasawwuf harus memberi kekuatan terhadap kerinduan-kerinduan yang digersangkan oleh rasionalisme moden. Tragedi ‘Sauk’ adalah contoh bagaimana masyarakat yang terdiri daripada profesional, ahli korporat dan lain-lain mengidap ‘kerinduan’ mistikal ini.

Jika kita soroti kedatangan dan perkembangan Islam di Malaysia khususnya Kelantan, Islam muncul kepada kita dengan wajah yang menyenangkan masyarakat pada waktu itu. Majlis tahlil, sambutan Maulid Nabi, ziarah kubur dan sebagainya begitu cocok dengan mereka. Dan tradisi ini terus berkembang dan sentiasa dipelihara oleh para tok lebai, tok ayah, para ulama silam dan diwarisi oleh generasi berpendidikan agama hari ini. Kesannya Islam terus mendapat sambutan dan terbukti pemupukan bi’ah Islamiyyah lebih ketara di Kelantan. Dan inilah juga faktor mereka terus ingin mengekalkan kepimpinan ulama.
Zaman Selepas Rasulullah

Golongan sahabat merupakan golongan sufi. Mereka bersama Rasulullah bangun berjuang menentang kekufuran dan kemunafikan. Mereka tidak segan menyatakan pendirian bersama Rasulullah. Merekalah petunjuk sepanjang zaman menerangi alam yang gelap, mewarnai kehidupan manusia menyusun susur atur masyarakat, menjiwai kemurnian yang luhur dan prinsip yang tegar.

Setelah zaman sahabat, munculnya zaman para tabien yang memunculkan ramai golongan yang mempunyai sifat dan personaliti anggun yang mencirikan kehidupan Rasulullah SAW. Saidina Ali yang namanya begitu dominan dalam silsilah tareqat, bukan sahaja tokoh kezuhudan dan hikmah, malah beliau juga adalah negarawan ulung dan pemerintah dan syahid kerana keadilannya.

Surat beliau kepada sahabatnya, Malik Asytar merupakan kod etika bertulis untuk panduan pemimpin negara. Dia adalah wujud yang merealisasikan ‘rahban fi al-lail wa fursan fi an-nahar” Begitu juga Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi pemerintah yang mengekalkan kezuhudan walaupun sekelilingnya penuh kekayaan dan kemewahan.

Sehingga terdapat kisah yang memperakui bahawa pada waktu tersebut tidak ada seorang pun rakyatnya yang layak menerima zakat lantaran kekayaan dan kemewahan umat. Sungguhpun demikian, style dan cara hidup pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah disebut sebagai pemboros, pengaut kemewahan negara, tidak pernah dicatatkan tentang ketamakan harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan harta rakyat dan seumpamanya.

Zaman Moden Penyakit hubbun dunya dan hubbul jaah telah menjadi satu macam penyakit yang disukai, diburui tanpa menghiraukan dosa dan pahala. Keegoan dalam diri manusia untuk menerima kebenaran juga merupakan penyakit hati yang melanda masyarakat pada hari ini. Kebejatan sosial, politik dan ekonomi yang melanda kita pada hari ini kadang-kala memberikan kita satu konklusi bahawa lantaran pengabaian terhadap usaha menyucikan jiwa, usaha mengislahkan diri, manusia terkapai dalam medan kehidupan malah seringkali lemas mencari petunjuk kebenaran lantas tersadai di pinggir khayalan.

Apakah ciri-ciri kesufian yang memancarkan jiwa zuhud, qanaah, kesederhanaan, redha, mahabbah, syukur dan sebagainya itu hanya relevan dengan zaman silam yang hanya layak untuk dipaparkan dalam sejarah semata-mata? Apakah dengan realiti kita pada hari amat sukar rasanya untuk sekurangnya kita mencontohi mereka dalam kehidupan kita?

Apakah zaman sekarang tidak relevan untuk membicarakan sufi dan kepentingan tentangnya sedangkan kesufian inilah yang memberikan kegemilangan dan kecemerlangan kepada tamadun umat Islam malah melahirkan jiwa kental, jiwa berani, teguh dan sabar menghadapi penderitaan dan cabaran malah berasa teguh dalam menyelusuri peredaran zaman menongkah arus cabaran.

Apakah zaman kini yang disebut zaman moden amat janggal untuk kita bicarakan kesufian lantaran canggihnya teknologi yang kita miliki, majunya kehidupan duniawi yang kita huni ini. Tetapi dalam masa yang sama umat manusia pada hari ini sedang terkepung dalam bahaya Jahiliyyah abad baru.

Budaya cintakan kebendaan sudah menjadi paparan kehidupan manusia, saban waktu malah setiap detik kita didendangkan dengan alunan pembangunan kebendaan yang tidak segan silu memaparkan personaliti-personaliti mazmumah. Bahkan lebih parah mereka bukan sahaja berbangga dengan corak kehidupan yang ‘maju’ ini malah menuding telunjuk menyatakan pihak lain sebagai penghalang kemajuan, kolot dan pemecah belah umat.

Al-hasilnya dapat dilihat, kemajuan IT, pembangunan kebendaan telah dijadikan alat untuk membina kekayaan secara individu. Yang miskin dan lemah terus terancam. Kemurnian akhlak, keluhuran budi dan tingkahlaku telah dipinggir dan dipisahkan dalam agenda pembangunan.

Tokoh revolusi dan sufi, Abu Dzar Al-Ghifari ketika berteriak di hadapan mahligai mewah Muawiyah, beliau berkata: “Jika istana ini kamu bina dengan hartamu sendiri, kamu berlebih-lebihan. Sekiranya engkau dirikan istana ini dengan harta rakyat sesungguhnya kamu telah khianat.”

Runtuhya institusi politik yang berorientasikan ism-ism hubbun dunya dan hubbul jaah telah dapat kita saksikan kini. Percakaran dan perpecahan sesama mereka menjadi isu yang tidak sudah-sudah penghujungnya.

Sifat mazmumah yang tertanam dalam hati masyarakat bukan lagi perkara baru yang didedahkan. Sifat hasad dengki, tamak, pentingkan diri sendiri adalah paparan cerita yang saban hari menjadi penyakit hati dalam masyarakat. Lantaran itu seluruh masyarakat dan negara bergelut dengan masalah yang tidak-tidak sudah-sudah jalan penyelesaiannya.

DOA KUDUS NABI IBRAHIM

"Ya Rabbku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

Ya Rabbku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Rabb kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Rabbku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do'a.

Ya Rabbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Rabb kami, perkenankan do'aku.

Ya Rabb kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".

Surah Ibrahim 34-41

05 Mei 2008

Mari Ulas Rencana Utusan

Realisasikan resolusi
Oleh ARSHAD KHAN
JOHOR BAHRU 4 Mei - Para peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di sini hari ini melahirkan harapan agar idea, luahan dan tuntutan yang dijadikan resolusi kongres itu didengari oleh para pemimpin Melayu tanpa mengira parti politik yang diwakili.

Aku fikirlah...kenyataan ni kena tambah satu lagi....didengari oleh para pemimpin Melayu khususnya parti UMNO....sebab apa?Kerana terbuktis ebelum ni banyak forum seminar dan kegiatan anjuran GAPENA bukan sahaja tidka dihadiri oleh ahli politik UMNO malah tidak dapat pun pembiayaan...kalau bab hiburan tu berjuta sanggup keluarkan....

eh...ahlul politik UMNO tak pandang pun program anjuran GAPENA..apa barang takat program nak desar kembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu semula....semua nak maju maa..termasuk ahli politik UMNO..kita nak maju..perlaksanaan bahasa Inggeris tidak akan menjadikan bahasa Melayu hilang daulatnya...

ni lah mulut orang politik..lebih busuk dari pekung...

Malah, mereka mahu pemimpin-pemimpin bukan Melayu turut memahami resolusi kongres itu dengan fikiran terbuka tanpa wujud sebarang penentangan kerana tuntutan-tuntutan yang dikemukakan adalah dalam kerangka Perlembagaan negara.

Aku setuju....aku fikir ni mesti pasal DAP lawan atau bagi pandangan kepada sultan nih....aku fikiur beginilah..jujurlah...tegurlah terus terang...jgfn ganggu kedaulatan sultan melayu sebagai payung negara dan negeri..habis cerita...sebut jugak pasal terengganu dan perlis tuh....UMNO kah DAP kah sama-sama kurang ajar..sama -sama mesti diajar dan dinasihati...

Mereka juga berharap pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam kongres itu akan terus diperjuangkan dan direalisasikan setelah tamatnya kongres berkenaan.
Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, pemikiran intelektual dan budayawan Melayu sudah lama disisihkan di negara ini dan gejala itu kini perlu berubah.

Alahai Tan Sri...takkan baru nak sedar...sudha berapa lama pandangan budayawan seperti tansri dan geng tansri sudha tidak dipedulikan...politik adalah kuasa..kuasa adalah politik...pemikiran intelektual Melayu yang nak bahasa ibunda di daulatkan pun ditolak UMNO..malah Hisahamuddun dengan bangga mengaumumkan nak ajar sastera inggeris pulak dah....aku ingat hisam ni naks edaq yang banyak melayu gagal sains dan matematik..rupanya lebih sibuk nak tinmgkatkan iNggreis ja...aku fikir kita ni jadi inggreis kot...

Beliau berkata, dalam konteks yang melibatkan masa depan orang Melayu, apa yang terhasil dalam kongres itu hendaklah diberikan pertimbangan oleh semua pemimpin Melayu merentasi parti yang mereka wakili.
Katanya, apa yang dicadangkan dalam kongres itu datang daripada hati nurani masyarakat Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 yang melihat kuasa mereka selaku bangsa asal di negara ini terhakis dan berada dalam keadaan getir.

Tidaklah..ini hanya penyokong atau orang UMNO sahaja yang kata..bagi aku..atas pagar ni..melihat kuasa Melayu dan semua kaum dalam malaysia ni kian besar....aku taknak kejayaan satu kaum dimomokkkan dengan seorang individu yang berjaya...bangang betul...inilah tardisi bebal warisan UMNO...

Menurutnya, piagam, tuntutan dan ikrar dalam resolusi kongres berkenaan bukan hanya untuk pemimpin UMNO tetapi juga pemimpin Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Ini adalah suara-suara kecil dari bawah yang jarang didengari, tetapi saya yakin ia akan berubah kali ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas pengumuman resolusi Kongres Permuafakatan Melayu di sini.
Kongres yang disertai 2,100 peserta itu bermula Jumaat lalu dengan pembentangan empat kertas kerja sebelum diikuti perbahasan dan rundingan meja bulat. Resolusi yang dipersetujui diumumkan pagi ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja Gapena, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling pula berkata, jawatankuasa kongres itu akan mengirim dokumen resolusi yang dipersetujui kepada semua pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk memaklumkan kepada mereka apa yang dituntut dan cuba dikekalkan oleh masyarakat Melayu.
"Bukan sesuatu yang bersifat perkauman bila kita cuba mempertahankan hak Melayu kerana ia terkandung dalam Perlembagaan," katanya.

Hak Melayu apa prof zainal?hak Melayj kah atau hak UMNO?....sudah lupakah datuk marah benar kepada pemimpin UMNO yang khianat perjuangan bahasa...masihkah prof ingat...

Sementara itu, ahli Persatuan Anak Melayu Johor, Datuk Yahya Jalil berkata, resolusi yang terhasil dalam kongres itu mempunyai kepentingan dan kaitan langsung dengan para pemimpin Melayu.
"Para pemimpin Melayu bukan pemimpin parti masing-masing sahaja. Mereka adalah pemimpin bangsa Melayu," katanya.
Justeru, menurut beliau, segala yang dicapai dalam kongres berkenaan perlu diberikan perhatian dan pertimbangan oleh para pemimpin Melayu.
Pengerusi Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor Cawangan Pontian, Abdul Majid Yahya berpendapat orang Melayu sebenarnya buntu selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu dan tidak tahu ke mana hendak mengadu.
"Kongres ini amat penting dan kita mesti cepat bertindak menyalurkan apa yang difikirkan oleh orang Melayu di peringkat akar umbi," katanya.

Apa yang disalurkan kepada akar umbi?Nak suruh depa ni bangkit sokong UMNO balik kah?hahahaha...ni satu lagi propaganda sulit UMNO

Menurut Abdul Majid, keistimewaan Melayu kini terhakis secara perlahan-lahan dan jika tidak diberikan perhatian ia akan terhakis terus.
Presiden Kelab Pengundi Melayu Semenanjung Malaysia, Mohd. Ariff Abdul Aziz pula berkata, Kongres Permuafakatan Melayu itu telah menghasilkan pelbagai idea yang baik terutama berkaitan dengan kedudukan raja-raja Melayu.
"Persatuan yang saya wakili berpendirian bahawa kuasa raja yang telah dikurangkan sebelum ini perlu diperkukuhkan kembali kerana raja Melayu adalah benteng pertahanan masyarakat Melayu," katanya.

Abdul majid..tengoklah...kuasa sultan lawan kuasa paklah dan mantan menteri besar perlis dan mantan menteri besar terenganu....siapa yang mulakan...sultan ni bebas dan tidak terikat kerana sultan ni payung negara..tetapi sultan juga boleh dipengaruh oleh ahli politik terutamanya UMNo yang guna atas nama hak Melayu untuk raih sokongan melayu yang telah lari menyokong pembangkang.....

Kesimpulannya..inilah wajah perjuangan kita...nak berjuang pun tak pandai...perjuangan kita hanyalah perjuangan bapak ketam kepada anaknya..ataupun perjuangan hipokrit dan berkepentingan sendirid an kuasa nak kaya....

aku benci dengan semua ni..termasuk sesetengah golongan dalam DAP yang cauvinis dan bengap tahap gaban..juga UMNO yang juga salah guna kuasa...juga intelektual bangsa yang terperangkap dalam arus kuasa hingga tak nampak dah langit dan matahari....tenggelam dalam lauta idealisma dan mimpi ngeri...

Tuhan selamatkanlah aku daripada bencana ini...

Beliau berkata, kuasa raja-raja Melayu hendaklah diperkuatkan tanpa prejudis tetapi dengan niat untuk membantu memperkukuhkan kedudukan masyarakat Melayu yang menjadi bangsa asal di negara ini.
HABIS

BUKTI KEGAGALAN BN

Entah apa akan jadi politik Melaysia....

aku hairan melihat deretan peristiwa yang sungguh menyakitkan mata melihat dan telinga mendengar....

Kalau hendak katakan DAp atau pembangkang melawan sultan maka UMNO pun sama juga..malah mereka melawan yang dipertua agung...

walau kes sudah selesai tetapi contoh buruk UMNO ini sebenarnya sama saja yang wujud pada sesetengah golongan cauvinis dalam DAp yang mangkuk bin hayun dalam memahami perlembagaan negara dan negeri....

Mereka ini agaknya buta sejarah ataupun tidak terjumpa berkenaan kontrak sosial dan kedudukan istimewa melayu selain kedudukan sultan sebagai ketua agama..

inilah masalahnya..sekarang yang memerintah adalah parti bukannya sultan..sultan hanya simbol sahaja...pelik sungguh apabila sulta memainkan peranan yang amat aktif pada kali ini.....

sebenarnya aku tidak menyalahkan sultan..tetapi aku geram kepada UMNO....hanyalah suatu penipuan kalau kita mengtakan UMNO memperjuangkan Melayu...UMNO hanya mempergunakan Melayu untuk meraih sokongan Melayu..politik ugut dan teknik pukul lambak yang bebal sebenarnya boleh mencetuskan huru hara dalam negara...

aku fikir karpal juga ada hak nak bercakap..tetapi karpal kena tahu berbudi bahasa..namun aku fikir karpal memikirkan dia bercakap sebagai orang yang berfahaman liberal..tetapi karpal harus ingat dia bukan dudukd alam negara liberal dan masyarakat juga tidak semeunya liberal...

dan karpal juga harus ingat majoriti penduduk adalah Melayu....

aku fikir media juga seperti Utusan melayu juga bersalah..mereka ni tidak ada maruah dan aku anggap pencacai sahaja...

tatkala UMNO melawan sulta Mizan mereka tidak war0warkan sangat pun..malah mereka membela pula tindakan UMNO tuh...

bila masa pembangkang pula...utusan bukan takat mengolah 'pandangan DAP itu salah..malah juga dengan pandainya mereka nak bangkitkan kemarahan cina atau DAP agar lebih kuat cauvinis agar sokongan kembali kepada BN..maka mereka katakan mereka tiada hak menyuarakan hal itu..malah dituduhkan pulak DAP ini nak men DAPkan Perak....

aku fikir inilah budaya wartawan Utusan yang ditahap mentaliti taik kucing dan memalukan sunnguh..aku melayu maka aku membela melayu..namun aku tidak akan menurut langkah Utusan membela melayu bagi pihak BN dan UMNO yang rosak dan bangang...

aku fikir..ini cuma masalah ketidakfahaman dan salah fahaman sahaja..setiap warganegara berhak beri pendapat....dan bila pendapat tersebut disuarakan DAP atau pembangkang maka UMNO BN via media menanipulasikan isu tersebut sungguh-sungguh...yang kalaus eorang pendekar di sungai maik pun pasti akan merancang nak mengamuk kalau memmbaca utusan pada hari ini...

aku fikir yang salah dan bengap itu tetap salah..cuma kalau salah itu dimanupulasikan untuk kepentingan BN yanh akan hampir kalah nanti maka ia jadilah sesuatu yang sangat berbahaya dna bikin kacau bilau.....

cukuplah...aku sudah pening dengan politik malaysia yang memualkan ini..aku fikirs emua nin berlaku kerana kegagalan BN dalam memberikan pendidikan kepada rakyat dalam 50 tahun belakangan ini tentang kontral sosial dna kedudukan kaum masing-masing dalam negara tanah Melayu ini...

siapa jugayang tukar tanah melayu kepada Malaysia?

siapa juga yang menukarkan Bahasa Melayus ebagai bahasa ilmu Sains dan matematik kepada Inggeris...?

siapa juga yang tidak mendesal melayu jual tanah untuk pembangunan kroni dan perut sendiri?

ah...bikin aku racau sahaja!!!

04 Mei 2008

Selebihnya untuk DIA

Dan Fikirkan sejenak...

siapa aku?

apakah matlamat aku hidup di dunia ini?

apakah aku bebas melakukan semua perkara?

apakah aku bebas daripada hukuman dan larangan?

apakah aku ini sudah cukup hebat dan bangga diri?

apakah KEHIDUPANKU..akan berakhir dengan terhentinya denyut jantungku dan terhentinya aktiviti otakku?

apakah aku langsung menjadi debu bila dibakar atau menjadi tanah bila ditanam dan tamat semuanya?

Aku mengajukan soalan-soalan ini kerana aku melihat banyak antara kita suka sangat menilai diri orang...

Dia jarang menilai dirinya sendiri...Dia suka membangkang orang....Dia suka menyatakan bahawa dirinya sahaja yang benar..orang lain salah...

Aku pelik memimikirkan manusia seperti ini....apakah mereka ini sudha jadi rasul atau nabi yang maksum...

apakah mereka ni dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang lebih istimewa daripada makhluk lain hingga layak jadi hakim laksana Tuhan?

Aku hendak certita dengan jiwaragaminda aku sendiri....bahawa aku sudah menjumpai beberapa orang begini...

Nanti aku ceritakan....apakata kita jawab dulu soalan-soalan diatas..dengan ikhlas..tak payah kuat-kuat jawabnya....jawab dalam hati..kasi telinga batin saja yang mendengarnya..selebihnya simpan untuk Dia