07 Jun 2009

Ziarah Tanah Kudibesarkan

Pedaq Lidah
Selasa hingga Sabtu, Insya Allah, saya akan pulang ke Yan, Kedah. Sejak saya berumur 6 bulan lagi saya di sini. Maka ramailah kawan-kawan memesan ayaq gamat Langkawi, akar kayu tongkat Ali, tongkat haji samad, kacip fatimah. Kalau akaq kayu tongkat ali itu saya masih ingat. Kawan saya hiris halus-halus akarnya yang putih susu itu kemudian diberikan kepada kami untuk kulum macam kulum coklat (bukan kulum yang lain yer!)Mula-mula kulum coklat akaq kayu tongkat ali itu 3 hari makan nasi tak rasa manis atau masin kari atau sambal. 3 hari pedaq lidah. Tapi bila dah biasa, selamba je kulum 2-3 hiris akaq tongkat ali. Memang bagus sebab baik sangat untuk kesihatan! (bukan semata-mata yang itu semata!)
Gunung Jerai
Gunung Jerai bukannya sesuatu yang asing bagi saya. Saya pernah mendaki GJ pada jam12tgh malam dan tiba di puncak jam 3. pagi. Saya mengemudi gabungan platun kadet polis sekolah-sekolah daerah Yan dalam latihan untuk berekspedisi ke Taman Negara. Bayangkan siapapun tidak berani mengemudi di depan. Harap saya juga kerana saya sudah mendaki Gunung Jerai dan membawa platun kadet polis sekolah saya mendaki dan berkemah di sana. Alhamdulillah setakat mendaki dan mengemudi tiada apa-apa yang berlaku. Ini bumi manusia selaku khalifatullah. Yang lain hanya menunduk dan menghormati. Asalkan kita kembalikan semua urusan kepada Allah.
Pra Pertemuan Bumi Yan:Cerpen Menunggu Tren Terakhir
PSST:Saya adalah lelaki yang budiman. Terlalu baik kepada wanita. Watak Ri, di pertengahan cerpen ini merupakan watak benar perbualan saya dengannya. Saya melayannya dengan baik namun kerana saya selalu memandang segalanya baik, saya ditipu perasaan sendiri. Saya cepat sangat terkesan kerana bagi saya cinta itu bukan setragedik Romeo dan Juliet. Cinta itu harus diraikan dengan kebahagian, kesejahteraan, kententeraman dan kekayaan jiwa. Saya mendambakan cinta itu. Cerpen ini sekadar kekeliruan saya hidup di KL yang berbagai rencam selain kenangan di kampung. Cerpen ini tersiar majalah di Tunas Cipta. Saya sedang mencari dalam emel. Jika masih ada sebagai soft copy saya akan lampirkan di sini.

4 ulasan:

  1. Aku bangga dengan Kedah rakyatnya amat kuat fahaman agamanya, Kolej Universiti Insaniah tersergam indah dengan kerjasama dari Mesir. Maktab Mahmud banyak menghasilkan ulama tersohor di negara kita aku bahagia. Aku bercita-cita untuk mendalami ilmu agama hingga ke Mesir suatu ketika dulu, tapi takdir tidak menyebelahiku. Terpaksa kupilih belajar bidang biasa dengan menanggung beban hutang yang berlambak.

    BalasPadam
  2. Aku tetap bangga dengan Kedah juga Kelantan........................Biarlah pembangunan ala kadar asalkan fahaman agama kian membangun.

    BalasPadam
  3. Izinkan saya menyalin lambang PENA ke blog saya untuk diiklankan. Sahabatku jangan lupa PENA telahpun ada blognya sendiri. Lihatlah di blog saya ada lambang PENA untuk diklik dan terus ke blognya.

    BalasPadam
  4. Terima kasih sahabat. Benar, dahulu aku pun hendak belajar agama. Tetapi Tok Wan ku yang seorang alim juga tidak menyekolahkan aku ke sana. Entah mengapa. Aku disekolahkan di sekolah kebangsaan. Namun agamaku tidka sedikitpun kurang sahabat. Selain belajar agama di sekolah, aku juga menekuni agama di perpustakaan. Juga menekuni agama melalui kuliah secara langsung dalam radioa Kedah FM setaip hari bermula pukul 5 petang hingga 6 petang. Kuliahnya sama sederhana tetapi sangatlah universal sifatnya dengan asas-asas yang kukuh. Agama mesti difahamkan kerana itulah ciri manusia yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya. Agama bukannya suatu kecanduan atau askapisme ataupun menunjuk2 alim. Tetapi ia akhirnya berkaitan dengan nurani. Selamat belajar sahabat. Tentang PENA, ia, aku akui aku tidak seaktif Lutfi, Ummu Hani dan lain-lain lagi kerana aku mempunyai prinsipku sendiri iaitu:Kepengarangan dengan berpersatuan dua perkara berbeza. Aku khuatir dalam usia kepengarangan semuda ini aku gagal menumpukan perhatian sama ada untuk menulis atau berpersatuan. Aku tolong sekadar terdaya.

    BalasPadam