20 Februari 2015

3 Tahun Kemudian...

Sungguh tak saya sangka agak lama meninggalkan blog ini. Meninggalkan tak semestinya melupakan. Hanya sekadar berehat. Tetapi di sudut lain kehidupan saya memang agak sibuk dan adakalanya teramat sibuk.

Maaf. Skill penulisan mungkin agak ketinggalan. Untuk menulis kembali dalam nada sewaktu muda memang agak memenatkan.

Ya Adak mengada-ngada untuk mengatakan saya muda-hanya 3 tahun lepas.

Apapun dalam blog inilah saya membesar. Nak kata mengasuh bakat dna kebolehan diri pun tak boleh kata terlalu tepat. Tetapi adalah sedikit merangsang dan adakalanya membantu.

Tentu anda yang pernah mengikuti blog saya perasan. Saya tidak konsisten menulis dalam sesuatru bidang. Saya memang buat begitu. Kerana saya manusia merdeka. Kehidupan ini majmuk. Jadi raikan.

Majmuk dan raikannya?

Emmm. Saya fikirkan ini sesuai untuk dijadikan tema penulisan sempena tiga tahun saya langsung tak kemaskini blog ini.

Perkataan majmuk ini bukanlah perkataan asing sangat. Khususnya era Che Det menjadi Menteri Perdana. Teringat Che Det teringatlah negeri saya membesar. Negeri Jelapang Padi.

Dulu media-media perdana kita asyik mendendangkan istilah majmuk dan kemajmukan. Apa dia majmukkan ini?

Iaitu berbagai-bagai jenis ragam sesuatu itu. Ah! Kita tepat kepada topik sahaja. Masyarakat Majmuk itu apa dia?

Maknanya ada Melayu, ada Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, serani, Cina, India

Dan Indonesia, Bangladesh..kini China, India, menambah kemajmukan itu apatah lagi taraf mereka dinaikkan daripada buruh kasar kepada warganegara.

Kita tidak boleh lagi mengatakan Malaysia ini Negara Melayu yang punya. Orang yang mengatakan demikian adalah orang yang tak sedar bahawa kemajmukan sudah mengambil tempat di Negara ini dan kita harus bersikap menerimanya dengan dada terbuka...

Baiklah tentu anda mahu menolak pandangan saya ini...terpulanglah...

Enggan menyentuh kemajmukan dalam konteks politicking Malaysia baru...saya hanya melihat secara reality social disekeliling kita dimana kemajmukan sudah semakin melebar luas sama ada kita sedar atau tidak.

Siapapun yang menjadi YB dan Menteri Negara kita tetap menuju kepada kemajmukan. Semakin besar dan luas kemajmukan itu.

Jadi dimana kita ditengah lautan kemajmukan manusia di Tanah air ini? Dimanakah kita? suatu persoalan santai untuk hari kedua Tahun Baru Cina. Namun mungkin memerlukan minda analitikal dalam menyelami persoalan ini.

Dimanakah kita ? Jangan lihat kepada perbahasan lanjut lagi. Di sini dulu kita memikirkannya...bertemu lagi di entri seterusnya!