Arkib Blog

Mengenai Saya

Foto Saya
Mohd Ali Atan
Catatan peribadi, perjalanan hidup, rasa dan situasi saya catitkan di sini. Dilahirkan di Ipoh, Perak, dibesarkan di Pantai Murni Yan, Kedah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan kini menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana. Kini Tutor di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.Saya bersedia untuk membentangkan kertas kerja dalam bidang Kesusasteraan dan Sosiobudaya jika bersesuaian waktunya. Bagi tujuan tersebut boleh emel ke fikrahinsan@gmail.com atau alifsejati@yahoo.com.my ataupun hubungi saya di 0176601490.
Lihat profil lengkap saya

02 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 5-Epistemologi Melayu

Epistemologi telah dijelaskan dengan ringkas dan padat dalam entri Asas Memahami Bidang Falsafah Siri-2. Sila rujuk. Apa yang hendak difokuskan ialah Epistemologi Melayu. Bagi memahami Epistemologi Melayu kita sewajarnya sudah memahami sedikit sebanyak apakah kepercayaan atau pegangan orang Melayu. Kepercayaan orang Melayu bermula daripada animisme bertukar ke ajaran Hindu-Budhha dan akhirnya Islam. Agama Islamlah menjadi kepercayaan yang mendominasi orang Melayu sejak tertubuhnya kerajaan pertama di Alam Melayu sehingga kini. Justeru agama telah menyerapi dalam segala bidang ilmu daripada ilmu agama (fiqh setempat) sehinggalah kepada kosmologi tasawwuf, bahasa, sastera dan ilmu-ilmu Melayu yang dirujuk dalam kepustakaan Melayu Tradisional-ilmu perubatan Melayu, nombor2, ukuran masa, timbangan, dll)

Merujuk buku wajib pelajar, Hashim Musa menerangkan pada halaman 18 cara memahami,menyelidki atau menyorot epistemologi Melayu-Islam.

Takrif khusus epistemologi Melayu

Ialah satu bidang kajian tentang kaedah mentakrif ilmu pengetahuan yang dipegang oleh masyarakat Melayu, penubuhan jenis-jenis ilmu pengetahuan, penentuan sumber-sumbernya, had/batasan ilmu pengetahuan, DENGAN mengkaji dan menyelidik serta menganalisis khazanah intelektual Melayu samada berbentuk persuratan, kesusasteraan dan lisan. Penyelidikan itu meliputi pelbagai genre dalam bidang yan dinyatakan sama ada berbentuk tersirat dan tersurat, zahir dan batin, konkrit dan abstrak.

Dua Cara Penyelidikan boleh dilakukan

1.Pendekatan etnografi-menganalisis dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang ditanggapi dan dipegang oleh orang Melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan bertulis dan lisan, prosa dan puisi, pantun, syair, peribahasa, mantra, cerita rakyat dan kepustakaan Melayu tradisional.

Kajian dilakukan secara tematik yakni tidak berlaku sama sekali proses penyaringan, pemilihan, pengesahan kerana apa yang dipentingkan ialah penganalisisan, penubuhan dan penghuraian konsep ilmu pengetahuan .

2.Pendekatan etnografi+penilaian, penyaringan, pemilihan, pengenalpastian, dari segi kebenaran, keabsahan, kepalsuan, kesahihan, berdasarkan autoriti ilmu dalam tradisi Islam dan barat.

Contoh 1

Ungkapan atau istilah dalam masyarakat Melayu dalam perkembangan kepercayaan agama di Alam Melayu yang bermula PraHindu-Hindu-Budha, Islam dan Moden-Barat.

Sila rujuk buku wajib pelajar halaman 18.

Contoh 2

Pelajar juga boleh meninjau buku Mitos Peribumi Malas oleh Syed Hussein Alatas yang ada dalam bahagian buku itu menyanggah buku Revolusi Mental. MPM mengkritik kekeliruan dan ketidakfahaman penulis artikel dalam RM yang menggunakan sejumlah peribahasa dan ungkapan Melayu tradisional untuk menggambarkan Melayu malas, fatalis dll yang buruk2 yang disebabkan kemunduran dan ketinggalan sosioekonomi melayu dalam tahun-tahun 60-70an.

Penyanggahan Syed Hussein Alatas keatas RM dengan menjelaskan ungkapan Melayu tradisional dengan mentafsirnya secara analitikal dan sistematik berbanding RM yang menggunakan sejumlah ungkapan Melayu tradisional untuk menggambarkan kemalasan dan kefatalan masyarakat Melayu. Tujuan Rm ialah sebagai suatu eskapisme gol politikus Melayu yang gagal melaksanakan amanah membangunkan dna memajukan bangsa Melayu unttuk meletakkan kesalahan kegagalan pembangunan sosioekonomi melayu ketika itu disebabkan Melayu itu sendiri yang malas, fatalis, tdk bermotivasi berbanding orang Barat yang muluk2 belaka di mata pena pengarang2 dlm RM tersebut.

Saudara boleh juga merujuk cerpen saya, Sekuntum Melayu di Taman Ibunda yang memuatkan isi pemikiran syed hussein alatas yang menyanggah RM dan membersihkan snagkaan buruk atau tafsiran songsang ke atas ungkapan Melayu tradisional.

01 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 4-Tahap-Tahap Pengilmuan/Pemeresapan Ilmu Kedalam Pengertian/KefahamanN

a)Pengertian imbasan=mula2 ilmu diperolehi secera imbasan yakni melalui pancaindera buat pertama kalinya apabila manusia mengetahui akan sesuatu.Namun pengertian itu belum kukuh kerana sepintas lalu dan membentuk satu tanggapan sahaja yang kemudian TAHAP INI AKAN MENINGKAT KE;

b)Satu pengkonsepsian=apabila ilmu yang ditanggapi  buat kali pertama itu menjadi lebih tekal dan stabil contohnya kerana diperkukuhkan oleh PENGALAMAN berulang kali yang selalunya didukung oleh konsepsi akan sesuatu perkara yang melahirkan jargon, istilah, gelaran, panggilan, sebutan khas, ungkapan tertentu yang AKAN MENINGKAT KE;

c)Satu penegasan=atau proposisi iaitu apabila konsep, istilah, gelaran, sebutan, ungkapan disusun dalam satu pernyataan  atau penegasan yang selalunya didukung oleh satu ayat atau beberapa ayat;penegasan atau proposisi itu boleh berbentuk satu pendapat, pemutusan, atau satu hipotesis atau teori apabila ia merujuk kepada suatu andaian tentang dasar prosedor, keadaan, sifat dan kedudukan sesuatu perkara, benda, perlakuan dan kejadian alam ini yang AKAN MENINGKAT KE;

d)satu hukum alam (sunnatullah dan qudratullah)=apabila pengertian dan penegasan berselaras dengan hukum alam atau kejadian alam atau sunnatullah misalnya bumi berputar diatas paksinya berputar mengelilingi matahari diatas orbitnya. Namun demikian Bumi bolh berhenti berputar atau berputar di arah sebaliknya menjelang kiamat seperti yang dilaporkan dalam sebuah hadia nabi bahawa antara tanda kiamat akhbar (besar) itu ialah apabila matahari terbit di barat dan terbenam di timur ia dikenali sebagai Qudrat Allah atau kekuasaan Allah atau Qudratullah. Spt juga terpamer dlm mukjizat dan peristiwa dlm AQ.

Sila rujuk buku wajib halaman 12-14.


Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 3-Takrif Ilmu, Pengetahuan, Maklumat, Makna dan Sistem

Sepatutnya apabila kita hendak membincangkan tentang ilmu maka kita perlu bincang bersama-sama dengan epistemologi.

Namun demikian saya telah menjelaskan dengan agak mendalam juga takrifan epistemologi dalam siri yang ke-2. Jadi siri ke-3 ini sekadar sambungan sahaja yang menyentuh takrifan dan huraian serba sedikit tentang takrifan ilmu dan pengetahuan, makna dan sistem.

1. Ilmu 

-berasal daripada perkataan arab iaitu alimin/alimun/alimna yang bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.

-Takrif pegangan pelajar:Ilmu ditakrifkan secara umum sebagai keadaan atau sifat mengetahui, mengecami, memahami, mengingati dan mengerti sesuatu perkara, benda, suasana, kejadian dan kelakuan.

-dan juga sebagai himpunan daripada apa yang diketahui, dimengerti, ditemui dan ditanggapi itu.

-himpunan daripada yang diilmui dan diketahui itu dinamakan sebagai pengetahuan. 

-Justeru ilmu pengetahuan merangkumi kedua-dua aspek tersebut iaitu ilmu sebagai sifat mengetahui dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui.

-Ilmu juga dapat difahami sebagai sifat/kebolehan/kepandaian manusia.

1.1-Bandingkan dengan "Maklumat"

Pada asaslnya bermaksud fakta/perkara atau berita umum untuk makluman umum(pengetahuan umum) NAMUN kini dikaitkan dengan teknologi maklumat yang dimaksudkan dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang/disiplin yang disimpan, dirakam dan disebarkan (stored and communicated knowledge).

1.2-Pengertian ilmu dari aspek yang lebih luas

-Ilmu ialah sifat mengetahui/mengerti yang dimilki manusia yang diturunkan Tuhan(Allah Yang Maha Mengetahui/Berilmu Ya Alim) kepada nabi dan rasul menerusi wahyu, suhuf dan al bayan (musa as) disebarkan kepada ummat. Dengan demikian manusia dan Tuhan sahaja dianggap sebagai berilmu bukannya komputer atau buku. Walaupun buku dan komputer mencatitkan ilmu dalamnya, namun buku atau komputer tidak boleh diistilahkan sebagai berilmu. Ini kerana "berilmu" merujuk kepada kepandaian, penilaian, keyakinan, penerimaan, pendirian, prinsip, pemutusan, perlaksanaan, pembangunan dan kebijaksanaan.

1.3-Pengetahuan pula bermaksud himpunan daripada apa yang diilmui oleh manusia yang seterusnya dicatit, dianalisis, dikaji.diselidik, dikelaskan dan digolongkan ke dalam pelbagai bidang/disiplin ilmu.

1.4- Takrifan ilmu pengetahuan yang lain=Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. 

1.5-Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu:

a)ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan 
b)ilmu pengetahuan tidak nyata (implicit knowledge)

Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. 

1.6. Jenis-jenis ilmu=Pelajar rujuk buku wajib mukasurat 4.Sifat-sifat ilmu rujuk nota kuliah dr solatun atau Asas Memahami Falsafah Siri ke-2 

1.7  Dalil kepentingan ilmu dalam Islam

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

>Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. 

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير

Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

>Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;

قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب

Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

> Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;

انما يخشى الله من عباده العلمؤا

Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Dalil AQ diatas merujuk ilmu yang lebih tinggi yakni ilmu yang bersifat tidak nyata atau ilmu bersifat mistikal. Kerohanian yang melibatkan keimanan dan keyakinan kepada Tuhan Rabbul Alamin yakni Allah Ta'ala.

2.-Makna

-Makna ialah gambaran akal yang memberi identifikasi/pengenalan  TENTANG kedudukan dan tugas sesuatu perkara dalam sesuatu sistem yang diperolehi  apabila hubungan perkara itu dengan yang lain-lain dalam sistem itu dapat dijelaskan dan difahami.

-Makna juga boleh dianggap rujukan atau detonasi bagi sebarang tanda atau simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis misalnya warna, bentuk, gerak geri, bunyi dan lain-lain termasuklah bahasa.


3.-Sistem


-Sistem ialah pemeringkatan sekumpulan elemen atau unsur yang berkaitan antara satu sama lain yang diorganisasikan (disusun mengikut keutamaan kepentingannya) untuk memenuhi sesuatu matlamat atau objektif tertentu.

-Contohnya pemerolehan ilmu tentang insan ialah mengetahui dan mengerti makna seseorang insan tentang kedudukan dan tugasnya  dalam semua alam persekitarannya yang meliputi alam persekitaran kehidupannya iaitu persekitaran sosialnya(keluarganya, komuniti, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia), persekitaran spatio-temporal atau alam fizikalnya (fauna, flora, alam jagat raya) dan persekitaran metafizikalnya yang meliputi wujud psikologis, rohaniahnya akal, ratio, intelektualnya, nafs, qalb, roh, alam malakut, alam akhirat, kewujudan Khaliq atau PenciptaNya.

Tips Cemerlang 9:Baca dan Fahamkan. Fahamkan. Fahamkan.

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 2-Antara Cabang Falsafah

Pembahagian ini tidaklah muktamad dan rigid. Cabang-cabang falsafah amat luas dan berkembang setiap hari sampai hari ini. Namun demikian, ada EMPAT cabang besar yang sangat asas yang perlu pelajar fahami:


1. Ontologi


-Ontologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu eimi be dan logos yang bermaksud kata atau pengetahuan yakni pengetahuan mengenai hakikat keberadaan/kewujudan sesuatu benda atau makhluk DAN pengetahuan mengenai hakikat keberadaan/kewujudan sesuatu benda dan makhluk.
-ATAU ontologi itu membahaskan segala sesuatu itu adalah wujud.
(*Takrifan diatas ialah takrifan pegangan pelajar)



- Tokoh/Pelopor ontologi barat ialah Thales, Plato, dan Aristoteles.

-Ontologi adalah salah satu bahagian falsafah yang membahaskan segala sesuatu itu wujud (ada). 

-Ontologi membahaskan tentang yang ada, yang tidak terikat oleh satu perwujudan tertentu.

-Ontologi membahaskan tentang yang ada yang universal/sejagat.

-Ontologi berusaha mencari inti/hakikat/zat yang terkandung dalam setiap kenyataan/realiti/keberadaan/kewujudan.

- Atau dalam rumusan Lorens Bagus "menjelaskan keseluruhan yang ada dalam semua bentuknya."

2.Epistemologi

-Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu episteme dan logos yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan yakni mengkaji ilmu pengetahuan dari segi rujuk buku wajib muka surat 17 namun ada TAMBAHAN iaitu item bernombor ke-5 ;

1- pentakrifannya (takrif setiap istilah/bidang ilmu dan pengetahuan) 

2-penubuhan jenis-jenisnya (rujuk muka surat 4 buku wajib pelajar jenis ilmu pengetahuan dan sifat ilmu dan pengetahuan oleh dr solatun yang bermula dari wahyu yuha yang bersifat inspiratif kepada Nama-nama benda yang diajarkan oleh Allah kpd nabi adam yg tdk dapat diketahui oleh malaikat kepada Al Bayan atau kata-kata yang baik kepada al-Hikmah disebalik peristiwa/kejadian/cerita kepada Berpasang-pasangan seperti baik dan buruk, siang dan malam, syurga dan neraka dll. 

3-Penentuan sumber-sumber ilmu dan pengetahuan yang terbahagi kepada sumber mikro iaitu fakulti akal, fakulti nafsu, fakulti roh, fakulti qalbu/hati dan sumber makro iaitu sumber barat, sumber yunani, sumber agama samawi, sumber timur (agama budaya, budaya  dan adat).

4-Saluran-saluran pemerolehan ilmu rujuk buku wajib muka surat 10-12).

5-Keabsahan ilmu dan pengetahuan berdasarkan autoriti yang sah ada kaitan dengan ilmu yang benar yang dihubungkan dengan destini manusia rujuk buku wajib mukasurat 18-22*

6-Pengenalpastian had/batasan ilmu dan pengetahuan rujuk buku wajib muka surat 23-27*

*Akan dibincangkan pada kuliah dan tutorial akan datang. Namun lebih baik bersedia dan baca dahulu.

3. Aksiologi


-Berasal daripada perkataan axioo dan logos yang bermaksud  nilai dan kata-kata yakni kajian mengenai  hakikat, kenyataan/keberadaan/kewujudan dan makna dari aspek nilai-nilai atau juga teori nilai.
-Nilai-nilai itu adalah seperti baik-buruk, cantik-hodoh, benar-salah, wangi -busuk, kasar-halus dll.*

*Akan dibincangkan dalam kuliah dan tutorial Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan akan datang.

~~~

Umumnya, ontologi dan epistimologi kini telah dikelompokkan/digabungkan atau dibincangkan secara bersama-sama dalam satu bidang yang dikenali sebagai 

METAFIZIKA

Manakala aksilogi kini telah dikelompokkan atau dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

a)Etika atau Falsafah Moral iaitu kajian tentang perilaku/akhlak/adab yang luhur.

b)Estetika atau Falsafah Keindahan iaitu kajian tentang nilai-nilai keindahan/keseniaan yang indah-indah/perlambangan yang indah-indah.

~~~

4.Logika

 -Logika berasal daripada perkataan logos yang bermaksud ucapan atau (dan) perkataan yakni kaedah dan prinsip yang digunakan untuk membezakan hujahan yang sah (valid) dan benar (true) DENGAN hujahan yang tidak sah dan tidak benar atau falasi (hujahan yang salah).
-Logika dianggap ibu ilmu pengetahuan dan yang membezakan antara manusia yang berakal dengan haiwan yang tidak berakal.
-Logika menjadikan seseorang dapat berhujah dengan sah dan benar dan dapat mematahkan hujahan yang tidak sah dan falasi.
-Namun saya tidak bermaksud sesiapa yang tidak mempelajari logika tidak akan dapat berhujah dengan sah dan benar.
-Logika atau logik BUKAN KAEDAH BERFIKIR kerana KB ialah bidang kajian psikologi.
-Sebaliknya logika meneliti hujahan yang terbentuk daripada elemen premis dan penyimpulan berdasarkan proposisi/penegasan iaitu maksud yang terkandung dalam sesebuah ayat.*

*Akan dibincangkan dalam kuliah dan tutorial akan datang. Boleh rujuk2 buku wajib pelajar halaman 33.

~~~

Begitulah cabang kajian falsafah.
Diharapkan pelajar saya dapat memahami letak duduk dan cabang bidang falsafah kerana apabila pelajar memahami letak duduknya maka pelajar merasa mudah sekali untuk menelaah item demi item yang terkandung dalam silibus atau dalam asas bidang falsafah pada kuliah dan tutorial akan datang.

Tips Cemerlang 7:Baca jangan tak baca. Kemudian baru fahamkan. Kalau tahu sebab tak baca. Kalau tak faham sebab gelap hati, makanya carilah doa buat amalan dan bersihkan hati dan jiwa kalian dengan zikrullah dan amal ibadah.


Tips Cemerlang 8:Ada pelajar tanya "Saluran" pemerolehan ilmu dan pengetahuan itu bukankah sama saja dengan "Kaedah" mendapatkan ilmu dan pengetahuan?


Jawab saya:Saluran itu adalah merangkumi kaedah, cara, sumber,penyampaian secara abstrak dan konkrit, zahir dan batin sekaligus-ia sebuah perlambangan yang menyeluruh dan luas maknanya berbanding kata "kaedah". Cubalah berfikir secara perlambangan atau berfalsafah sedikit ia. Hehehe.

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 1-Takrif Pegangan Falsafah

Perkara pertama yang perlu disetkan di minda kita ialah:
FALSAFAH bukanlah suatu bidang yang susah dipelajari.

Bagi memudahkan kita memahami falsafah, kita mestilah tahu dahulu apakah asas falsafah.

Asasnya ialah memahami:

definisi/takrif kerja(=pegangan pelajar)mestilah dihafal dan difahami.

Merujuk buku Falsafah Logik dan Etika Melayu oleh Prof Dr Hashim Muda, menurut B.A.G Fuller dalam bukunya A History of Filosophy muka surat 1, falsafah boleh ditaktifkan sebagai

SATU PENYELIDIKAN/PENGAJIAN DAN ILMU YANG BERASASKAN RENUNGAN(REFLECTIVE) DAN PENTAAKULAN (REASONING) UNTUK MERUMUSKAN SIFAT, HAKIKAT DAN KANDUNGAN ALAM WUJUD (ALAM GHAIB-ROH) ATAU (DAN) ALAM SEMESTA (ALAM NYATA) YANG DILIHAT SECARA KESELURUHAN/HOLISTIK SEBAGAI SATU KESATUAN BERDASARKAN PENELITIAN DAN PENGKAJIAN TERHADAP DATA DAN FAKTA YANG DIAMBIL DARIPADA SEMUA ASPEK ALAM WUJUD ATAU ALAM SEMESTA.

Perbincangan:

Berdasarkan takrif di atas, dapat dirumuskan

-FALSAFAH  SEPERTI BIDANG ILMU YANG LAIN YANG MEMPUNYAI KAEDAH, MATLAMAT, ASAS DAN BAHAN KAJIAN YANG TERSENDIRI.

-FALSAFAH MENGAMBIL DATA DAN BAHAN KAJIAN DARIPADA SEMUA ASPEK ALAM SEMESTA HASIL DARIPADA KAJIAN TENTANG PELBAGAI BIDANG ILMU SAINS, MISALNYA SAINS PASTI(MATEMATIK DAN FIZIK), SAINS HAYAT (BIOLOGI, BOTANI,ZOOLOGI, GENETIK, MIKROBILOGI DSB), SAINS FIZIKAL (GEOGRAFI DSB), SAINS KEMANUSIAAN DAN SAINS KEMASYARAKATAN (SOSIAL, PSIKOLOGI DLL)

-DALAM FALSAFAH SEGALA INPUT DATA-DATA, DRP ILMU SAINS DIBUAT RENUNGAN DAN PENTAAKULAN.

-ATAUPUN FALSAFAH MENGAMBIL SEMUA HASIL KAJIAN SAINS ITU DAN MEMBUAT SATU KESIMPULAN YANG MENGHUBUNGKAITKAN DAN MENSINTESIS PERSPEKTIF PANDANGAN SEGALA ASPEK ALAM SEMESTA YANG BERBEZA-BEZA ITU UNTUK MENYATAKAN DALAM SATU PENEGASAN YANG HOLISTIK DAN MENYELURUH TENTANG HAKIKAT DAN SIFAT KEWUJUDAN ALAM SEMESTA YANG ADA INI.

-PROSES PENYIMPULAN ITU, WALAUPUN BERDASARKAN DATA DAN FAKTA YANG NYATA, DIBUAT SECARA RENUNGAN, PENTAAKULAN DAN HUJAHAN YANG RASIONAL DAN LOGIKAL YANG BERSIFAT SPEKULATIF (ANDAIAN/TEKAAN).

Contoh-boleh rujuk buku wajib pelajar halaman 2-4.

TIPS CEMERLANG 1:Bagi pelajar saya, saya mewajibkan mereka menghafalnya.Tetapi malangnya ada yang TIDAK membacanya pun manalah lagi hendak menghafalnya. Selepas itu merungut tidak faham subjek ini dan tidur di dalam  kelas. Saya tidak rugi kalau ada pelajar saya yang tidur dalam kelas. Dan saya biarkan saja.

TIPS CEMERLANG 2:Sila cari definis/takrifan FALSAFAH daripada sumber lain-terutama daripada tokoh. Cari TIGA takrifan falsafah daripada 3 tokoh berbeza.

TIPS CEMERLANG 3:Dalam kelas, apabila saya bertanya, takrifan falsafah rata2 pelajar menjawabnya dari segi etimologi kata iaitu falsafah berasal daripada perkataan Yunani, iaitu philo yang bermaksud cinta manakala sophia bermaksud kebijaksanaan justeru falsafah diertikan sebagai cinta akan kebijaksanaan.Saudara hafal ini TETAPI saudara WAJIB hafal juga takrif kata kerja seperti saya nyatakan di atas. Saya tidak menyekat saudara tetapi bermu daripada asas saudara boleh berkembang lagi dengan hujahan yang lebih baik.

TIPS CEMERLANG 4:Setelah saudara faham dan hafal takrif, huraian dan contoh maka saudara perlulah memahami betul2 dan menghayatinya minda bawah sedar. Cara gunanya ialah "sentiasa mengagankan maknanya" ke mana-mana pun jua. Apabila ini sudah ada di minda bawah sedar saudara, saudara tdk akan terikat lagi dengan susunan kata-kata huraian falsafah dan contoh2 spt Dr Hashim Musa berikan contohnya di dalam buku wajib tersebut. Saudara dapat menyusun sendiri dan mudah menjawab dalam peperiksaan. 

TIPS CEMERLANG 5:Faham dan hafal daripada sekarang. Jangan bertanggung kerana lagi lama pelajar bertangguh maka lagi lamalah saudara susah mengusai lebih jauh lagi falsafah. Ingat apa yang kita hadapi sekarang ialah asas sahaja bukannya saudara perlu jadi ahli falsafah baharu boleh memahami tetapi apabila saudara sudi dan ikhlas mengikuti tunjuk ajar daripada "guru" maka saudara akan lebih mudah memahami dan mengikuti hingga khatam. Insya Allah.

31 Januari 2010

Falsafah Sejarah dari segi ‘Epistemelogi’; Perbandingan Timur dan Barat



PERBEZAAN EPISTEMOLOGI SEJARAH TIMUR DAN BARAT

Falsafah epistemologi sejarah dari timur mempunyai hubungan dengan aliran ilmu wahyu (agama Islam, Kristian, Yahudi) dan aliran intuisionisme yang merangkumi daya pemikiran manusia yang melebihi daya fikir manusia biasa, terutama menyentuh berkaitan kaedah memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan.

Secara jelas dapat dibahagikan dua aliran utama konsep epistemologi sejarah dari timur;
  1. aliran ilmu wahyu
  2. aliran intuisionisme[1]

Falsafah epistemologi sejarah dari barat pula berkaitan dengan dengan aliran emperisisme yang menyentuh pengetahuan diperolehi dengan pancaindera dan aliran rasionalisme yang menjurus pengetahuan ‘akal’ sebagai kaedah sumber dalam memperolehi ilmu pengetahuan.
Secara asasnya konsep epistomologi barat dapat dibahagikan pada dua aliran;
  1. aliran emperisisme
  2. aliran rasionalisme[2]
Perbezaan  Aliran- Perspektif Timur
Aliran ilmu wahyu yang dipegang oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam, Kristian dan Yahudi menekankan pada konsep ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sejarah yang selari dengan kitab Al Quran, Injil dan Taurat. Keyakinan ini diperkuatkan dengan kisah-kisah sejarah dan zaman lampau yang saling berkaitan dalam ketiga-tiga kitab utama tersebut, serta kisah-kisah sejarah utama di lampau yang termuat di dalam kitab-kitab utama tersebut.

Aliran intuisionisme dalam konsep ilmu pengetahuan timur, melihat pada keupayaan pencernaan ilmu pengetahuan melalui jalan metafizik dan mencapai tahap ‘fana’ yang meleburkan perbezaan di antara subjek dan objek[3] dan mengwujudkan kesatuan di antara kedua-duanya sekali[4]. Pemikiran ilmu pengetahuan ini sebenarnya tidak dapat melarikan diri dengan konsep keagamaan atau ritualisme dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, disamping agama Buddha dan fahaman Hinduisme.

Aliran ilmu pengetahuan dalam Islam, Yahudi, Buddha dan Hindu dikesan mempunyai acara-acara ritualisme seperti amalan kerohanian peringkat tinggi dalam mencari sumber ilmu pengetahuan.  Penggunaan mantera, jampi, ayat-ayat suci dan dengan proses ibadat secara amalan kebatinan dan rohani dilakukan untuk memperolehi sumber-sumber ilmu pengetahuan dari alam magis atau daripada Tuhan.

Tradisi timur yang amat dipengaruhi oleh amalan keagamaan dan kepercayaan agama menilai kebenaran atau ketepatan sesuatu ilmu pengetahuan mestilah bersumberkan ilmu wahyu.  Ilmu pengetahuan perlu diselarikan dengan kebenaran yang sahih dan tidak terkeluar dari sumber utama, iaitu kitab Al Quran, Injil dan Taurat.  ‘Sumber wahyu, tidak syak lagi merupakan sumber pengetahuan yang terpenting dalam tradisi agama-agama besar yang tumbuh di Timur, khususnya agama-agama langit (samawi) seperti agama Yahudi, Nasrani, dan Islam[5].
Bagi ajaran Hindu dan Buddha, sumber-sumber dari kitab suci mereka seperti kitabMahabrata menjadi panduan dalam perkembangan ilmu pengetahuan serta sejarah kehidupan dan tamadun mereka.
 Keutuhan kepercayaan tauhid dan ketuhanan menolak samasekali penggunaan dalil akal ( aqli) semata-mata dalam mentafsir ilmu pengetahuan , termasuklah dari segi falsafah sejarah. 

Pegangan utama dan sumber rujukan utama kepada kitab Al Quran, Injil dan Taurat menyebabkan aliran epistemologi sejarah timur tertakluk dengan nilai-nilai ketuhanan dan moraliti yang tinggi. Segenap penulis atau pengkaji wajib bertanggungjawab dalam memastikan setiap bentuk penulisan pensejarahan tidak berlawanan dengan hukum Tuhan serta undang-undang hukum-hakam agama yang tidak boleh berubah mengikut kehendak emosi atau akal semata-mata.  Bagi agama Islam, Al Quran dan hadis-hadis dari Nabi Muhammad s.a.w dianggap sebagai wajib secara mutlaknya untuk dipercayai atau dirujuk di dalam setiap penulisan pensejarahan. 

Kitab-kitab agama di India, seperti kitab agama Hindu seperti kitab ‘Mahabrata’ dan ‘Ramayana’ menekankan perjalanan kisah sejarah yang berlandaskan fahaman agama Hindu. Ini termasuklah kepercayaan mengenai pembalasan dosa dalam konsep ‘Dharma’ dalam agama Buddha yang menyanggah kepada amalan yang berdosa, malahan agama Buddha mempunyai tradisi dalam amalan ibadat pertapaan dalam memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan.  Fenomena ini jelas bertentangan dengan aliran epistemologi barat yang menekankan pada unsur rasionalisme dan emperisisme. 

Di dalam nilai-nilai falsafah agama Kristian secara asasnya memiliki universialiti sejagat, ketentuan Tuhan, tamadun peradaban dan pergerakan sejarah ke mercu kegemilangan,‘peranan St. Agustine dalam zaman era kebangkitan Kristian telah mendominasikan Zaman Pertengahan’[6] menunjukkan bahawa falsafah sejarah dalam tradisi Kristian diperjuangkan oleh golongan ilmuan agama tersebut, malah hasil karya St. Agustine ‘The City of God’ memberikan pandangan penulisan sejarah yang menilai unsur kebaikan dan keburukan bagi sesebuah tamadun dunia berpunca dari nafsu manusia yang positif atau negatif.  Ini selaras dengan definasi pensejarahan klasik yang menitikberatkan pada nilai fungsional dari sebab akibat atau pengajaran daripada peristiwa yang telah berlalu/ silam.  

Secara amnya, dalam tradisi aliran timur ia amat menekankan kepada sumber wahyu akan menilai mengikut acuan kitab agama masing-masing, sebagai contoh agama Islam dengan 6600 ayat[7] di dalam Al Quran , kisah kisah sejarah yang unggul tercatat di dalamnya seperti peristiwa Nabi Musa a.s dengan Firaun di Mesir yang menyaksikan orang-orang Israel berpindah secara besar-besaran dari Mesir ke Sinai.  Al Quran dinyatakan mempunyai empat perlima isi kandungannya mengandungi peristiwa sejarah[8], malahan kitab agama seperti Taurat dan Injil mempunyai peristiwa sejarah yang hampir bersamaan di antara satu sama lain, contohnya cerita sejarah berkaitan riwayat hidup Nabi-Nabi ( a.s) yang terpilih. ( Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Musa a.s).
Secara hierarki sumber sejarah pula, secara jelas dan nyata menunjukkan aliran timur menekankan unsur-unsur absolutisme yang sepenuhnya terhadap pengetahuan yang diturunkan oleh Tuhan melalui kitab-kitabNya.  Konsep ini melihat kepada kekuasaan Tuhan yang ‘Abadi’ dan tiada makhluk yang dapat mengalahkan kekuasaan Tuhan, terutamanya dalam kepercayaan para penganut agama Islam kepada Allah S.W.T sebagai Tuhan Yang Maha Esa.

Sebagai kesimpulannya, tradisi aliran epistemologi timur menggunakan kaedah keagamaan dalam mencirikan kaedah ilmu pengetahuan dalam sejarah.  Penggunaan sumber wahyu dari Tuhan dalam kitab utama agama Islam, Kristian  dan Yahudi memperlihatkan keseragaman dalam ilmu pengetahuan di dunia yang perlu diikat dengan sumber-sumber wahyu. Penggunaan kaedah intuisionisme dalam aliran epistemologi timur membayangkan sesuatu yang dianugerahkan kepada ‘manusia yang terpilih’ untuk memperolehi ilmu pengetahuan secara ghaib melalui mimpi, pertapaan, ilmu laduni dan upacara mistik, pemerolehan ilmu pengetahuan secara intuisionisme ini adalah anugerah Tuhan yang diyakini bagi setiap penganut agama Islam, Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha.

Perbezaan Aliran – Perspektif Barat
Aliran pemikiran barat menekankan nilai-nilai empirikal yang menekankan konsep pengalaman dan pengamatan pancaindera, dalam mencerna ilmu pengetahuan.  Pembuktian empirikal adalah sesuatu yang amat tinggi darjahnya atau tingkatan dalam menentukan kesahihan sesuatu kajian, mengenai ilmu pengetahuan.  Penyelidikan dalam bidang sejarah mengikut aliran empirikal barat, menekankan pada bukti pengumpulan bahan dan sumber yang dapat dibaca dan dilihat oleh para pengkaji.  Pengamatan yang benar dan fakta-fakta yang sahih akan membuktikan kebenaran sesuatu penulisan ilmu pengetahuan, berkaitan sejarah manusia mengikut aliran barat.  Pengkajian dengan pengumpulan data dan bukti empirikal[9]merupakan aliran yang amat berpengaruh di barat, ini diperkuatkan lagi dengan pendapatAuguste Comte ( 1798-1857M) yang menyatakan abad ini ( moden) dikuasai oleh fakta dan pengamatan para penulis (pengkaji)[10].

Aliran rasionalisme barat lebih menekankan pada penggunaan ‘akal’ semata-mata dalam proses menggali ilmu pengetahuan. Aliran ini membuat tanggapan bahawa aliran empirikal akan selalunya berubah-ubah, sedangkan penggunaan akal bersifat tetap dan ketetapan yang unggul.  Ini menyebabkan wujudnya sub aliran yang hanya menekankan penggunaan akal fikiran semata-mata serta cuba menafikan aliran ilmu wahyu keagamaan dalam ilmu pengetahuan.  Ini dapat dilihat dari perspektif barat yang mewarisi beberapa falsafah sejarah zaman Greek yang terlalu mengutamakan akal semata-mata sebagai dalil, ‘ ilmu falsafah dan logik berkembang di Greek, dunia Greek memuja akal melebihi semua yang lain’[11].

Konsep konstruktivisme epistemologi yang diperkenalkan secara meluas oleh Jean Piaget(1967) yang mengkritik objektivisme berkaitan manusia yang dikatakan mampu mencapai tingkat  ilmu pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal ( ilmu ladunni), malah aliran ini melihat pada unsur ‘realiti’ semata-mata dalam menerangkan mengenai hakikat ilmu pengetahuan, ianya boleh disingkapkan atau diterangkan secara jelas dengan kaedah yang digunapakai oleh tokoh falsafah materialisme ( kebendaan) barat seperti Karl Marx ( 1818- 1883M) yang menilai sesuatu isu sosial, sejarah dan ekonomi dengan membandingkan dengan nilai-nilai materialisme semata-mata, termasuklah dari segi ilmu pengetahuan.  Konstruktivisme epistomologi menilai ilmu pengetahuan dengan kaedah pengkajian kualitatif  dan menekankan bahawa para pengkaji atau ahli ilmu pengetahuan yang menentukan pengetahuan saintifik di dalam ilmu pengetahuan bukannya sumber-sumber lainnya seperti  ilmu wahyu yang dipegang kuat oleh golongan Islam, Yahudi dan Kristian.

Aliran barat menekankan dalam konsep kebenaran sesuatu ilmu pengetahuan berdasarkan logika formal yang dibawa oleh pemikiran Socrates, Plato dan Socrates.  Ini ditambah dengan teori pertalian, teori kesepadanan dan teori pragmatik, disamping teori logik berlebihan, teori semantik dan teori non- deksriptif.  Secara amnya, tradisi barat melihat pada penggunaan akal dan panca indera dalam menentukan kebenaran sesuatu sumber ilmu pengetahuan dan menolak penggunaan ilmu wahyu dan ilmu agama seperti Islam, Yahudi dan Kristian.

Aliran skeptisme wujud di barat diakibatkan dari hanya bergantung dengan kebolehan ‘pancaindera’ semata-mata dan penggunaan akal sahaja, tanpa mempunyai nilai ruh keagamaan atau ilmu wahyu.  Ini menyebabkan ‘sejarah muktamad’ yang disimpulkan dari data sumber pertama yang diperolei dari pengamatan pancaindera dan akal, dianggap tidak mampu mempunyai asas yang teguh dan setiap masa boleh dikritik dari segi ketepatannya. Contoh yang boleh dilihat dari segi penemuan artifaks di kawasan makam raja-raja Mesir purba ( piramid) yang masih tidak muktamad dari segi penulisan pensejarahannya, berbanding kisah sejarah yang terakam dalam Al Quran berkaitan sejarah raja Mesir ( Firaun) di zaman Nabi Musa a.s yang diturunkan sebagai wahyu dan tercatat di dalam Al Quran di zaman Nabi Muhammad s.a.w.  ‘Golongan ini cuba menimbulkan skeptikal terhadap kepercayaan beragama’[12], golongan ini merujuk pada golongan ilmuan barat yang memulakan aliran yang cuba menjauhkan dari sumber-sumber utama berasaskan wahyu.  Beberapa ilmuan yang dikesan mengambil kaedah skeptikal adalah Descartes ( 1596-1650M) dan Leibniz ( 1685-1753M)[13], golongan inilah yang menimbulkan anjakan pradigma dari keutuhan kepada sumber wahyu kepada sumber akal semata-mata di barat.

Aliran barat hanya mementingkan kepada penggunaan akal yang rasional serta menolak secara langsung penggunaan nilai agama dan kepercayaan tauhid di dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi.  Ini menyebabkan penolakan penafian data maklumat empirikal sekiranya pemikiran intelek menafikan kewujudan maklumat empirikal, terutamanya berkaitan dengan perkara ghaib, mistik dan perkara-perkara atau isu yang tidak mempunya koleksi penyelidikan yang lengkap.  Ini dapat dikesan dengan kisah-kisah sejarah yang termuat dalam kitab-kitab utama agama samawi di dunia seperti Al Quran, Injil dan Taurat. 
Taklif penggunaan akal yang berlebihan menyebabkan penggunaan kaedah penyelidikan dan pengkajian saintifik dilakukan dan disahkan dengan penggunaan akal serta pancaindera manusia yang melakukan pengkajian mengenai sesuatu ilmu pengetahuan, termasuklah di dalam bidang sejarah.  Bidang penyelidikan yang dipentingkan berkaitan dengan ‘ cara-cara sejarahwan mengambarkan atau mengklasifikasikan bahan, kaedah-kaedah penyampaian kepada hipotesis atau kesimpulan, rumusan dan tafsiran serta hubungan antara sejarah dengan bentuk-bentuk penyelidikan lain[14].

Secara amnya, sumber sejarah bagi aliran barat amat menitikberatkan sumber empirikal, iaitu sumber berbentuk, sumber tulisan dan sumber lisan. Kaedah ini menimbulkan metodologi dalam penyelidikan berkaitan ilmu pensejarahan dan tulisan-tulisan akademik mengenai sejarah dunia manusia.  Penyaringan dari segi’heuristik’ pada peringkat pertama dan ‘kritik’pada peringkat kedua dan akhirnya akhirnya menjurus kepada penggunaan akal sebagai peringkat terakhir, dalam mendapatkan sumber-sumber rasional mengikut aliran barat yang teramat menekankan kepada bidang penyelidikan dalam memperolehi keputusan mengenai sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
Bagi aliran barat, hierarki sumber sejarah sebagai ilmu pengetahuan perlu diperkuatkan dengan, sumber pertama ( primary sources)[15], sumber pertama adalah sumber yang masih bersifat mentah dan belum pernah dibahaskan secara intelektualisme.  Sumber kedua bagi aliran barat dalam ilmu pengetahuan adalah hasil karya sejarah yang telah diproses dari sumber mentah sumber pertama.  Kritik dalaman dan kritik luaran akan dilakukan dalam menilai setiap hasil karya dari sumber pertama dan kedua terutamanya di kalangan ilmuan empirikal di barat, sehingga mencapai taraf ‘ Sejarah Muktamad’[16]. Walaupun begitu nilai absolutisme tidak tercapai dengan sempurna dalam aliran barat, berbanding dengan aliran timur yang berpegang teguh dengan tradisi ilmu wahyu mutlak dari Tuhan.
Sebagai kesimpulannya, aliran pemikiran barat dalam merujuk pada epistemologi sejarah dan falsafah berkaitan sejarah terbahagi kepada dua aliran secara amnya.  Aliran empirisisme menitikberatkan kepada kemampuan pancaindera manusia dan pendedahan pengalaman kepada kekuatan tubuh badan yang mampu meresapi ilmu pengetahuan secara sedar sebagai aliran epistemologi utama di barat.
Pemikiran barat dalam aliran yang menggunakan akal atau daya intelek semata-mata dapat dikesan dalam merujuk pada aliran rasionalisme, aliran ini amat prihatin kepada perkara-perkara yang statik dalam aliran epistemologi

 PENUTUP – KESIMPULAN
Secara umumnya perbezaan yang ketara dapat dilihat dari aliran-aliran yang dibawa oleh warisan barat dan timur dari segi perspektif epistemologi ilmu pengetahuan dalam bidang sejarah dan falsafah sejarah.  Kitab klasik Ramaya, Mahabrata dan Baghavad Gita dalam tradisi pensejarahan India amat berkait rapat dengan kepercayaan agama Hindu, manakala dalam agama Islam sejarah adalah bersifat universal, serta tidak tertakluk kepada ruang atau waktu tertentu[17] yang memberikan maksud kepercayaan kepada Allah S.W.T yang mengawal dan menentukan keseluruhan perjalanan pensejarahan dunia ini. Ini bersamaan dengan nilai tradisi golongan Kristian yang diasaskan oleh St. Agustine yang mencetuskan pengaruh agama dalam proses ilmu pengetahuan berkaitan sejarah, disamping kepercayaan golongan penganut agama Yahudi berkaitan dengan kitab Taurat yang memuatkan banyak kisah pensejarahan silam berkaitan masyarakat Yahudi.
Berbeza dengan perspektif aliran barat yang mengutamakan kaedah penyelidikan saintifik dan penggunaan akal serta pancaindera dalam menilai muktamadnya sesuatu bidang ilmu pengetahuan dari segi kesahihannya. Pengaruh sekularisme dan materialisme dan atheis jelas mempunyai pengaruh dalam aliran perspektif barat dari segi falsafah epistemologi sejarah.   Ini menyebabkan kemunculan tokoh-tokoh empirisisme seperti John Locke ( 1632-1704M), David Hume ( 1711-1776M)[18] dan tokoh-tokoh ‘materialist conception of history’ seperti Karl Marx ( 1818-1883M) yang menyumbangkan kepelbagaian kepincangan sosial kemasyarakatan dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan berdasarkan pensejarahan barat yang mempengaruhi dunia di zaman moden.


BIBLIOGRAFI
 Ahmad Tafsir, Filsafat Umum: Akal dan hati Sejak Thales sampai James. Bandung: P.T Remaja Rosdakarya, 1992.
 Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000.
Abdul Rahman Haji Abdullah,  Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:DBP, 2003.
 Bovens, Luc & Hartmann, Stephan.  Bayesian Epistemology. Oxford: Oxford University Press, 2003.
 Colin Brown, Philosophy and the Christian Faith. Illinois : Intervarsity Press, 1968.
 Dancy, Jonathan.  An Introduction to Contemporary Epistemology (Second Edition). John Wiley & Sons, 1991.
 Greco, J. & Sosa, E.  Blackwell Guide to Epistemology, Blackwell Publishing,1999.
 Harold H. Titus, Persoalan-Persoalan Filsafat. Jakarta: Pulau Bintang, 1984.
 Hendricks, Vincent F.  Mainstream and Formal Epistemology, New York: Cambridge University Press,2006.
 Morton, AdamA Guide Through the Theory of Knowledge (Third Edition) Oxford: Blackwell Publishing, 2002.
Nasruddin Razak, Metodologi Dakwah. Semarang : cv Toha Puka, 1976,
Norman L. Geisler, Introduction to Philosophy : A Christtian Perspective. Michigan: Baker Book House, 1987.
R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.
Rand, Ayn.  Introduction to Objectivist Epistemology, New York: Meridian, 1979.
Tomberlin, James . Philosophical Perspectives 13, Epistemology, Blackwell Publishing, 1999.
William H. Dray, Philosophy of History. Engelwood Cliffd New Jersey : Prenctice – Hall, 1964.

NOTA HUJUNG
[1] Abdul Rahman Haji Abdullah,Wacana Falsafah Sejarah.Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000,hlm.73.

 [2] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000,hlm. 71.
[3] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000,hlm. 73.
 [4] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000,hlm. 73 dan ; Norman L. Geisler, Introduction to Philosophy : A Christtian Perspective. Michigan: Baker Book House, 1987, hlm. 108.
 [5] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000,hlm. 73.
[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2003, hlm. 61.
[7] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000, hlm. 81.
[8] H.M Rasjidi, Filsafat Agama, hlm. 77 dan Nasruddin Razak, Metodologi Dakwah. Semarang : cv Toha Puka, 1976, hlm. 14.
[9] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 12.
[10] Harold H. Titus, Persoalan-Persoalan Filsafat. Jakarta: Pulau Bintang, 1984, hlm. 362-263.
[11] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000, hlm. 72 dan ; Ahmad Tafsir, Filsafat Umum: Akal dan hati Sejak Thales sampai James. Bandung: P.T Remaja Rosdakarya, 1992, hlm. 24-25.
[12] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000,hlm. 72.
[13] Colin Brown, Philosophy and the Christian Faith. Illinois : Intervarsity Press, 1968, hlm. 48-57.
[14] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 2003, hlm. 63.
[15] Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000, hlm. 83.
[16] Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000, hlm. 83.
 [17] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000, hlm. 47.
[18] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka, 2003, hlm. 13

28 Januari 2010

PANDUAN MENJAWAB SOALAN FALSAFAH

Soalan boleh dijawab dengan cara

DESKRIPSI-PENGHURAIAN

Ataupun

ANALOGI


Misalnya soalan 1, item Bapa.

Takrifan siapa kah ' bapa'.
Takrifan dari segi budaya Melayu atau epistimologi Melayu.
Bagaimana saudara kenali bapa itu bapa-hint; naluri, pancaindera...dll.

Saudara saudarai boleh buat analogis spt:

Saya mengenali bapa sebagai bapa sejak saya dilahirkan dan kenal dunia ini...

Atau

Saudara saudari juga boleh jawab secara deskripsi

Bapa merujuk kepada...

Soalan ke-2 pun sama boleh dijawab secara DESKRIPSI atau ANALOGIS.

Tips boleh jawab:Kalau saudara saudarai telah membaca buku Prof Hashim Musa saudara saudari faham walaupun faham itu sekadar 70% atau 50% saudara saudari sudah boleh menjawabnya dengan baik.

Soalan 2, ialah bagaimana ahli falsafah mendapat ilmu melalaui pancaindera-akal-intusi-ilham. Mesti dalam kerangka berfikir ahli falsafah dan sentuh sedikit batasan ilmu ahli falsafah.

Yang item B, ialah Laporan-ini ahli falsafah Islam sahaja yang dapat-sehingga ke tahap tertinggi iaitu kebenaran hakiki yang disahkan oleh autoriti mutlak yakni Al Quran dan Al Hadis.

Saudara boleh cari apa sahaja buku berkaitan falsafah atau FALSAFAH ISLAM.

Bagiamanakah Laporan(AL QURAN dan HADIS) menjadi saluran pemerolehan ilmu pengetahuan bagi ahli falsafah ISLAM dan terangkan kelebihan mereka berbanding ahlio falsafah barat.

Hint-Imam Al Ghazali.

#Zaman saya dahulu soalan latihan banyak menolong sewaktu menghadapi kertas peperiksaan. Percayalah, inilah caranya saudara saudarai hendak menguasai ilmu

-Dengar kuliah-Bincang di Tutorial-Buat latihan-Hantar Tugasan

Bagi pelajar yang hantar tugasan saya akan beri perhatian lebih seperti Bimbingan Personal agar saudara lebiuh menguasai pelajaran.

Ini adalah kursus wajib. Kalau saudara mahu maju dan lulus maka saudara mesti tolong diri saudara baharulah saya dapat bantu saudara. Jika saudara tdk mahu bantu dri sendiri, tiada siapapun dapat bantu saudara. Allah pun tinggalkan saudara/i.

Hentikan merungut, inilah pilihan kita-Belajar.Bukan seronok ketawa bermain2 di kolej semata-mata.



Hebahan Program Bermanfaat

28 Januari, Diskusi Buku di Akademi Pengajian Melayu Pada Pukul 10 Pagi.Semua dijemput hadir.



Cerpen Yang Tersiar

Cahaya Ogos
Mingguan Malaysia
3 September 2006

Menunggu Tren Terakhir
Tunas Cipta
Mac 2007

Sekuntum Melayu di Taman Ibunda
Berita Minggu
10 Jun 2007

Orang-Orang Berjuang
Mingguan Malaysia
5 Ogos 2007

Warkah Raja Haji Fisabilillah
Berita Harian
25 April 2009

Buku Yang Diterbitkan


http://202.188.5.9:8080/opac/submitSimpleSearch.jsp?branch=&searchField=Mohd.%20Ali%20Atan&searchOption=100&offset=0&counter=0&showRecord=50

http://ipac.dbkl.gov.my/ipac20/ipac.jsp?session=1241V3B9848L0.1878322&profile=kll&page=2&group=0&term=Mohd+Ali+Atan&index=.AW&uindex=&aspect=advanced&menu=search&ri=1&source=172.21.14.5@!horizon&1241939985140#focus

Orang yang Bijaksana