23 Jun 2009

Tips Menulis Yang Terutama

Jangan terlalu hendak mencapai kesempurnaan pada
Draf pertama-mana ada tuan/puan menulis ayat pertama baris pertama perenggan pertama mahu dapat yang hebat-hebat?Lainlah idea. Soal idea 'dibahasakan' itu harus diperkira pada tahap seterusnya.
Cerewet yang tak bertempat-Sudah dapat idea. Sepatutnya tuan/puan masakkan idea itu. Bukan buangkannya terus. Membazir sahaja. Masak elok-elok.
Dapat idea/ilham pertama tuan/puan peram dulu. Atau tulis serangkai dua kata-kata atau ayat yang menggambarkan idea itu. Kemudian, bawakan kee dalam minda ke mana-mana. Wujudkan dan binakan watak sedikit demi sedikit. Kaitakan dengan isu-isu semasa sikit-sikit. Ingat sastera tidak perlu banyak fakta dan isu semasa. Walau sedikit kalau masak benar dan matang diolah ia akan jadi menarik.
Kedua, tulislah terus!Kalau saya tulis dulu atas buku. Conteng2 kan saja. Tak perlu ada peraturan menulis. Dimana kedudukan teori?Teori untuk pengkajilah. Melainkan teori penulisan kreatif. Ada bauran pengalaman mapan maka ambillah mana sesuai serasi. Misalnya ambil catitan. Jangan tolak terus. Sebab itu kalau ada kawan-kawan yang mahu menulis memaki hamun teori saya gelak saja. Sebab menampakkan kedangkalannya dalam memahami samudera sastera yang amat luas ini.
Ketiga, tulislah atau bawakan berbincang dengan rakan idea itu. Moga-moga tuan/puan mula menulis sebaik sahaja habis baca entri ini. Bukan menulis bloglah tetapi menulis berkarya! Karya sastera atau persuratan.

2 ulasan:

  1. Saudara,

    Soal tiada peraturan menulis itu mungkin menimbulkan pertanyaa. Adakah memang tiada petunjuk atau garis panduan untuk menulis? Atau memang kita ini menulis membabi buta sahaja? Perlukah dikesampingkan soal pendirian dan tanggungjawab utama dalam menulis?

    Samudera sastera yang luas itu bagaimana/ Bukankah karya persuratan itu terbentuk dalam lingkungan garis agama. Sememangnya ada tebing halangan yang tidak boleh dilangkaui oleh penulis. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

    Mohon penjelasan saudara.

    BalasPadam
  2. Maksud saya ialah, menulis tidka perlu ada sebarang peraturan bukan bermaksud membebaskan diri daripada agama dan nilai susila. Karya adalah refleksi jiwa hati minda pengarang. Kalaulah pengarang itu beragama, beramal dan bertauhid maka secara langsung dak tidak langsung akan tertumpah pula ke dalam karyanya. Dan sudah pasti ALlah mengganjarinya. Jikalau dia seorang yang fasiq munafik dan kafir tetapi menulis karya semurni manapun-rujuk buku Satukan Hangat Dan Dingin oleh Braginsky sebuah buku ilmiah dan kreatif dalam menelusuri puisi dan syair hamzah fansuri terbitan dbp-di sisi Allah tiada nilainya. Jadi Allah mau apa kita cakap selari dengan apa kita buat atau tulis dalam konteks pengkaryaan. Dan yang lain-lain, maksud saya menulis tanpa terlalu menuruti teori ialah prinsip teori tersebut kerana macam saya cakap kepengarangan ialah refleksi jiwa minda pengarang.

    BalasPadam