Memaparkan catatan dengan label nama besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nama besar. Papar semua catatan

28 Mei 2009

Nama Besar Sastera Tanah Air?

Dunia sastera kita sama juga dengan dunia sebenar yang mana godaan dan tipudayanya amat besar. Sebagaimana muslim dididik supaya tidak senang dengan pujian kerana boleh membawa kepada sombong, takabbur, ujub dan riak sama juga insan penulis/pengarang. Mereka juga mempunyai godaan dan tipudaya yang amat besar yang menyebabkan penulis/pengarang terjerumus ke kancah takabbur, ujub, riak dan lain-lain sifat keji. Saya sudah menekankan dan menyatakan dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 bahawa penulis WAJIB IKHLAS. Walaupun Muhammad Lutfi Ishak memberikan alasan ikhlas adalah suatu perkara yang metafizikal namun ia tidak menolak kenyataan saya bahawa penulis perlu IKHLAS. IKHLAS amat diperlukan oleh insan penulis dalam berkarya jika mahukan segala hasil kerja susasteranya diterima Allah sebagai amal ibadah. Menulis sebagai ibadah dan ibadah itu tidak diterima jika terdapat secuit pun riak, ujub, takbbur dan munafikun. Dalam hal ini wartawan juga mesti faham bahawa kerja susastera bukannya sepopular dunia artis tetapi ia kerja yang mulia dan kerja manusia yang beradap beragama dan berhati nurani yang suci lagi murni.
Entri ini tidaklah terlalu berdegar mengutarakan konsep sastera Islam. Namun saya pasti sesiapa yang berhati nurani dan terbuka akan dapat meresapi makna dan hakikat di sebalik entri ini.