Benarkah
siang yang begini akan
berlalu juga dalam kehangatannya
seorang teman yang baru pulang
terima kasih seharusnya
aku tidak akan menyangsikan malam
dan segala rahsianya
seorang teman yang baru pulang
kepadamu
jagalah hatinya
agar malam nanti kau tidak terlalu kesepian
benarkah?
yang kau benar-benar menyenanginya
atau kerana tiada tempat untuk kembali
maka kau terus saja di sini
Jaafa H.S
1980
Tiada ulasan:
Catat Ulasan