Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

04 Mac 2009

Bukan sebarang filem

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', apabila takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."

Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi 'halal'. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.
Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titian lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato' Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato' Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA)

26 Jun 2008

MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA

Sekejap kita beralih kepada berita sensasi politik...aku sebenarnya malas nak tulis perihal politiknya ni melainkan kalau berkaitan dengan keMelayuan dan kebangsaan. Tetapi tak mengapalah sesekali aku jengah.
______________________________________________________________

"Muka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.

Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.
Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen."

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11720

17 Jun 2008

MENJIWAI NASIONALISMA TUN RAZAK


Oleh MOHD. ARIF ATAN

Tanggal 14 Januari 2008 majlis tahlil dan bacaan Yasin telah selamat diadakan di kediaman ibu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 32 tahun pemergian mantan Perdana Menteri kita yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Jasanya menyediakan tapak pembentukan sebuah bangsa Malaysia tetap sentiasa diingati walaupun hayat kepimpinannya bertahan enam tahun sahaja bermula dari 1970. Sudah ditakdirkan Tuhan, beliau pergi sebelum sempat melihat hasil usaha pembinaan semula masyarakat dan ekonomi yang mula dipeloporinya.
Belajar daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, beliau bersama kepimpinannya yakin bahawa semangat nasionalisme kepada sebuah negara bangsa bernama Malaysia mestilah berteraskan sistem nilai tempatan.
Ini sebagai syarat penting bagi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia berbilang kaum yang bersatu padu berkongsi fahaman dan cara hidup yang sama.
Gelaran Bapa Pembangunan bukan sekadar menghargai jasa Tun Razak dalam pembangunan ekonomi malah turut melangkaui pembangunan sosial.
Langkah pertama yang dilakukan oleh ‘jurutera’ sosial ini ialah menjadikan Rukun Negara sebagai ejen sosialisasi pembentukan semangat bangsa Malaysia seawal peringkat bangku sekolah lagi.
Ini disusuli dengan dasar-dasar kebangsaan berkaitan bahasa, pendidikan dan kebudayaan.
Tujuannya tidak lain tidak bukan mahu melihat bangsa yang progresif, maju dan dalam masa yang sama memiliki jati diri dan identiti nasional tersendiri.
Dalam perkembangan politik tanah air, terbinanya Barisan Nasional (BN) adalah bukti pemikiran jauh beliau mahu merapatkan lagi interaksi kaum melalui medium politik.
Turut memberi impak yang bukan sedikit ialah pembinaan semula ekonomi mega menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan rancangan Felda. Sungguhpun, sasaran 30 peratus dalam DEB gagal diraih kerana ketirisan di tangan sebahagian pihak pelaksana dasar tetapi secara umumnya bangsa Melayu telah mengalami peningkatan mobiliti sosial yang besar dalam tempoh singkat. Bilangan golongan kelas menengah Melayu bertambah.
Oleh itu, tentulah mengecewakan jika ada kalangan golongan korporat dan profesional Melayu hari ini menafikan peranan dasar tersebut. Pendirian ahli perniagaan bumiputera terkaya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 wajar dicontohi.
Beliau model korporat Melayu yang tetap mengenang budi apabila mengakui dirinya adalah ‘anak’ kelahiran DEB melalui bantuan Mara dan UDA.
Hakikatnya, segala sumbangan bakti Tun Razak yang berjiwa nasionalis ini menuntut setiap daripada kita melakukan muhasabah diri. Sejauh mana kita benar-benar ikhlas meneruskan kesungguhan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
Adakah wajar dasar-dasar kebangsaan tersebut sewenang-wenangnya dibiar tewas dalam landaan pengaruh liberalisasi dan globalisasi?
Legasi yang ditinggalkan Tun Razak dalam hal berkaitan pengukuhan negara bangsa sentiasa relevan dan mesti dijiwai oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.

16 Jun 2008

Tahukah Anda?

Tahukah Anda Kerajaan Malaysia Menanggung berbillion ringgit subsidi kpd
Singapura

Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak
yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada
Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan
Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada
rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal
menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga
Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan
jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga
Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan,
kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia
hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand
yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada
majoriti Cina dari Singapura.

bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan
untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang
menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras
berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang
tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering
menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak
menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan
Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang
menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong
semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak
menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini
akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi
kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan
rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.

1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh
dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan
rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian
royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada
Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal
namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana
mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen?
malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah
jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara
dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos
penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak
kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia
kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia
tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang
ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan.
kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding
tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.

sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara
Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang
patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia
memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun.
inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

lihat perjanjian tersebut .

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962

Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada
Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000)
sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura
dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan
Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities
Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian
Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada
kapal ? kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.


PERJANJIAN AIR 1990

Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan
seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan
Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali
sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi
tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.

2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.

tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor
setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan
dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan
minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah
semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya
separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan
hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura
iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura
3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia
mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari
rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter
minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.

3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar
minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan
dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan
Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak
berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan
menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama
dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang
kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas.
mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga
Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar
100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia
mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi
makanan.

4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.

Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan
Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya
bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup
selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia
terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga
mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi
kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan
tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan
pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan
Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun
sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu
kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini
kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini
sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang
bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura.
melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan
untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.

Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding
rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan
rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka.
kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka
berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar
pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.