08 Jun 2009

Perkembangan Projek Novel Sejarah:Pra-Fasa Ke-2

Projek novel sejarah EPRH dalam pembikinan Fasa Ke-2. Hampir semua maklumat cetakan tentang sejarah Johor dalam tahun 1760-1850 sudah ada di tangan. Buku dan bahan-bahan ini bertimbun dalam bilik saya disusun secara menegak. Selain buku Umar Junus, EPRH:Pemegang Regalia Kerajaan Riau (Sebenarnya Johor-Riau).
Saya dalam Pra Fasa Ke-2 Mengumpulkan Bahan tentang Engku Puteri Raja Hamidah iaitu berziarah ke tempat bersejarah seperti Johor dan Pulau Penyengat. Saya berharap dapat mengumpulkan sedikit wang untuk ekspedisi ini. Bagi sesiapa yang ikhlas ingin menyumbang bolehlah bank in ke Maybank
No Akaun: 114236268768
Dalam perancangan, saya akan memulakan kembara bermula bulan Julai. Ini kerana terdapat suatu perayaan budaya di Pulau Penyegat di Riau pada bulan tersebut. Saya amat berharap akan menjejakkan kaki bertemu dengan orang-orang tua dan menyantuni mereka lantas mendapatkan maklumat tentang EPRH. Selain itu saya juga akan ke Jakarta Muziumnya, kerana di sanalah regalia itu di simpan. Saya jangka kembara mencari bahan ini (semestinya saya lakukan dengan penuh minat)dalam masa 7 hari atau jika ada lebih wang saya akan lagi lama di sana. Saya amat peneliti orangnya. Namun suatu keputusan gila-gila iaitu sama ada cukup wang atau tidak saya redah sahaja kerana percaya rezeki tetap ada di mana-mana. Saya amat menghargai sumbangan yang ikhlas daripada hati. Saya lebih mengutamakan Engku Puteri Raja Hamidah yang amat saya kagumi ketegasannya. Saya mahu menyelami emosi seorang wanita yang menjadi permaisuri baginda Sultan Mahmud II sultan Johor ketika saat-saat digempur oleh Inggeris di Istana Pulau Penyengat Indera Sakti. Saya mahu merasai perasaan EP. Juga 10 tahun dia bergelut dengan mainan politik saudara sendiri. Saya amat terkesan dengan keperibadiannya. Sejarah akan memberitahu kita sesuatu yang saya fikir telah dilalaikan oleh sebahagian umat Melayu masa kini. EPRH tidak berpihak kepada Bugis atau Melayu sebaliknya berdiri sebagai srikandi Melayu sejati yang memihak kebenaran anti penjajah. Saya mahu menghidupkan watak sejarah ini pada zaman kini. Semestinya saya tidak akan terpengaruh dengan gaya penulisan novel sejarah yang telah ada. Saya cuba melakukan pembaharuan.
*Saya termimpi suatu hari seorang wanita datang kepada saya dan memberitahu saya teruskanlah mengkaji dan mencari sejarah tentang EPRH. Kisah EPRH dalam sejarah tidak berapa dipedulikan dalam karya sastera sejarah yang lebih mengutamakan patriaki/lelaki. Tetapi saya seorang pencinta wanita!

3 ulasan:

  1. Wah.......... Novel sejarah pasti indah. Bilalah diri ini alan mengikut jejakmu menjadi penulis yang bermanfaat.......

    BalasPadam
  2. Perlu juga berpesatuan sahabatku bagi menghargai mereka sekalian di dalam bidang ini. Memberi sokongan padu sesama sendiri dalam acara sastera yang dijalankan bertukar pandangan.

    BalasPadam