Logik berasal daripada perkataan logis bermakna ucapan perkataan. Ia juga dikenali sebagai ilmu mantiq yang berasal daripada perkataan nataqa yang bererti berkata atau berucap.
Ilmu logik amat penting kerana ia adalah kajian tentang kaedah dan prinsip yang digunakan untuk membezakan hujahan yang sah dan benar dengan hujah yang tidak sah dan tidak benar.
Dalam tradisi ilmu logik apa yang ditumpukan ialah penelitian tentang hujahan yang sah dan benar dan yang tidak sah dan tidak benar yang dinamakan sebagai falasi.
Logik BUKAN KAJIAN KAEDAH BERFIKIR. KAEDAH BERFIKIR seperti pemikiran lateral, kritis, lateral, saintifik dan sebagainya itu termasuk dalam kajian ilmu psikologi yang melibatkan proses mental.
Logik hanya bertumpu kepada menyoal sama ada penyimpulan di dalam sesuatu hujahan itu adalah sah dan benar berasaskan premis-premis itu benar, maka penyimpulannya juga benar. Elemen yang membentuk hujahan premis dan penyimpulan ialah proposisi atau penegasan.
Falasi
Bermaksud hujahan palsu, mengelirukan dan memperdayakan orang supaya menerima sebagai sah dan benar.. Falasi berasal daripada perkataan fallo bermaksud saya menipu.
Hujahan pada zahir nampak sah dan benar tetapi tidak sah dan tidak setelah diperiksa.
Bidang ini ada kajian yang panjang dan contoh2nya. Saya tidak berminat untuk menerangkan lebih lanjut kerana tuan dan puan-puan boleh mencari sumber rujukan sendiri sama ada di internet atau di media cetak.
Contoh hujah falasi ialah.
PPSMI bertujuan untuk menjadikan masyarakat Malaysia berjaya di peringkat antarabangsa. Buktinya Malaysia telah berjaya mengeksport kereta nasional jenama Proton ke serata dunia. PPSMI nampak susah. Tetapi kita telah berjaya membuktikan kejayaan dengan menjual kereta proton di serata dunia. Jadi PPSMI wajar diteruskan-Senator Melaka pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009, Ayer Keroh Melaka.
Hujah di atas sangat falasi. Ia tergolong dalam jenis Falasi menagih sokongan popular. Falasi ini timbul apabila hujahan ditujukan untuk memujuk dan menagih sokongan orang ramai melalui perkataan yang mencetuskan emosi dan semangat bukan melalui bukti-bukti yang berkaitan dan tepat dengan premis hujah. Sekian.
*Sepatutnya semua kita keluar daripada dewan atau ramai-ramai kita balingkan kasut kepadanya. Tetapi kita Melayu beradat dan berbudaya biarpun bangsa kita, orang tua politik kita memijak bahasa kita terang-terang. Anehnya orang muda cintakan bahasa Melayu bahasa ibundanya tetapi orang tua yang konon dah lama berjuang untuk Melayu menyindir dan menggunakan hujah falasi untuk memijak bahasanya. Tuan , kami bukan kambing, kerbau, lembu, itik, beruk atau babi. Kami manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan