30 Jun 2009

DIWAN SHAMSI TABRIZ 2

Aku seorang pelukis, pencipta gambar, setiap saat kucipta bentuk yang indah.
Namun ketika kau datang kulebur segalanya tanpa ada sisa.
Kuseru ratusan bayang-bayang dan kuhembuskan rohke dalam jasad mereka,
Adakah kau pembawa cawan anggur atau musuh orang yang bijak?
Atau kaukah yang merobohkan setiap rumah yang kudirikan?
Dalam kau jiwa remuk, tercampur ia dengan jiwamu,
Lihat:Kubelai jiwa sebab jiwa telah mengandung bau harum jiwamu,
Setiap titisan darah yang mengucur dariku berkata kepada debumu,
Aku satu warna dengan cintamu, aku pasangkan rasa pedihmu
Di rumah air dan lempung hati ini berduka bersamamu,
Oh Kekasih, masuklah kau ke rumahku atau kau tinggalkan rumahku ini.
Jalaluddin Rumi

DIWAN SHAMSI TABRIZ 1

Sekalipun telah kuhuraikan dan kujelaskan panjang lebar
namun bila CINTA kudatangi aku jadi malu pada
keteranganku
meskipun lidahku telah mampu menghuraikannya dengan
terang
namun tanpa CINTA menjadi lebih terang.
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai pada
CINTA.
Dalam menghuraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya bagaikan
keldai dalam lumpur.
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan
matahari membuktikan sendiri dengan sinarnya;jika bukti
datang jangan palingkan wajahmu darinya.
CINTA yang tergantung pada warna bukanlah CINTA:
Warna akhirnya luntur, begitulah CINTA sesaat harus kau nyahkan
CINTA sesaat harus diganti CINTA hakiki dan apa saja selain
"AKU" harus dinyahkan

Jalaluddin Rumi

29 Jun 2009

CINTA

Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta pentungan jadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu nampak sebagai taman
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagai mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tidak menakutkan tikus
Kerana cinta sakit menjadi sihat wal afiat
Kerana cinta ammarah berubah menjadi keramah-tamahan.
Jalaluddin Rumi
Ulasan Saya
Benar, Rumi. Cinta Allah itu agung. Acapkali kita terlalai kerana terpedaya dengan cinta palsu manusia kita kembali kepadaNya. Dan tiap itulah juga Allah tidak pernah jemu mengubati hati kita. Kerana itu kita dianjurkan berdoa Ya Allah ketemukanlah daku insan yang dapat membawaku cinta kepadaMu. Lantaran fitrahi manusia mahukan berpasang-pasangan. Sebab itulah percintaan suami isteri di atas ikatan yang sah dan dijaga rumahtangga daripada sebarang pengkhianatan dan makan belakang adalah percintaan yang membawa kepada cinta kepada Ilahi.
_
Benarlah firman Allah, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik juga. Begitulah sebaliknya. Allah mengajar kita doa ini"Ya Allah kurniakanlah kepada kami isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata penenang jiwa. Jadikanlah zuriat kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa."
Amin.

SUCIKAN HATIKU

Sucikan hatiku, bebaskan jiwaku dari kekeliruan
Jadikan air mata dan insaf sebagai nasibku sehari-hari
Bimbing aku ke jalanmu., supaya nafsuku terkendali
Fana akan membuatku sentiasa dekat kepadaMu

Perselisihan antara aku dan dunia ini
Membuatku enggan pada dunia
Dari tujuan lain kupalingkan hatiku
Agar terhapus diriku oleh cinta padaMu

Oh Tuhan, dapatkah Kau bebaskan daku
Dari genggam kesesatan agar kumusyahadahkan kebesaranMu
Orang yang ingkar telah Kau jadikan muslim sejati
Mengapa Kau tidak jadikan aku muslim yang berhikmah?

Nafsuku di dunia ini telah menjerumuskan aku
Berilah aku mahkota kefakiran dan kemuliaan
Supaya aku menjadi zarah dalam rahsiaMu
Palingkan wajahku dari jalan yang tidak menujuMu


Jami'

28 Jun 2009

9 Langkah Apabila Terjebak di Alam Dosa

Apabila kita terjebak ke alam dosa, maka apakah yang perlu kita lakukan?
Pertama, brek terus!
Kedua, ingat Allah.
Ketiga, berpisahlah drp sesuatu yg mendorong kpd dosa atau maksiat. Ini perlukan kekuatan caranya ingat Allah secara matematiknya semakin banyak ingat Allah semakin kurang pengaruh syaitan dan nafsyu yg merasuk.Dan kedua mematikan daya pendorong seperti gambar dan apa jua benda sehingga kekuatan roh kembali.
Keempat, beristighar sampai menitis air mata.
Kelima, zikir Allah. Al Ghazali berkata, hati manusia macam gelas. Kalau gelas kosong maka aginlah yang menempati ruang gelas. Dan apabila gelas berisi air angin akan keluar. Angin dan air tidak boleh bersama. Begitu juga hati, tidak boleh bersama 'Nur' dengan 'Zulmat'.Ingat Allah itu adalah punca turunnya 'Nur'. Lupa Allah punca hilang 'Nur' dan kembalinya 'Zulmat'.Rumusnya, semakin banyak ' Nur' semakin hilanglah 'Zulmat'. Maka semakin kikislah pengaruh syaitan dan syahwat.
Keenam, tahajud.Ini punca kekuatan roh yang utama dna sebenar. CUbalah kalau tak percaya. Macam 'ultra booster'
Ketujuh berdoa. Doa adalah senjata. Doa juga adalah altar suci. Doa juga adalah penyebab hidayah taufik dan inayah.
Huraian Tentang Doa
Kadangkala pasangan yang membawa kita ke alam dosa itu masih tidak sedar diri.
Maka berdoalah.
Mintalah kepada Allah agar dosa maksiat kita dengannya diampunkan Allah dan diberikan hidayah oleh Allah diri kita dan juga dirinya-tolong ambil tanggungjawab ini kasihanilah sebagai saudara seagama kita yang tidak akan mampu menghadapi neraka Allah-.
Andai kata dikutuk kita macam-macam, maka hendaklah bersabar sebab yang berkata itu bukan dirinya (ROH yang azali) tetapi nafsu ammarahnya dan syaitannya (semua org ada syaitan cuma nabi dijamin selamat drp Allah secara total-kita main tarik tolak mengikut kadar iman dan faktor lain).
Kelapan, bersedialah untuk diuji Allah lagi. Ini lumrah. Selagi hidup dan beriman adalah ujiannya
Kesembilan,hubungkan silaturrahim. Andai kata dia tidak mau itu bukan salah kita.

Peperangan Besar

Sewaktu pulang dari peperangan, sahabat gembira kerana tentera islam menang, tetapi nabi bersabda:
"Kita pulang dari peperangan kecil menuju ke peperangan yang lebih besar. Iaitu memerangi hawa nafsu."
Hawa nafsu merupakan unsur yang Allah masukkan ke dalam jasad manusia selain unsur roh, kalbu(tempat bermukimnya roh) dan akal. Hawa nafsu ini sungguh banyak melibatkan nafsu kepada harta, nafsu kepada kemewahan dan lain-lain.
Dan nafsu syahwatlah yang paling sukar didepani.

Sisi Lain Tentang Sastera

Justeru, pada pandangan saya tiada sesiapa pun yang layak menggelarkan pengarang itu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden tanah air. Hal ini kerana setiap pengarang membawa perubahan yang tersendiri dalam karya mereka seiring dengan perkembangan ilmu di tengah masyarakat. Jikalau tetap untuk memberikan gelaran tersebut, saya fikir gelaran tersebut bukan bersifat mutlak tetapi suatu persamaan yang membangunkan dunia sastera tanah air. Ada unsur saling meminjam di antara kedua-dua tokoh ini dalam memajukan atau mengislahkan dunia sastera tanah air.
Terima kasih editor yang sudi menyiarkan tulisan berbentuk erncana sastera di Mingguan Malaysia hari ini. Untuk membaca rencana tersebut dila dapatkan akhbar Mingguan Malaysia atau klik link di bawah ini:
Namun edisi MM online hari ini tidak menyiarkan cerpen atau puisi. Sila dapatkan akhbar MM untuk menikmati cerpen dan puisi yang sudah pasti mengisi rohani dan pemikiran tuan/puan. Terima kasih.

27 Jun 2009

Apabila Ada Pembaca Mengadu Syahdu

Sejak saya menulis puisi dengan banyaknya di blog, ada yang mengadu kepada saya menyatakan kesyahduannya menyelami bait-bait puisi saya tulis. Katanya :
SAYA BACA BLOG aliatan....
MANTAP...
Penuh dengan kesyahduan....
rasa nak menangis pula...
menusuk di hati...
dalam makna...
Saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya masih merangkak hijau dan cuba menulis dengan hati. Bagi saya, kita mesti menulis dengan hati, belajar sedaya upaya. Akal membantu dari aspek perincian bahan berfakta manakala emosi berperanan melembutkan perkataan. Hati pula menjernihkan penulisan sehingga dapat ditangkap hati manusia pembacanya. Blog bagi saya merupakan suatu latihan penulisan dan perbandingan. Setakat ini apa saya dapat ialah:Saya tidak harus memaksa untuk menulis secara taktikal yang amat dalam Word. Saya mesti bebaskan ekspresi semasa menulis di Word seperti saya menulis di blog. Itulah keanehan kreativiti. Tidak boleh dipaksa-paksa.

Falsafah Baik dan Jahat

Apabila kita baik dari suatu sudut maka kebaikan itu adalah kebaikan yang akan diganjari. Apabila kita jahat dari sudut yang lain kejahatan itu adalah kejahatan yang akan dibalasi. Tidak semua orang baik semuanya dan tidak semua orang jahat semuanya. Namun apabila baik melebihi jahat maka diharapkan dengan belas ehsan Allah akan dihapuskan jahat kita itu sebelum kita mati. Dan kalau jahat melebihi baik maka diharapkan jahat itu kita kurangkan dan tambahlah kebaikan agar terbuka jalan untuk terus jadi baik hampir semuanya. Begitulah iman manusia kadang tambah kadang berkurang. Saat berkurang diharapkan kita kepada Allah diberikan kekuatan untuk menambah kebaikan dan mengurangkan kejahatan. Ketika baik bertambah diharapkan ia bertambah lagi dan menjaga diri agar tidak membiarkan diri membuat jahat walau sedikit. Ini kerana jahat kalau dibiasa-biasakan, kita senang melakukan, kita angga[ tal apa sedikit sahaja, tak apa nanti aku bertaubat, tak apa sekadar isi masa lapang, tak apa untuk bermain-main sikit sahaja, tak apa untuk ringan-ringan nakal semata-maka kita telah membiarkan jahat yang setitik jadi beribu titik nodanya pada hati kita.
Saya teringat suatu ketika ketika dihantar ke sebuah masjid, dia berkata doakanlah saya, saya tersenyum sahaja. Saya tidak mahu mengakui dan memberitahu apa doa saya pada dia. Kerana hadis nabi menyebutkan antara doa mustajab itu adalah doa saudara seagama kepada saudaranya yang lain yang tidak diketahui oleh saudaranya yang didoakannya itu, isi kandungan doa tersebut. Kalau kamu merasai sesuatu yang menginsafkan, melembutkan, menyedarkan-tangkaplah ia..meskipun cahaya itu dari perut kunang-kunang kerana manatahu ia mahu membawamu ke cahaya yang tiada batas terangnya kepada kamu. Jangan biarkan baik yang sedikit menerpa hati kamu itu, kamu biarkan ia. Tangkap dan bawalah ia menghadap Tuhan tiap lepas solat agar diampuni dosa agar kian jelas dan bersih hatimu untuk menerima Nur Allah yang tiada batas terangnya itu kepada kamu. Dan saat ini awasilah musuh-musuhmu itu akan sentiasa menghasutmu dan membuka jalan kepadamu untuk memadamkan cahaya yang sedikit itu. Bunuhlah mereka dgn ZIKRULLAH. Insya Allah.

26 Jun 2009




Kata Sun Tzu, pakar strategi perang Negara China dalam bukunya Seni Peperangan:

Sekiranya anda tahu diri anda dan musuh anda, dalam seratus pertarungan anda tidak akan takutkan keputusannya. Sekiranya anda tahu diri anda tetapi tidak tahu tentang musuh anda, peluang untuk menang atau kalah adalah sama sahaja. Tetapi sekiranya anda tidak tahu langsung tentang diri anda dan musuh anda, sudah pasti dalam setiap pertarungan, anda berada dalam bahaya!

Ini Sebuah Cerita 2

Semalam lepak dgn kawan lama namanya Rizuan. Bekerja di Guthrie. Banyak benda kami berbual. Dan perbualan ini agak menarik juga.
"Ali, macam mana hendak tahu wanita yang baik dan wanita yang jahat?"
"Wanita yang baik ialah wanita yang tidak mudah menyerah kalah kepada nafsu berahi apabila bersama lelaki. Tidak membuka jalan ke arah itu. Dan tidak menipu lalu merengek hendakkan anu lelaki."
Begitu berterus terang saya. Dia senyum.
"Eh, selalunya lelaki yang memulakan dulu. Merangsang dan mempengaruhi wanita."
"Akhir zaman sekarang, wanita sudah pandai merogol lelaki. Biarpun dia sudah mendapat anu yang halal, dia mencari lelaki lain dalam diam-diam. Semuanya bermula dengan pertemuan dan daripada pertemuan itulah dia mencari kesempatan untuk melegakan dahaganya dengan air kau."
Rizuan ketawa lagi. Mengekek.
"Kalau aku jumpa perempuan itu memang aku lempang!"
"Ye lah. Sebab dah berlaki pun masih macam perempuan jalang. Kau tengoklah, bahana nafsu syahwat punya pasal. Bila di 'goncang' disuruh kita bertanya Tuhan. Disalah orang-orang tua kita yang memberikan pepatah, bidalan dan kiasan. Walhal bidalan, pepatah dan kiasan ada 3 bentuk iaitu menyindir untuk maksud menegah, menyuruh untuk maksud yang baik dan menyatakan/mendedahkan sesutau untuk kita jauhi."
"Eh, aku tak tahu pasla pepatah, bidalan dan kiasan itu. Apapun kau telah memberikan aku info yang berguna."
"Yep. Cara kau nak kenal wanita spesis jalang ini, dia menipu, kedua dia mencari lelaki sebanyak2nya, ketiga dia menjerat lelaki untuk terpedaya simpati, melayan dan terbuai emosi dengannya, keempat diaturkan pertemuan, kelima merangsang syahwat kau..ketika kau kalah...Tuhan dan seluruh penduduk langit dan bumi telah melaknat kau dan dia..apatah lagi kalau wanita itu sudah bersuami...lagilah besar dosanya...sebab itu Allah menghukum wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetapi berzina direjam batu sampai mati. Besar hukum itu."
Rizuan angguk memahami. Pertemuan kami bubar.

25 Jun 2009

betik sejuk

berjalan dalam kasih
matahari
selimut atmosferaku
rabik
kain buruk
terlena di dalam besi
bergerak
terlepas destinasi
turun dan berjalan lagi
betik sejuk
seringgit satu
dari gerai melayu indon
memamah mu betik
sejuk
membuatkan el nino
mencemburuiku
tak apa kekasih merah
bahang dan kering
kita masih ada masa lagi
sehingga september ini
kita dakap bila sempat
sambil berpuisi tawa hilai
di pinggir sungai mengalir senja
menunda daki-daki kota
manusia
dari serata arah
menuju ke samudera cerah
andai itulah janjimu

kekasih merah bahang
dan kering
mungkin petang ini bukan kau
ingin kujumpa
langit cerah mengejut saja gelapnya
kekasih ribut batu ais
dan silau kilat
berdentum mengetuk
jendela bilikku

Seri Sentosa


janji

ri
mau lagi pagar janji
setelah bertahun kau berlari
halaman kita semak berduri
senyum tawa jadi api
bumi mengutuk aku lagi
mau lagi pagar janji
setelah kau berlari
dari lelaki ke lelaki

ri
haram ingat janji mati
hasrat kabul mendam berahi
haram kita kenal lagi
dengan diriku pun enggan berbagi

ri
wajahmu seribu
dibelakang kepalamu itulah
segala ibu

sunyi rumah

sunyi telah bertanah
mau juga kau tegakkan rumah
kau pasungkan roh
sisih janji amanah
kau sendiri memamah
tanah saat lehermu berdarah
kepalamu terkapar di tanah
akhirnya di rumah sunyi
juga kau bertanah

[Aku nampak bergentayangan roh-roh bersalah!]

baumu

baumu
itu
memburu
sendu
kauburu
rusa yang meluru
laju
menujumu
menandukmu
dimanakah khayalmu
tatkala darahmu
hitam ke tanah salju

24 Jun 2009

Tuah Anak Muda

anak muda tuah negeri
muka merah membayang bulan
hidung mancung bangir lubang
mata tajam semata keris
tak boleh memandang tepat
pandang tepat ia membunuh
pandang serong ia menggila
pandang lembut meruntuhkan

telinga bagai jerat di tanjung
leher berketak berbahu bidang
dada lebar kemerahan
elok ada tampan terbawa

berseluar pedendang barat
pinggang dicerut kain cindai
cindai bergalur aneka warna
cindai pelangi banyak tuah

meribu cermin ke muka
meratus cermin ke kaki
tiap pasak cermin secarang
secarang secalit gula
berbaju beludru indah
indah bonat bertabur bunga
bukan bunga dari hutan
bunga telepuk kan taburnya
baju disangkut ke gulung-gulung
gulungan kampil sirih pelangi
bertanjak destar rum
susun tiga bunga setangkai
yang bermanik berbenang emas
berlapis bertindih kasih

keris tersisip ke ikat bengkung
bengkung terbuat cindai berkarang
cindai jantan cindai betina

senyum membayang menganak bulan
gelak berderai berpada-pada
cakap lembut berbsa basi
tanda orang yang berbangsa
tanda beradat beragama
tanda tahu kan salah silih
tanda sarat iman di dada

kalau berjalan melangkah turun
langkah diatur tujuh langkah
ditengok
ada di rumah
dihimbau ada menyahut
itu tanda langkah selamat
langkah kanan membawa untung
tidak bersilang perjalanan
tidak bertingkah lebuh panjang
tidak kalah di tengah gelanggang
tanda pergi kan berbalik
tanda dijemput dihantarkan
tanpa dipinjam dipulangkan

Selendang

selendang penutup kepala
selendang penyungkup muka
penyungkup aib dengan malu
penyungkup adat dengan lembaga

selendang tipis bayang-bayangan
pakaian orang sudah berlaki
tapi bolehnya di rumah saja
tidak dibawa di helat jamu
tidak dibawa dalam majlis

kalau selendang sangkut di siput
sangkutnya tidak rendah amat
bawah menjulai ke atas bahu
ujung pangkal turun ke dada

kalau selendang berselingkup
ujung bersilang di bawah dagu
sebelah turun ke dada
sebelah jatuh ke belikat

kalau selendang selingkup mati
yang tersingkap sebatas mata
pakaian gadis patut-patut
yang tahu adat lembaga
yang tahu aib dengan malu

selendang itu banyak ragamnya
bersulam bermanik-manik
bertenun berbenang emas
berterawang awan-awanan
berenda berterawang
atau selendang biasa saja
yang hitam tanda berduka
yang putih untuk mengaji
yang berwarna ke helat jamu
tempat bersuka-suka hati
tempat berhimpun sesama baya.

Kalau Rumah Berhalaman Luas

kalau rumah berhalaman luas
halaman berpagar puding
memutih bunga di taman
terpacak nyiur pantai
berdesau daun tebu
berkotek ayam di sangkak
berkokok ayam tambatan
ayam kurik ayam kinantan
ayam biring dan ayam tedung
berlenting serindit jantan
mencacah tanau mahang
mengukur balam di sangkar
tempat bersilat dan bermain
mengadu lentik jari
menguji lemah pinggang
tempat berucap mula sampai

23 Jun 2009

Ini Sebuah Cerita

Baru-baru ini saya terserempak dengan kawan lama, namanya Farid.
"Woi, Ali, aku ingat hang dah mati...bila nak lepak kat Titi Serong lagi?"
Titi Serong itu merujuk kepada salah sebuah kampung di dalam Daerah Yan Kecik. Rumah saya di Daerah Yan Besar yakni bersebelahan dengannya. Tak jauh.
"Loklak hang. Aku grip kapla baru hang tau. Hang buat apa la?Anak dah berapa ramai?"
"Heh, aku bujangan lagi lah. Eh, kenapa hang nampak kering je ni. Hang baru lepaih dari hotel pordeo Alongkah?
Hotel pordeo itu merujuk kepada penjara atau kurungan.
"Aku cari Engku Puteri. Ntah sejarahnya masih samar-samar lagi. Aku macam inilah. Berat aku makin bertambah apa. Dulu 60kg sekarang dah 68 kg. Hahaha. Hang pulak nampak makin agam ini. Hang makan teluq ayam sehari 18 bijik kah?hahaha."
"Aku pi Gim lah ngok!Hang tengok ni."
Farid menunjukkan kepada saya bonjol-bonjol buah derian di abdomennya. Walla, rasa macam nak cucuk dengan jarum peniti ja.
"Boleh tahan. Hang keja apa sekarang!"
"Aku?Aku kerja bombalah. Aku mai KL sebab ada urusan kerja sikit. Kursuis Takkan hang tak tau. Aku dah naik pangkat. Kahkahakahakah."
"Baguih!Baguih!Aku suka tengok kawan aku sama-sama main bola sepak terajang kacau pompuan baling selut dan gempaq Mak Jah Tok Ti dah berjaya la..."
"Eh, hang plak apa menatang tadi hang sebut, puteri mana lak hang cari, bini hang kah?"
"Menatang apa menatang. Loklak kapla jingga UFO lah hang ni. Engku Puteri tu watak sejarah. Perempuan yang cekal, tegas dan berkepribadian. Tegak dengan amanah dan cinta suaminya. Suaminya Sultan Mahmud III Al-Marhum Tengah. Aku sedang mahu menimbulkan semula naratif dulu dan menghidupkannya semula. Neonastalgialah macam Prof Hashim cakap. Hahahaha."
Nak aih. Aku seketul dua pun tak paham apa menatang hang cakap. Kerja hang kah la ni buat menatang itu?"
"Aku sambung belajaq lah. Belajaq hang tau belajaq. Hahaha."
"Oh begitu. Hang dah kawen ka?"
"Mana kawen lagi. Kalau kawen perut aku mesti boroi dah la."
"Hahaha. Ye lah. Ada pompuan nak usap. Kahkahakah. Aku dah berbini. Tapi tak dapat anak lagi. Eh, aku mai KL tak bawa bini. Hang ada bohsia ka bohtua ka kasi aku lah.Aku lapaq nih. Dahaga!!!"
"Cit!Hang ini. Aku kalau ada takkan nak kasi kat hang lah. Ngok betul. Bini jaga baik-baiklah kawan. Setia. Cinta. Sayang. Pergh!"
"Hehehe. Aku lawak jalah hang ni pun. Hang ni tak ubah macam dulu aku kenai. Serius. Tapi dalam serius ada uniknya. Dalam unik ada ribu ragamnya.Hahahaha. takkan takder awek buat tgk wayang boring-boring."
"Awek aku sekarang buku sajalah. Tunggu kawen, belai baik-baik. Baru best, terokai semua pada malam pertama."
"Hahahaha. Ok aku doakan kau berjaya. Wokey, tu trak dah nak jalan. Oii sahabat.."
Kami berpelukan. Tatkala itu tiada suara.Hanya denyut rasa. Dalam sekali.Jatuh air mata kami. Sejak kecil. Berlawan bola selepas hujan. 'Tangkap' lala pada tambuq (lumpuq) separas leher. Macam-macam lagilah.
Tatkala itu saya terfikir, apakah ertinya kawan dan sahabat, andai kata sudah terpisah dan menjauh hanya sesekali jumpa?
Aduh, kita bawa nasib kita masing-masing. Ego kita. Jatuh bangun kita. Dan jauh-jauh berbisik dalam kalbu:
"Yang sentiasa di sampingmu adalah isterimu yang setia. Luhur."
Tuhan, di manakah saya akan temuinya?

Tips Menulis Yang Terutama

Jangan terlalu hendak mencapai kesempurnaan pada
Draf pertama-mana ada tuan/puan menulis ayat pertama baris pertama perenggan pertama mahu dapat yang hebat-hebat?Lainlah idea. Soal idea 'dibahasakan' itu harus diperkira pada tahap seterusnya.
Cerewet yang tak bertempat-Sudah dapat idea. Sepatutnya tuan/puan masakkan idea itu. Bukan buangkannya terus. Membazir sahaja. Masak elok-elok.
Dapat idea/ilham pertama tuan/puan peram dulu. Atau tulis serangkai dua kata-kata atau ayat yang menggambarkan idea itu. Kemudian, bawakan kee dalam minda ke mana-mana. Wujudkan dan binakan watak sedikit demi sedikit. Kaitakan dengan isu-isu semasa sikit-sikit. Ingat sastera tidak perlu banyak fakta dan isu semasa. Walau sedikit kalau masak benar dan matang diolah ia akan jadi menarik.
Kedua, tulislah terus!Kalau saya tulis dulu atas buku. Conteng2 kan saja. Tak perlu ada peraturan menulis. Dimana kedudukan teori?Teori untuk pengkajilah. Melainkan teori penulisan kreatif. Ada bauran pengalaman mapan maka ambillah mana sesuai serasi. Misalnya ambil catitan. Jangan tolak terus. Sebab itu kalau ada kawan-kawan yang mahu menulis memaki hamun teori saya gelak saja. Sebab menampakkan kedangkalannya dalam memahami samudera sastera yang amat luas ini.
Ketiga, tulislah atau bawakan berbincang dengan rakan idea itu. Moga-moga tuan/puan mula menulis sebaik sahaja habis baca entri ini. Bukan menulis bloglah tetapi menulis berkarya! Karya sastera atau persuratan.

Topengmu

tanpa membuang topengmu
Dia telah tahu
hatta sedebu hidupmu
jangan kau tutup salahmu
yang sebesar bangkai gajah
dengan topeng sejengkal
Ada kawan tergelak-gelak ketawakan saya.
"Aku siap jadi johan lagi main badminton. Ada cubaan namun tak lepas. Hahaha."
Saya terfikir juga. Apakah untuk menunaikan kehendak kita harus membuat apa sahaja walau ia amat bertentangan dengan agama dan budaya.?
Apakah kita dapat menutup penglihatan Tuhan dengan menutup mata manusia?
Antara kau dan aku sahaja kita bergelumang dosa!
Ingat kawan, walaupun saya tidak sesuci malaikat, saya berusaha juga untuk menjadi manusia yang sebenar manusia. Maaf, manusia yang sebenar manusia bukan seperti binatang.
Namun ramai manusia mempunyai sifat kebinatangan. Moga-moga saya dan kalian tetap jadi manusia.
Dan cinta itu patah. Cinta itu terus dibawa dihujung panah. Sepasrah apakah saya untuk menanti bidadari?Ah, cinta ini bukan bidadari imbalannya. Di dunia wal akhirat. Dalam cinta yang patah, Dia masih tidak jemu mengubati luka. Mengampuni dosa. UjianMu.

Bertandang di Perpustakaan Peringatan Za'ba

Sehari dua ini saya buat kajian dan terpaksa bertandang di Perpustakaan Peringatan Za'aba. Di sana adalah seratus rak yang menempatkan beribu-ribu daripada buku, buku koleksi sarjana yang telah mati untuk(macam infaklah), koleksi latihan ilmiah, koleksi akhbar, koleksi kertas persidangan, koleksi jurnal, koleksi majalah dan koleksi peta-peta, monograf amat mengujakan berahi intelektual saya. Ada di rak koleksi belanda saya jatuh cinta yang amatlah sangat apabila melihat buku belanda yang menulis tentang Alam Melayu khususnya Nusantara yang besar buku itu adalah dua kali besar monitor komputer yang berukuran 14 inci itu. Kira-kira 20x15 inci. Besar bukan?Dengan kulitnya yang tebal dan lusuh itu-saya lantas memeluknya teruja!!!
Jangan tanya bahasanya saya tidak faham.Hehehe. Saya ke rak majalah. Saya temui majalah Dewan Sastera yang banyak itu. Sangat menaik nafsu membaca saya. Namun masa tidka mencukupi. Hanya sebuah koleksi majalah untuk tahun 1996 pun dah ambil masa 1 jam lebih membeleknya. Masa itu Zainal Palit atau Zaen Kasturi menjadi sang editornya. Dan ini menarik perhatian saya untuk meneliti isi kandungan DS zaman itu dengan zaman sekarang. Nyata JAUH BEZANYA. Itulah kesannya kalau editor itu sendiri penulis dan SASTERAWAN.Terbetik di kalbu saya, mengapa Zaen Kasturi tidak terus menjadi editor di DS?Tanpa menafikan editor sekarang, namun bagi saya lebih molek editor besar itu dikepalai oleh PENULIS ATAU SASTERAWAN itu sendiri. Saya mencari bahan tentang sesuatu. Nantilah apabila 'sesuatu' itu siap dan telah dikirimkan maka saya akan hebahkan di sini. Saya tidak mahu baru angin bertiup disangka ribut. Hahahaa. Dan hari ini saya bertandang lagi ke sana. Membawa cinta yang membakar dada.

21 Jun 2009

KITA MESTI MEMILIH

Saya terlepas pandang. Bukan tidak membeli tetapi tidak terbaca kerana sibuk menulis dan sedikit terganggu dengan kawan-kawan berbagai ragam. Alhamdulillah terbit puisi Kita Mesti Memilih. Sila berkunjung ke sini.

Ciuman

Sewaktu mahu pulang ke KL, tok mencium pipi saya berkali-kali. Aduhai Saya masih belum mampu mencium pipi tok. Semasa saya kecil-kecil, saya duduk di celah ketiak tok. Manjanya bukan main. Kalah budak perempuan. Bila besar jauh daripada tok, saya dekat dengan kawan-kawan yang berbagai ragam. Ada antara kawan-kawan saya itu adalah maknyah dan gigolo juga. Namun semuanya menghormati pendirian masing-masing. Cuma sesekali bertegang urat kerana falsafah hidup yang berbeza. Semasa saya turun membeli makanan di bawah saya lihat majlis perkahwinan dan persandingan yang meriah. Nampaknya majlis ini bersambung dari semalam. Ada lagu-lagu cinta. Gurau senda dejay tempahan dan sanak saudara. Saya lihat dari belakang kedai mamak. Saya tidak diundang ke majlis itu. Biasalah. Saya rasa seperti pemuda lain juga. Yang sedang membina kehidupan. Perkahwinan merupakan suatu yang agak jauh lagi untuk dilalui. Namun kuasa Allah, mana tahu. Ada rezeki. Saya terima. Dalam perjalanan hidup ini perkahwinan begitulah. Suatu ikatan persetiaan seumur hidup disambung sampai akhirat. Semuanya berkaitan tanggungjawab yang akan dipertanya. Ah, bujangan seperti saya apalah mahu difikirkan pasal tanggungjawab orang berkahwin. Ada anak. Ada laki. Ada bini. Renyah. Apakah renyah?Atau hanya mahu berfoya-foya?Selama saya hidup di KL sejak 10 tahun lalu saya mengerti bahawa yang paling susah nak jaga adalah hati. Kawan boleh beribu. Hati tetap satu. Kita boleh jaga hati seribu kawan. Namun hati kita dapatkah kita jagainya?Malah ada suatu bandingan. Andai tak dapat dijaga hati apakah dapat dijaga hati kawan-kawan?Suatu prinsip hidup saya:Kawan haruslah dihormati. Dijagai hatinya. Namun tiada bermakna kita harus menggadai hati sendiri. Kepada kawan yang kita sanjungi, sudah saya lalui itu. Rupanya ada wanita yang mengkagumi lelaki. Di depan mereka memuji. Di belakang mereka memuja. Kagum dan minat semata bukannya cinta. Semua itu lahir daripada fitrahi wanita itu sendiri. Seperti lelaki yang tertarik dengan wanita. Pada kawan saya sudah berjanji akan dijagai hatinya. Namun kalau dia sendiri merasa terguris hati apakah kita perlu memberikan hati kita kepadanya untuk dilukai?Saya meneruskan kehidupan. Sebagai seorang lelaki saya mencari erti budiman. Pada kata. Pada wajah. Pada hati. Kalau ke hati jadilah hati budi.Kepada kawan yang berbudi biar sehamapun saya doakan mereka bahagia. Tenteram. Biarpun ada di kalangan kawan-kawan saya ada yang sudah mati. Saya mencium aroma yang pernah saya hidu awal bulan lepas. Bila saya belek minyak bayi saya beli itu, botolnya warna unggu tertulis bedtime oil dan baunya itu kuat mengingatkan saya kepada suatu babak kehidupan. Entah mengapa, saya terbeli minyak bedtime oil ini. Selalunya saya beli minyak bayi botol rose. Mungkin ada sesuatu petanda di luar jangka. Biarlah kawan. Masa menentukan kita. Bawalah masing-masing nasib dan ego kita.

Teori Ekspresif

Plato mengatakan
"Penyair ndikatakan diberikan 'wahyu' yang dianggap sebagai 'nabi' yang berkata-kata dengan Tuhannya."
"Dalam proses penciptaan yang dihasilkan oleh penyair dalam keadaan dirinya diilhamkan dia hampir tidak sedarkan dirinya sendiri kerana diresapi sejenis kuasa yang menurut Plato dinamakan sebagai 'Divine madness'.
Menurut Plato lagi karya sastera tercipta hasil kebijaksanaan paling halus yang diilhamkan secara spontan dalam keadaan khayal. Penulis dianggap nabi yang menerima wahyu dna ilham dari Tuhan.
Apabila dihubungkan dengan penulis dan penyair maka mereka dikatakan menerima ilham dalam proses penciptaan karya sastera. Dalam proses itu mereka hampir menjadi gila atau gila terus.
Selagi dewata (dianggap sebagai Tuhan) tidak berikan ilham selagi itulah penyair dan penulis tidak dapat menghasilkan karya.
Penyangkalan.
Penulis dan penyair bukan nabi.
Pengarang mengarang bukan semata ilham tetapi juga perancangan kerja mengarang yang khusus. Contohnya, spontan mahu terlintas ingin menulis tentang bahana selsema babi kepada manusia dari sudut positif. Itu ilham namanya. Manakala menulis dan mengarang perlukan bahantara pengkaryaan. Justeru perlukan kajian, penyelidikan bahan empirikal dna fakta.
Penyair dan penulis berkarya secara sedar. Kalau tidak sedar maka bagaimanakah dia dapat menulis kerana menulis membabitkan aktiviti mental sedar manusia juga super sedar manusia.

Teori Mimetik

Plato berkata dalam bukunya Republik

"Katakanlah kita mempunyai 3 buah katil. Satu wujud di alam semulajadi yang dicipta oleh 'Dewata'. Satu lagi katil dibuat oleh 'Tukang Perabot'. Dan satu lagi katil sebagai sebuah hasil lukisan karya 'Si Pelukis'."

"Dewata membuat sebuah katil sahaja di alam semulajadi. Tukang Perabot meniru pembuatan katil tersebut dengan banyak. Manakala 'Si Pelukis' melukis katil dengan meniru katil yang telah dibuat."

"Penulis atau penyair merupakan peniru-peniru alam. "

Penyangkalan.

Tidak semestinya Si Pelukis melukis dengan meniru secara total apa yang dijadikan objek lukisan.

Ia lebih kepada proses refleksi atau adaptasi.

Justeru, kita sebagai penulis dan penyair haruslah pandai merefleksi alam sebahai bahan karya bukannya meniru ke semua pada alam.

Di situlah letak bezanya antara Tuhan dan Manusia.

20 Jun 2009

Sepanjang Hari Sabtu Ini

Pagi ini saya ke Alam Megah, rumah Pak Cik saya. Isterinya tiada. Ke Genting kerana motivasi sekolah. Pak Cik baru balik dari Makkah. Umrah. Terlepas daripada selesema babi, Pak Cik berikan saya sepasang Jubah Warna Emas pudar. Beberapa utas tasbih. Dua botol minyak attar Makkah. Beberapa jenis buah kurma. Dan Kacang cerdik. Sebelum lupa, Pak Cik memberikan saya seteguk air Zam-Zam. Niat, rahsia. Saya minum sambil gosok dada.
Petang saya jumpa dengan Siti Zaleha, rakan baik saya semasa belajar di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Tahukah kalian macam mana saya mengenalinya?Sewaktu berjalan keluar dari dewan kuliah, saya melihat seorang gadis bercermin mata, berkulit putih, kurus sedang ketawa sakan. Saya merasa terganggu. Maklumlah pada tahun pertama saya masih lagi pendiam. Bawah tanah. Blues. Tiada kekasih. Baju singlet pagoda ke dewan kuliah. Seluar jeans lusuh. Buku nota kecil. Pen kilometrico yang sudah pecah bebulinya. Rambut kering tidak bersikat. Gaya jalan yang sangat jantan!
"Macam beruk!"
Spontan saya berkata. Gadis ketawa sakan itu terkedu. Memandang saya. Saya buat tidak endah. Memang saya garang dalam diam. Tidak lama kemudian, sedarlah saya gadis itu satu kelas tutorial dengan saya. Entah bagaimana tugasan yang diberikan bersekali dengan dia, berkumpulan. Bila sudah agak kenal, gadis bernama Siti Zaleha itu pun mengkritik saya.
"Dulu kata orang beruk!"
Saya tersengih semata. Tak dapat nak kata apa. Kulit wajahnya yang keberah-berahan membuatkan saya rasa macam-macam. Kembang kuncup. Sewaktu pulang ke kolej kediaman (Kolej 3) saya teringat pakaian yang belum berangkat. Sedangkan hari sudah mendung. Sarat macam perempuan mengandung. Langit bagai kelangkang perempuan!Begitu nakalnya metafora saya masa itu.
T adalah singkatan namanya. Begitulah bibit awal perkenalan kami sejak 5 tahun lalu.
Kini T di depan saya. T tidak seceria pertemuan lalu. Bibirnya rapat. Sebetulnya dia masih marah sebab saya gagal menunaikan janji untuk bertemu dengannya malam semalam.
"Hah, cakaplah apa nak cakap. Mengapa diam semata."tukas saya.
"Alah, tadi malam tak datang."kata T geram.
Saya pandang wajah pelayan kedai, dua orang wanita yang seksi memandang ke arah saya. Agaknya, kejantanan saya dengan baju tshirt putih menimbulkan rasa ingin tahu mereka, untuk menerka betapa maskulinnya saya. Kononnyalah!
"Kawan datang. Maaflah."Itu bukan penyebab utama biarpun betul. Sebetulnya saya sedang ber YM dengan seorang kawan yang tidak stabil emosinya. Berlanjutan dengan saya mendedahkan apa yang saya dapat tahu daripada orang di sekelilingnya yang tahu tentang dirinya. Saya bukannya hendak ambil tahu hal dia.
Tetapi pertemuan dengan pensyarah saya ini secara tidak langsung membualkan tentang kakitangan APM. Dulu-sekarang. Bila tersentuh namanya, saya pun menyoal kenapa dia tidak terus dipilih sebagai RA atau tutor?Kerana menurut dia, dirinya dianiayai oleh watak lain. Maka berceritalah pensyarah ini kepada saya. Automatik. Fakta dan pemerhatian nyata terkeluar dari mulutnya.
Salah sayakah wahai kawan?Saya terkedu bila tahu saya ditipu. Saya tidak kisah latarbelakang yang tidak menarik itu. Tetapi menipu saya adalah suatu kes serius. Saya tidak mahu mendengar lagi. Itulah yang saya tanya terus terang dengannya melalui YM. Dan mungkin dia emosional menyebabkan dia tuduh saya macam-macam. Kawan, kalaulah saya ini jahat, saya akan terus percaya kata orang lain tentang diri kamu, tetapi disebabkan saya seorang berani lagi berterus terang saya tanyakan kepada kamu terus kerana cerita kamu dulu lain. Kamu yang ceritakan sendiri.
Biarkanlah dia. Saya ini bukanya serius sangat. Saya sangat terbuka dan fleksibel. Namun kalau sudah KANTOI mengakui sajalah. Kejujuran penting dalam persahabatan. Kemudian pintalah maaf. Dan dia sudah lakukan. Saya sebetulnya tiada rasa apa-apa lagi kepada dia. Kosong.
T, membuka mulut akhirnya.
"T nak kahwin bulan 11 ini."

Saya terkedu entah ke berapa kali. Masa itulah lagu Zikir Kasih oleh Ukays mendayu berkumandang di corong radio kedai makan kami lepak. Saya ingat T sauh banyak kali cakap secara lelucon dia hendak berkahwin. Ada suatu ketika dia ajak saya tolong carikan dia baju pengantin. Bila saya bertegas mahukan pengakuannya, dia berkata itu sekadar lelucon. Dan hari ini T berkata lagi. Hal itu. Cuma kali ini, lebih spesifik. Saya hirup minuman cincau sampai kering. Cincau dihiris panjang-panjang rasa macam lidah pula yang boleh dikunyah-kunyah. Licin mengelinjang dalam kerongkong.
"T, Ali sokong T kahwin. Kalau nak tunggu ali lambat lagilah alamatnya."
T diam. Saya tahu. Dia tidak mahu saya bercakap begitu.
"Tapi, T tak bersedia lagi. Ni belum kata putus. Kami masih berbincang."
T seperti memberikan peluang untuk saya mencelah ke ruang yang ada.
"T, perkahwinan bukanlah perkara main-main. Ini kisah manusia yang ada ikatan yang ada kaitan dengan dosa pahala syurga dan neraka."
"T, ye T faham...Ali kenapa tak pandang muka T..macam marah sahaja...adakah lepas ini kita tidak boleh jumpa lagi?"
"Laa...terpulang pada Ali lah nak tengok muka T atau muka kucing. Ali tak apa-apa lah. T, lepas kahwin T kena setia. Tutup pintu dari semua ruang kecurangan. Itupun kalau mau bahagia.
"Ala, kita jumpa bukan nak buat apapun. Lagipun kalau T kahwin bulan 11 T nak terus tinggal disini. Dia (bakal suaminya)terus kerja di Pulau Pinang. Dan kita boleh jumpa macam dulu-dulu."
"Laa.. T kalau kahwin kenalah duduk serumah. Sebumbung. Nanti kalau datang keinginan nak bersama suami ada di sisi. Bayangkan kalau tiada. Dan kita kebetulan berjumpa. Apa akan jadi ikatan itu?"
"Ala ali ni serius sangatlah."
Ya, saya serius kali ini. Sedangkan saya suka menyukakan hati orang. Saya ramah dan terbuka. Cepat mesra. Cuma adakalanya saya serius. Contoh perkara lain saya serius ketika saya rasa hendak buang air besar atau buang angin.
Ia perkara serius. Kerana tahi mesti dikeluarkan habis dari perut biar lapang. Dan angin mesti dibuang pada tempatnya agar tidak membunuh rasa orang lain.Hahahaha. Tapi kata Guru Bahasa Melayu saya semasa tingkatan 5:
"Benda apa kalau simpan rosak badan. Kalau buang rosak kawan. Kentutlah."
Pertemuan berakhir bila azan Asar bergema. Agaknya inilah pertemuan akhir kami. T bakal jadi milik orang.
Malam. Lepak di Masjid ArRahman sambil dengar kuliah agama berkitabkan Minhajul Abidin oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali RA. Bab dengki. Saya tidak dengki kepada sesiapa. Saya ada cara bagaimana nak hapuskan dengki sakit hati dan rasa benci orang pada kita. Kalian berdoalah untuk kebaikannya. Diam-diam sahaja. Jangan ungkit2 pula di depannya. Biar kita dengan Tuhan sahaja tahu. Nanti suatu masa percayalah, hatinya akan selembut sutera dengan kita semula. Neutral.
Masa balik naik bas tempatan ke SS dari Taman Jaya, simpang ke Jalan Klang Lama penuh kenderaan. Rupanya ada sekatan jalan. Mujur saya bawa kad pengenalan. Selepas makan-makan saya naik ke atas rumah. Saya teringat dia. Sewaktu menghantar saya. Setelah kami tersesat. Dan dia sakit.
Saya sayang kepada dia. Dan semua rakan taulan saya. Sahabat-sahabat saya. Sayang itu lahir daripada rasa kemanusiaan yang universal sifatnya. Sepanjang hidup saya, saya hanya sekali bermusuh. Berkelahi sehingga tidak bertegur sapa. Dengan seorang rakan perempuan juga semasa tingkatan 6. Namun dengan petua di atas, dia jadi baik dengan saya bila kami bertembung bila pulang berhari raya di kampung. Saya tidak tahu sama ada dia sudah berkahwin atau masih sendirian.
Semasa saya berjalan menuju ke rumah saya, saya lihat ada majlis persandingan. Indah sungguh pelamin yang berkain emas. Lagu klasikal berjudul Bidadari oleh Lela juga berkumandang.
Saya senyum sendirian. Saya tidak sakit hati atau marah apabila T hendak berkahwin. Malah saya galakkannya lagi. Mungkin itulah jodoh T. Kenapa kita harus rasa dengki iri dan sakit hari bila ada kawan kita naik pelamin? Ya saya ada menaruh hati kepada T, tetapi itu bukanlah alasan untuk menidakkan peluangnya membina hidupnya dengan sempurna.
Saya berharap saya naik pelamin suatu hari nanti bersama isteri yang dicintai sepenuh hati. Sampai mati.
Di syurga bersamanya. Amin.

bakat

tidak semua penulis mempunyai bakat
tidak semua bakat dipunyai penulis
atau dengan kata lain
tidak semua yang berkilau itu berlian
akan tetapi semua berlian berkilau

yang kausangkakan bakat
barangkali tidak lebih dari
banjiran perasaan yang mengapung kosong
bagai sampah-sarap meriak
ditolak ombak
mendesak dari dalam dadamu
atau banjaran impian di puncak gunung
dibalut kabut
tegak menusuk kulit kepalamu

yang kau namakan bakat
barangkali tidak lain dari
egomu yang menggoda
kata-kata yang terbentuk
dari igauan tengah malam
atau pagar terpacak
di sekeliling namamu
dalam simbahan sinar lampu

bakat tidak lahir dari sayembara
seperti sayembara yang tidak melahirkan bakat
atau dengan kata lain
bakat ialah benih yang sukar tumbuh
bakat ialah tanah yang sukar dijaga

T. Alias Taib
1982

19 Jun 2009

PPSMI belum nampak kejayaan untuk dibanggakan

PPSMI masih belum nampak kejayaan untuk dibanggakan

PELBAGAI pendapat yang menyokong dan tidak kurang menentang apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran baru-baru ini mengemukakan cadangan supaya subjek bahasa Inggeris wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi yang menyokong, alasannya ialah bahasa itu bahasa penting dunia. Bagi yang membantah pula melihat langkah itu dikhuatiri akan merendahkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping meminggirkan golongan pelajar di kawasan luar bandar. Lantaran itu, isu berkenaan hendaklah ditangani dengan hati terbuka dengan timbang tara secara adil, rasional serta berpaksikan kebenaran ilmu. Sudahkah kita mengenal pasti masalah sebenar di sebalik timbulnya cadangan itu?

Punca kepada timbulnya cadangan itu tidak lain dan tidak bukan kerana mahu melihat generasi muda fasih berbahasa Inggeris. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI) sejak 2003 boleh dijadikan ukuran sebagai langkah kerajaan mengatasi masalah itu. Berdasarkan kenyataan pemimpin, cadangan itu tercetus bermula pertengahan 2002 untuk mewajarkan dasar berkenaan. Persoalannya, adakah kajian khusus menilai keberkesanan PPSMI dalam meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan murid sudah dilakukan? Sesudah enam tahun PPSMI dilaksanakan dengan bantahan demi bantahan, generasi pertama menempuh dasar itu sudah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2008.

Seharusnya mereka adalah angkatan pelajar yang melangkah ke Tingkatan Satu tanpa masalah penguasaan bahasa Inggeris. Namun, apakah rumusan yang dapat dibuat daripada statistik UPSR tahun lalu bagi subjek bahasa Inggeris? Seramai 146,861 murid dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan mendapat gred D dan E dalam subjek bahasa Inggeris. Ini belum ditambah jumlah 144,028 murid yang memperoleh gred C. Oleh sebab itu, keputusan mahu menetapkan bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM mesti dimulakan dari PPSMI lagi. Bayangkan hampir 300,000 murid daripada kelompok pertama dasar PPSMI lemah penguasaan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah. Berdasarkan hakikat itulah, jika benar mahu melihat pelajar kita menguasai bahasa Inggeris maka kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek itu mestilah dirombak besar-besaran demi kebaikan jangka panjang anak bangsa Malaysia.

MOHD ARIF ATAN, Tanah Merah, Kelantan.

belajar menjadi penyair

belajar menjadi penyair
bait-bait bagai air
mengalir
ke laut
belajar menjadi penyair
bair-bait bagai lahar
mengalir
ke delta
tumbuh dari tanah
manusia
bijaksana

tumbuh dari laut
manusia
sentosa

belajar menjadi penyair
menyusun kata
membentuk rupa
siapa kita

Sri Sentosa

18 Jun 2009

Saya tidak tahu apakah yang lebih indah daripada

Membuatkan hati orang lain menjadi indah! Hari ini, jikalau sesiapa yang melalui jalan di Bricfields, Bangsar, KL Sentral, Mydin Kotaraya dan Restoran Anita Kg Baru-itulah saya yang mengepalai di depan. Ia seperti gerabak kehidupan.

17 Jun 2009

Di Mana Tangkai Nyawamu?

Bertanyalah si peminta mongel
bapak katanya, tak saya pinta syiling ini
tapi mohon jawapan
tak saya ngerti di mana tangkai nyawa
pada kuasa manusia atau makanan?
Bumi serumpunku ini gegarnya luar biasa
Krakatoa alah.
Sedang aku diceracaki beribu duri dosa
anak-anak Masjid Maimun itu lagi menyoal
bagaimana rupanya jati diri hamba Allah
bak bapak, ibu atau seperti saya?
Tumpah darah dadaku
akalku punah-ranah berpindah segera
ke liang pusara di kerlipan matanya
tak kuduga sekecil itu anak
tahu erti rupa siapa
manusia bangsanya yang dewasa
dan diri wartawan tua ini
ikat janji sekukuh kota paling tua.
Katanya lagi, bapak, mari kuhantar
segera terbang ke Kaabah
sujudlah beribu jam, kelak nafas jelas.
Daeng Ramliakil
Istana Maimun, Sumatera
Karya, April 1998
Sumber Antologi Di Mana Tangkai Nyawamu Hadiah Sasterea Kumpulan Utusan 1998.
Ulasan
Puisi yang menjuduli antologi ini merupakan sebuah puisi yang padat kata dan tepat melekat ke hati saya. Beberapa kali saya cuba menghisap sakan madunya. Setiap berulang kali baca itulah saya mengalami kenikmatan berbeza-beza arasnya. Dan paling menurani ketika saya baca sesudah membersihkan diri dan tidur sebentar untuk menyegarkan minda dan jiwa.Panel berpendapat puisi ini mencapai tahap tinggi apabila persoalan pengolahan masyarakat dengan keagamaan di satukan malah terasa begitu adil di beri tafsir oleh penyair dan diberi letak duduk tanpa terlalu berlebih-lebih dengan kata-kata terlalu klise. Inilah yang dicari. Terasa segarnya apabila saya baca lagi dalam beberapa minit tadi. Ia amat parodi dimana seorang bocah yang menadah tangan bukan meminta syiling tetapi menagih tanya antara nyawa dan kuasa dimana lebih bernilai.
Mimpi
Tadi semasa saya tidur sebentar saya bermimpi Sultan Kelantan datang dan mendoakan kepada rakyatnya yang sedang sakit. Saya termangu apabila terjaga. Saya tidur setelah dipulas senguk sesudah minda saya berada dalam fasa beta yang amat mendamaikan seperti berjejak di danau terpencil di tengah rimba dalam. Syahdu bersama Tuhan.
Muhammad
Ya, pada makam Muhammad itu terlalu kasih-kasih kepada semua manusia-rakan sahabat taulan musuh-kerana itu Muhammad SAW[Ada beza antara Nabi Muhammad SAW dan Muhammad atau makam Muhammad yang merujuk kepada sifat] tidak membalas dendam seorang Yahudi yang menyimbahkan najis ke kepalanya berulang kali.
Kasih Itu Pelik
Sifat kasih Muhammad ini suatu ehwal salik yang amat memelikkan kerana kasih meraka kasih luar biasa kasihnya hatta seekor semut kasih pada semua walau kepada manusia terjahat sekalipun. Yang kotor itu jasad yang mempertuhankan nafsu sahaja, bukan roh yang bersaksi di depan Tuhan itu. Barangkali cuma lupa bila roh di masukkan ke dalam jasad, ia mengikut nafsu yang Alah telah hempaskannya di dasar neraka paling dalam ini yang masih ber-AKU-an lagi. Kau engkau. Aku akulah. Kata nafsu.[Tak bermaksud aku yang merujuk kata ganti nama diri pertama] Nampaknya saya sedang belajar memahami nafsu yang meliang liuk ini. Ehwal sifat Muhammad itu lain, ia suatu sifat sejati roh yang azali memang begitu. Kata mursyid saya, jangan dibenci manusia yang khianat [banyak berdosa] kerana jika Allah meletakkan dirimu ke tempat mereka belum pasti kamu akan selamat. Kasihlah kepada mereka. Saya sukar untuk kasih kepada mereka, tetapi apabila Allah memberikan ruang saya berkenalan dan bertemu dengan mereka maka saya pun belajar sesuatu bahawa nafsu itu mesti dilenturkan. Difahamkannya di mana letak duduknya yang pasti supaya ia tidak melampaui akal dan roh memanjat duduk di atas singgahsana.
Puisi
Ah, nampaknya saya boleh menulis puisi tentang ini. Saya tidak tahu adakah mereka akan suka entri ini atau puisi itu. Tetapi itulah yang lahir daripada hati dan jiwa saya tatkala ini walau sesekali saya hairan betapa memelikkan makam Muhammad ini. Nafsu saya tidak berapa menyukai saya patuh kepada nurani. Namun ini kerta Allah. Allahlah arkitek makrifatullah. Allah membenarkan watak antagonis itu wujud. Kata mursyid saya lagi sesudah salik sampai ke makam Muhammad maka mursyid tiada hak lagi. Diri salik dalam hak Allah sepenuhnya. Allah lah yang menggenggamnya. Allah yang akan mengajar hambaNya untuk melihat merasa dan memandang sendiri. Berlaku tolak menolak dan tarik menarik dalam diri suatu perkara biasa. Namun memandang kasih semua perkara suatu yang luar biasa. Saya rasa ini tidaklah lama, melainkan sebentar sebelum saya menjadi diam seperti hari-hari lalu terutama waktu saya bermula menempuh jalan ini. Bezanya saat menempuh tiada ehwal demi ehwal yang berupa antaranya ujian demi ujian pada setiap makamnya. Hanya peningkatan [terlalu laju, kata mursyid saya itulah berguna piir]
Harapan
Setelah tinggi sedikit sebelum menakah lagi, nampaknya Allah menghentikan kita, dan di situlah Allah letakkan ujian.Semoga aku memahami kemanusiaan dan aku melepasi ujian dengan baik-baik belaka. Dan aku tahu ia semakin ke penghujung...dan aku tidak tahu ke mana pula aku akan menakah dan macam mana pula ehwal pada makam seterusnya.

Pertama ujian kedua pilihan

Yang pertama ujian
untuk meningkatkan iman
pilihan hadapi cara
orang beriman
atau cara orang fasiq
pilihan cara orang beriman
dia berusaha mengubah nasibnya
dia tidak berserah buta
dia tidak membiarkan dirinya hancur
dalam ujian
pilihan orang fasiq
dia mengikut kehendak nafsu nafsinya
dia tidak mahu mengubah nasibnya
dia berserah buta kepada nafsu nafsinya

akhirnya dia menTuhankan nafsunya
katanya: Tanyalah Tuhan kenapa aku jadi begini?

andai sesat di hujung
pulanglah ke pangkal
dosa terhapus dengan taubat
kehinaan diganti kemuliaan jika
bermujahadah berjuang

kerana menurutkan nafsu jijikmu
jasad akal roh dan kalbu
derita di neraka!

[Alangkah besarnya murka Allah keatas kamu yang tidak melakukan apa yang kamu cakapkan]

Pulanglah.

Ubat

Ubatmu ada dalam dirimu
engkau yang tidak memahaminya
penyakitmu datang daripada tubuhmu sendiri
engkau tidak melihatnya

kawan yang menipu

Saya paling pantang manusia menipu.
Saya paling pantang manusia yang menderhaka.
Saya paling pantang manusia yang suka menjatuhkan orang lain.

Kawan, sahabat, jgnlah menipu, menderhaka dan menjatuhkan orang lain kalau mau kawan dan bersahabat dgn aku!

16 Jun 2009

sekadar ujianNYa

pabila sudah tinggi
Tuhan pun menguji
sejauh mana cintamu kepadaNya

sekadar ujianNya
kata mursyidku
kau sudah lepas
dari rahang nafsu makhluk
kini nafsumu itu
redapkanlah kembali
dengan zikrullah
yang kau tinggalkan
di hujung sibuk

aku singkapkan lagi
wajah Tuhan dalam hati
rupaNya tiada jejas
setelah tinggi-tinggi
Tuhan pun menguji
banyak lagi wahai ali
lulus satu naik setakah lagi

bila sudah kembali
ke posisi
hanya senyum sendiri
itulah nafsu yang hudoh
dunia yang hamis
Tuhan tak pandang
dipandang diri yang hakiki

mujurlah Ya Allah
aku tak kalah

luka-luka ini
Kau bisa rawat
semudah kalimah
Allahukakhbar!

Tuhan barulah kutahu
dimana nafsu
dimana roh
dimana kalbu
dimana akal
dimana iblis syaitan jin

Engkau tetaplah Yang Satu

[Demi kemulian dan keagunganKu akan kuampunkan dosa Anak Adam selagi mereka meminta ampun kepadaKu sampai hayat di kerongkong]

[Jika kau cinta kepadaKu maka ikutilah Aku. Nescaya aku akan mengampuni dosamu]

jika nafsu menjadi Tuhan diri
hilanglah malu lupalah asal diri

jika Allah menjadi Tuhanmu
adalah cintaNYa ingatlah dia kepadaMu

[Ingatilah kamu kepadaKu nescaya ku ingat kepadaMu]

ingat Allah bukan sepintas lalu
iblis juga ingat Allah tapi engkar
hatinya sombong lagi fasiq

ingat Allah dengan mendalam
merendahkan diri meredapkan nafsu
mengawal fikiran daripada lamunan

inilah puisi ya ali
tinggi-tinggi Tuhan menguji
Tuhanlah penyelamat diri rohani

[Tiada sesiapapu yang dapat memuliakan sesiapa yang Allah hinakan. Dan tiada sesiapapun yang dapat menghinakan bagi yang Allah muliakan]

Allah mengajar kekasihNya
ya ali

Seri Sentosa KL

kita mesti memilih

kita mesti memilih
antara dua
kanan atau kiri
jalan mesti satu
lurus tiada bengkok
begitu sabda nabi

dalam memilih
kita menyaring
batu butir pasir
dalam beras
rambut dalam tepung
kita buang
namun janganlah
berselerak
butir beras
debu tepung
nanti rugi

gunakan tapis
tampin perlahan
dibantu angin
yang sederhana
timbang taralah
sebijaksananya

jangan hairan
adakalanya kita terpaksa membuang semuanya
pabila dalam tong beras atau bekas tepung
ada bangkai cicak

kita mesti memilih
sekalipun kejam
kepada nafsu sendiri

bukan semua yang nafsu suka
itu baik belaka
awas janganlah tertipu
nafsu lebih bahaya drp iblis
iblis hanya menunggang di tengkuk
nafsu bermula di ari-ari

untuk di dunia
memadailah wanita bergelar isteri
bukan wanita misteri di lorong
gersang

Muhammad Ali Atan
Seri Sentosa