04 Mei 2009

Salah RTM kalau drama Melayu RTM tahap BODOH


Berikut petikan artikel daripada UTUSAN MALAYSIA.


Drama Cina bahasa Melayu


"KITA boleh labelkan drama Melayu, Cina atau Tamil. Tetapi kenapa hanya drama Melayu saja yang bercakap dalam bahasa Melayu? Tidak bolehkah drama Cina dalam bahasa Melayu atau drama Tamil dalam bahasa Melayu?" Pertanyaan ini dilontarkan oleh seorang teman keturunan Cina. Walaupun Cina tetapi dia menguasai bahasa Melayu dengan baik.


Baguslah orang cina itu. Tetapi banyak cina bodoh berbahasa Melayu tapi dapat kaya juga kerja besar-besar. Itulah laknatnya bila menteri memijak bahasanya sendiri selaku bahasa kebangsaan. Syabas sahabat Cina yang faseh berbahasa Melayu kalian memang bukan bodoh berbanding orang-orang RTM yang menilai drama Melayu untuk diterbitkan bagi menterjemahkan kebodohan mereka.


Katanya lagi, bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa semua orang yang mengaku sebagai rakyat negara ini. "Bukankah bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan?" Dia melontarkan lagi tanda soal yang cukup menarik.
Saya sudah lama terfikir dan pernah menulis apabila sebuah drama Cina di RTM 2 beberapa tahun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.


Drama itu mendapat rating penonton yang bagus tetapi tidak tahu kenapa tidak diteruskan. Memang sewajarnya bahasa Melayu ada dalam semua drama - Melayu, Cina dan Tamil.


Kalau orang bodoh, memangkah tidak boleh nampak kebenaran.


Kalau stesen televisyen kita diterajui oleh seorang pemikir selain ahli perniagaan, drama Cina dalam bahasa Melayu sudah lama wujud. RTM telah membuka laluan tetapi malangnya tidak ada yang menyambut malah drama Melayu (bukan di RTM) yang paling banyak memporak perandakan bahasa Melayu.


Pemikir adalah golongan yang dipijak.


Buktinya bahasa campur aduk Melayu dan Inggeris serta slanga tepi longkang dipopularkan sekali gus dimartabatkan oleh drama Melayu. Tidak ada drama Cina yang menghina bahasa Melayu seperti drama Melayu memijak bahasa Melayu digantikan dengan 'bahasa longkang'.


Ini bahasa BODOH orang RTM dan kroni bodoh RTM yang dapat tender bekal terbit drama beratus slot jam. Drama bodohlah inilah yang membodokan habis orang-orang RTM khususnya yang menilai proposal DRAMA MELAYU ini. Memanglah bodoh sehabis bodoh.


Saya sebenarnya sangat malu apabila ditanya oleh bukan Melayu tentang keperluan bahasa Melayu dalam drama Cina. Bagaimanapun ini tidak sedikit pun memberi malu kepada sebahagian besar penerbit drama Melayu yang bukan pemikir tetapi pencari duit.


Memang dan penerbit yang BODOH. Apabila kita buat proposal drama yang berilmu atau separa berilmu yang sekurang-kurangnya tidaklah nampak BODOH SANGAT DRAMA MELAYU penerbit mengeluh sebab RTM bukan sahaja tidak panggil PITCHING malah juga RTM anggap proposal itu tidak layak pun mereka semak dan telaah. Ternampaklah DRAMA MELAYU ditahap bodoh-bodoh sebab boleh membodohkan sama Bahasa Melayu seperti mana pak menterinya memijak bahasa Melayu.

Orang-orang RTM yang menilai PRPOSAL drama ini rata-rata membodohkan pemikiran penonton drama Melayu akibatnya drama Melayu jadi amat bodoh di RTM. Amat2lah bodoh! Ada satu dua drama Melayu yang baik sikit atau cerdik sikit tetapi TETAP NAMPAK BODOH BILA DIBANDINGKAN DGN DRAMA CINA yang merek import itu. Bila penerbit gagal dapat PITCHING sekaliun maka penerbit salahkan penulis skrip kata buat cerita merapu. Memang dijangkiti bodoh habis penerbit itu walaupun asalnya dia memang cerdik sebelum ini.



Mereka yang dalam kad pengenalannya seorang Melayu tanpa segan silu 'melongkangkan' bahasa Melayu.

Aku yakin orang urus bahagian drama melayu ini cerdik sikitlah tetapi mereka guna kecerdikan mereka untuk melongkangkan bahasa dalam drama Melayu. Biar bahasa nampak bodoh. Bila bahasa melayu nampak bodoh PPSMI dapat diteruskan pak menteri UMNOnya.


Alasan yang paling meloyakan tentulah untuk menarik sebanyak mungkin penonton. Kata mereka, "Bahasa yang digunakan adalah realiti di luar drama."
Drama Cina bahasa Melayu walaupun sengaja diada-adakan tetapi bukan luar biasa. Ini kerana semua rakyat negara ini boleh berbahasa Melayu, mereka faham bahasa Melayu. Mereka faham makna, "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."


Generasi muda kaum Cina mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik, malah ada yang lebih baik daripada orang Melayu sendiri yang tidak belajar bahasa Melayu sebab mereka dilahirkan sebagai Melayu. Jadi, tidak ada masalah untuk membawa bahasa Melayu menjadi perantara dalam drama Cina atau Tamil.


Peneraju stesen televisyen perlu bersikap proaktif dan lebih bertanggungjawab kepada rakyat. Di tangan mereka letaknya mulia atau hinanya bahasa Melayu. Kalau stesen televisyen membuka ruang untuk drama begini, penerbit pasti akan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian.


Ini kerana kebanyakan penerbit drama kita hanya mencari duit. Mereka bukan berpegang kepada mana-mana aliran tertentu kerana mereka bukan karyawan. Kalau diberi peluang untuk menerbitkan apa saja bentuk drama, mereka pasti ikut asal saja memberi keuntungan.


Biarlah ada drama Cina yang bertutur dalam bahasa Melayu. Selepas ini kita boleh menilai siapa sebenarnya memijak bahasa Melayu? Semoga ada penerbit drama Melayu yang malu dengan mutu bahasa Melayu dalam dramanya berbanding drama Cina.


Dato Rais Yatim tolonglah perhatian artikel ini. Artikel ini wajar dilekatkan di papan putih di Angkasapuri. Biar orang bodoh ternga-nga membacanya. Tahniah Utusan Malaysia yang memilih artikel cerdik untuk mengetuk kepala orang-orang bodoh dalam RTM

7 ulasan:

  1. Penerbit drama tempatan nampaknya tidak tahu untuk mencontohi drama Indonesia yang menggunakan bahasa Melayu Indonesia yang baik. Dan bukannya bahasanya 'sekerat ular sekerat belut'. Memalukan.

    BalasPadam
  2. Penerbit drama terpaksa DIBODOHKAN oleh pemilik televisyen dan syarikat tv serta penaja. Aku tidak berapa salahkan media prima. Tetapi aku memang nak tembak sahaja orang RTM yang menguruskan tender drama tv. Tembak dengan pistol mainan pun jadilah!

    BalasPadam
  3. Memang sampai masa pun untuk ditembak! Bukan apa, dah menyampah menonton bahasa longkang ni.

    BalasPadam
  4. awang, RTM menayangkan cerita bodoh. Cthnya cerita jururawat yang bercinta. Cinta bodoh-bodoh pula itu. Kalau hendak bercinta pun biarlah kelas sikit. Cinta jual tubuh sahaja. Tayang gunung ganang lepas mandi. Memang bodoh RTM ini. Kalau nak cerita jururawat boleh ambil novel Diari Jururawat oleh Aminah Mokhtar. Walau tidkalah terlalu bagus tetapi memadailah supaya tidka nampak bodoh. Tetapi bodoh kalau tidak dapat diajar memanglah tidak dapat dibuat apa-apa.

    BalasPadam
  5. Tuan Ali Atan,
    Awang rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan proses penerbitan kita. Yakni pempiawaian atau tapisan filem atau drama kita agak lemag. Tanpa ada standard tertentu, lalu asal jadi drama atau filem...kira jadilah. Lalu, filem sampah pun sampahlah. Sebab itu nampak bodoh.

    BalasPadam
  6. saya bekerja di rtm. dan saya banyak kenalan di media prima, astro dan production house yang terlibat dalam penerbitan program tv.

    drama2 yang tidak berkualiti semuanya bukan salah panel penilai di rtm. tetapi, ia melibatkan KSU KEMENTERIAN PENERANGAN! semua orang di rtm takut dengan dia. kalau dia cakap benda yang salah, semua orang takut nak tegur! maknanya, kalau benda salah tak diperbetulkan, salah la sampai bila2....

    pasal drama tu, KSU "makan" beratus ribu, mungkin juga berjuta juta selama dia di rtm. seorang kawan saya yang dapat projek RM30K, tidak dilayan langsung oleh KSU... KSU yang dimaksudkan ialah kamarudin siarap! pernah keluar melodi pasal hal ni, tapi dinafikan sekeras kerasnya macam kepala dia yang botak...

    BalasPadam
  7. Kena buat pendedahan tu tuan. sebarkan. dah tak tertahan rasanya menonton drama rtm bodoh saban hari.

    BalasPadam