KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.
Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama

Sila lihat link di bawah:
Subjects: Authors, Malay--Malaysia Alumni
Property of The University of Malaya LibraryThis material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Nampaknya Universiti Malaya mula sudha mahu prihatin menjejak pelajarnya yang berjaya. Tahniah!Sebenarnya banyak lagi pelajar UM yang berjaya dan dahsyat-dahsyat. Apapun ini memberikan aku lagi dorongan untuk berjaya di masa mendatang. Insya Allah! Semoga UM kebanggaanku akan terus maju makmur berjaya sampai bila-bila hendaknya.
*Teringat mahasiswa UiTM yang berdemo sebab tidak mahu pelajar asing masuk bersaing dengan mereka. Nah, kami di UM tidak pernah gentar dengan persaingan. Sudah tiba masanya pelajar Melayu bersaing dengan pelajar bukan Melayu dan asing untuk lebih maju ke depan.
*Sedang menunggu surat kontrak KPT yang amat lambat. Proses mestilah diperbaiki lagi agar KPT lebih efiseyn untuk pendidikan yang gemilang.
*Aku sudah tidak sabar-sabar mahu mencari penyelia dan berhujah dengannya!;)
*Dengan kad matrik kawanku, calon pascasiswazah slot SLAB di USM aku meminjam lebih 10 buah buku rujukan. Huh, nampaknya aku memecut lebih awal. Sebahagiannya adalah tentang kesusasteraan tradsional untuk rujukan novel Engku Puteri Raja Hamidah. ;)
*Terima kasih kawan yang menyokong. Kawan ini ada banyak jenis. Kawan di forum, kawan di kedai kpi, kawan ketawa. Kawan yang merangsang, menyokong dan memberikan inspirasilah yang paling sukar dicari tetapi bersyukur aku ada juga kawan yang membantu dna menyokong!
*Ada juga kawan yang prejudis terhadap diri aku sampai memutuskan silaturrahim. Masya Allah. Semoga Allah ampunkan dosa kita. Aku tidak terniat mahu berkelahi dan memutuskan persaudaraan. Terserahlah kawan.
*Kawan baru yang baik dan enggan percaya diri kita, adalah baik kerana itu akan membuatkan kita menghargai perkenalan.
*PAling teruk kawan yang yang menumpang hidup kita. Apabila sunyi dia panggil kita. Dia goda kita. Apabila kita pula sunyi dia tidak ada di sisi kita. SMS pun tidak ingin sebab dah ada kawan lain. Kawan jenis ini memang haprak. Dan aku memang tidak akan bagi muka dah kepada kawan jenis ini. Tetapi aku ini terlalu baik sebab mudha melupakan. Cuma dinyatakan tidak puas hati dibelakang dia sahaja. Bila berdepan aku layan seperti aku layan sahabat baik hatta aku dipergunakan secara tidak sedar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan