26 Mei 2009

Menebak Keinginan Wanita

Sulitnya rahsia wanita...Apapun wanita memerlukan lelaki yang memahami dirinnya dan kerjayanya. Wanita mahukan lelaki menjadi hero bagi dirinya. Wanita mahukan lelaki mempunyai identiti dan prinsip yang kukuh. Wanita mahukan lelaki yang jujur dengan keperibadiannya. Wanita mahukan lelaki yang kuat pegangan agamanya. Wanita mahukan lelaki yang berani di matanya. Wanita mahukan lelaki yang bersuara dnegan penuh kelelakian namun pada masa yang sama tetap bersopan apabila melayani mereka. Wanita mahukan lelaki menghargai dirinya. Sepenuh-sepnuh hatinya. Wanita mahukan hati lelaki dipenuhi seluruh jiwa wanita tersebut sehinggakan wanita tersebut merasai dengan penuh percaya bahawa lelaki tersebut menyintai dan menyayangi dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan