04 Mei 2009

Kepada 9 Blogger:Sekalung penghargaan!

Kepada yang mengikuti blog aku 9 orang itu:Ampuan Awang, ajami hashim,dillacahyadil,b'jue cornear,ct aslina, Muhammad Faisal, emily, zabri dan terbaru yoyo_gaban aku ucapkan terima kasih. Kau semua ada alasan hendak ikut blog aku. Aku raikan kalian. Aku tidak tulis cerita panas, seks,cerita artis, gosip dan lain-lain yang bersifat glamour dan dapat senang lenang. Aku cuma menulis dalam bidang aku terjun khususnya sastera(lautannya masih dalam tidak diterokai),filem, wacana, bahasa, kritikan seni, perjalanan peribadi, kreatif dan tanggapan sedikit sebanyak isu yang aku minat. Politik?Maaf aku kurang berminat hendak membazir tenaga minda akal serabut tentangnya. Aku ikuti sahaja mana yang mudah dan bersih. Tidak pijak bahasa aku.
Kekalkan kita saling berkunjung dan memberikan komentar. Ini dunia kita. Anjaklah sedikit masa 2o tahun belakang, mereka tiada medan seperti kita. Kita sedar medan ini medan bebas apa sahaja yang mungkin tulisan kita tidak dapat diterbitkan di dada akhbar. Aku cuba memberikan seberapa banyak info, maklumat, kritikan dan lontaran pemikiran selain perjalanan kreatif atau non-kreatif penciptaan karya. Aku adalah aku. Jadi jangan samakan aku dengan penulis A penulis B. Lantaklah mereka. Aku berkawan dengan mereka tetapi aku hasil penulisan aku ada matlamat tertentu. Berbeza.
Aku sedar blog aku sangat kurang dekorasinya. Aku malas memikirkannya kerana bagiku isi penulisan itulah terpenting. Tetapi aku tidak nafikan dekorasinya. Maaf inilah yang terbaik aku buat. Dunia kreatif amat luas sekali tetapi di Malaysia ruang lingkupnya dikecilkan oleh sikap. Sikap rakyat Malaysia yang dibodohkan budaya popular keterlaluan juga menyumbang. Kita boleh ketawa menonton rancangan yang bersifat lawak jenaka tetapi kita amatlah kelihatan bodoh jika ketawa menonton cerita lawak bodoh yang memperbodohkan penonton. Buatlah rancangan lawak yang mencerdikkan penonton. Walau tidak banyak. Drama atau apa sahaja. Filem atau drama aksi kita terima kita tonton. Tetapi janganlah sampai memperbodohkan penonton. Penulis pun ada yang saling mendengki. Mengkritik itu lain. Mendengki itu lain. Ini kena bincang bab khusus.
Aku dalam fasa-fasa yang amat hebat dalam hidup aku. Terima kasih Tuhan. Kau luaskan jalanku ini. Tadi, rakanku yang mengambil ujian ILETS telah berjaya mendapat skor 6.00 daripada 9.00 yang merupakan syarat untuknya mendapat biasiswa SLAB. Dia mendapat SLOT SLAB dibawah USM. Alhamdulillah. Aku tumpanglah gembira. Murahlah rezeki kau, Nurol Huda hendaknya! Yang bagusnya minah ini, dia mahu berikan aku material pembelajaran ILETSnya sebelum ini. Ok, Aku terima sahaja. Aku tidak ambil lagi ILETS dan kelasnya. Aku ambil kelas bahasa Inggeris dahulu. Aku juga dalam perjalanan. Aku harap aku lulus ILETS dan meneruskan perjalanan aku mendapatkan Master dan pHD dalam tempoh 5 tahun. Insya Allah.
#Untuk blogger yang minat filem, aku bukanlah pandai sangat mengulas filem. Tetapi aku ada 3 vcd filem yang aku beli tetapi masih belum ku tonton kerana sibuk menelaah sejarah johor dan Engku Puteri. Insya Allah sesudah menonton aku akan mengulasnya dengan gaya aku sendiri.
#Untuk sastera, aku masih terus menulis. Projek novel remaja untuk PTS, projek novel sejarah YWJ dan juga cerpen-cerpen eceran untuk akhbar dan majalah. Aku mesti berusaha kerana itulah bidang aku bakal mengkhusus nanti dalam Master dan pHD. Sastera kreatif dan deskritif.
#Untuk yang sedang bercinta aku ucapkan semoga tercapai segala hajat, bahagia. Ingat cinta itu TIADALAH APA-APA-NOL selagi tidak kahwin tidaklah bernama cinta sejati. Aku biarlah sendiri dahulu. Banyak wanita-wanita bodoh yang cuba mendekati aku tetapi tidak faham kerja-kerja aku. Hendak bermewah sentiasa. Nah, pergi matilah!
#Bahasa agak kasar kerana teringatkan sejarah lampau.

2 ulasan:

  1. selamat mencari jodoh bro! ;-)

    BalasPadam
  2. Setakat ini kekasih aku masih Engku Puteri Raja Hamidah! Bro, kenapa susah sangat nak tingggalkan komen di blog hang?

    BalasPadam