Bidang robotik adalah satu bidang yang wujud disebabkan oleh keinginan manusia untuk memudahkan pelaksanaan kerja (automate). Menjadikan sesuatu objek bekerja sendiri tanpa memerlukan pengawasan manusia bukanlah perkara yang mudah.
Ianya merupakan suatu bidang sains yang aplikasi teknologinya banyak membantu manusia dalam memudahkan kehidupan seharian. Tanpa teknologi robotik, banyak perkara yang kita lakukan pada hari ini adalah mustahil. Sebagai contoh, dari segi teknologi pemasangan kereta, komponen elektrik elektronik dan lain-lain. Kadar pengeluaran tinggi, hasil yang lebih berkualiti dan pada kos yang lebih murah yang memenuhi permintaan pasaran pada hari ini adalah disebabkan oleh penggunaan teknologi robotik.
Bagaimanapun, teknologi robotik di negara kita masih lagi diperingkat awal dan memerlukan penerokaan dan penyelidikanyang lebih meluas supaya aplikasinya dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat di negara kita. Dan teknologi yang tinggi tanpa pengetahuan yang mencukupi untuk mengendalikannya adalah tidak bermakna. Berdasarkan peri pentingnya teknologi ini, maka kerajaan Malaysia menerusiRancangan Malaysia Ke-9 telah memperuntukkan sejumlah besar dana bukan sahaja dalam sektor perkilangan bahkansektor latihan dan penyelidikan & pembangunan (R&D) dengan tujuan mempertingkatkan daya saing bagi modal insan. Jadi, saya merasakan pertandingan seperti ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberipendedahan kepada pelajar dan staf UniMAP berkenaan teknologi robotik.
Pertandingan Robocon yang telah pertama kali diadakan pada tahun 2002 di Tokyo, Jepun telah dianjurkan oleh Asia Pacific Broadcasters Union (ABU) yang mempunyai keahlian lebih 100 badan penyiaran daripada sekitar 50 negara di seluruhdunia. Di Malaysia, acara ini didokong oleh SIRIM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta sektor swasta yang berkaitan dan telah menjadi satu acara tahunan di mana telah mendapat penyertaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi, kolej dan politeknik. Di bawah satu peraturan piawai yang telah ditetapkan, peserta akan bertanding dengan lawan mereka untuk merekacipta robot dengan menggunakan kreativiti dan teknologi yang ada dalam satu pertandingan terbuka.

Peraturan pertandingan Robocon pada setiap tahun berbeza mengikut tema negara yang menganjurkan pertandingan tersebut di peringkat antarabangsa. Jika tahun lepas pertandingan yang diadakan di Kuala Lumpur bertemakan pembinaan Menara Berkembar PETRONAS yang menjadi simbol kebanggaan negara kita, pertandingan Robocon 2007 pada tahun ini akan diadakan di Vietnam. Gelanggang dan peraturan pertandingan pada kali ini direka khusus berdasarkan tema Penemuan Ha Long Bay, suatu destinasi menarik yang mempunyai kisah lagenda di kalangan rakyat Vietnam. Berdasarkan peraturan pertandingan tersebut, sekumpulan robot (melambang kan naga) akan membawa blok berbentuk silinder (melambangkan mutiara) untuk membina pelbagai pulau yang melambangkan simbol Ha Long dan Bai Tu Long. Pasukan pertama yang berjaya membentuk Victory Islands (dalam bentuk huruf V di tengah-tengah gelanggang pertandingan) akan menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Tempoh pertandingan adalah selama 3 minit sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan