03 Mei 2009

Sains Fiksyen : Robotik

Manipulator fungsi pelbagai yang dapat diprogram semula untuk menggerakkan bahan, bahagian, peralatan atau perkakasan khas menerusi pergerakan yang dirancangkan bagi melaksanakan beraneka macam tugas.
Ianya juga merupakan kuasa kepintaran yang dapat dimanifestasikan pada dunia nyata.

Etimologi
Dikatakan bermula dari penulis dan pelakon pentas bernama Karel dan adiknya Josef Capek. Karel sering memenangi Anugerah Nobel kerana tulisan dan lakonannya. Beliau merintis perkataan robot menerusi lakonan pentasnya RUR (Rossum's Universal Robot) di Prage pada bulan Januari, 1921.
Ianya membayangkan bagaimana manusia ditukar/bertukar dengan/menjadi robot disebabkan tamadun dan perkembangan teknologi moden dan juga manusia pada masa itu melupakan nilai-nilai kerajinan kerja dan usaha serta lain-lain elemen-elemen kemanusiaan.

Terma 'robotik' pula dirujuk kepada pengajian/penggunaan robot. Dikatakan bermula daripada saintis/penulis Amerika berbangsa Russia bernama Isaac Asimov (lahir pada 2 Jan. 1920, meninggal 6 Apr. 1992). Asimov begitu meminati tulisan-tulisan ilmiah dan ; ketika itu; apa yang digelar cereka sains.
Contohnya, I Robot (1950), The Foundation Trilogy (1951-52), dan Foundation's Edge (1982) yang telah menyebabkan kemenangan Anugerah Hugo dan Nebula.
Asimov mencadangkan 3 "Piagam Robotik" yang juga dikenali sebagai "Piagam Zeroth" :

Piagam Sifar - sesebuah robot tidak boleh mencederakan tamaddun/peradaban kemanusiaan atau bertindak (secara tidak betul), yang menyebabkan kecederaan kepada tamaddun kemanusiaan.

Piagam Satu - sesebuah robot tidak boleh mencederakan manusia atau bertindak (secara tidak betul), yang menyebabkan kecederaan kepada manusia, (melainkan secara yang dibenarkan oleh undang-undang)

Piagam Kedua - sesebuah robot perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh manusia, kecuali arahan berkenaan bertentangan dengan undang-undang.
Piagam Ketiga - sesebuah robot perlu melindungi dirinya selagi tidak bertentangan dengan undang-undang. Nota: Konsep ini dapat dilihat jelas dalam cerita cerekasains "Robocop"

Kewujudan Robot Secara Realiti
Perindustrian yang pertama dikatakan menggunakan unsur robot/robotik ialah Unimates yang diasaskan oleh George Devol dan Joe Engelberger lewat tahun-tahun 50-an dan awal tahun-tahun 60-an.
Paten-paten yang pertama digunakan oleh Devol untuk mesin pemindahan perkakasan. Engelberger kemudiannya mengasaskan Unimation dan menjadi perintis pemasaran robot. Hasilnya, Engelberger telah digelak 'bapa robotik'.

Industri persenjataan moden masakini juga bertambah dari segi keupayaan dan prestasi menerusi sistem-sistem kawalan dan pembangunan bahasa, mekanisma yang lebih berkualiti, sensor dan pemanduan. Pada tahun-tahun 80-an, industri robot berkembang pesat hasil sokongan padu daripada industri automotif.
Walaubagaimanapun, kedudukan ekonomi menjadi terancam kerana perkembangan terlalu cepat dan industri robot dikatakan baru sahaja pulih baru-baru ini. Hasil kemelesetan telah menyebabkan hanya sebuah organisasi sahaja di US iaitu Adept, yang masih bertahan dalam industri robot/robotik. Yang lainnya telah terjual kepada syarikat-syarikat Eropah dan Jepun.

Dari segi automasi pula, dikatakan dirintis oleh Grey Walter (1940-an) dan John Hopkins. Perkakasan yang menggunakan kawalan jauh atau radio pula dikatakan dibangunkan oleh Nikola Tesla pada 1890-an, seorang perekacipta motor induksi, transmisi kuasa AC dan lain-lain perkakasan elektrik.
Tesla juga banyak berwawasan dengan meramalkan akan wujudnya satu mekanisma pintar yang dapat menyamai manusia (kini digelar 'android') - Lihat watak "Data" dalam cereka sains "Star Trek-The Next Generation"
SRI Shakey pula memulakan ciptaan robotik untuk kegunaan dalaman pada lewat 60-an manakala Moravec Stanford Cart pula untuk kegunaan luaran pada lewat 70-an.
Bermula dari sinilah, industri ini menjadi lebih berkembang sehingga ke peringkat penggunaan proba (kini mempunyai kamera) untuk lebuhraya dan cerun-cerun bagi membuat kajian-kajian teknikal.

Dengan adanya pula kemajuan teknologi seperti digital dan telekomunikasi serta komputer, robot/robotik dapat berkembang lebih maju lagi sehingga ke peringkat satelit dan satelit/kapal angkasa yang membawa proba bagi tujuan penjajahan planet-planet lain.
*Sambil2 berehat mencari-cari idea baharu untuk dikatalogkan. Justeru berikut maklumat tentang robotik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan