Mulanya aku sedikit pesimis dengan AM. Dengan deretan buku remaja popular mencetuskan fenomenal tersendiri dikalangan remaja sekolah. Apabila aku menyertai sebuah bengkel PTS sabtu lepas, aku cuba-cuba membeli novel AM tersebut. Sebab aku hendak lihat 'contoh' novel remaja dalam siri idola yang di bangunkan oleh PTS. Terjah PTS pula sebab PTS memberikan royalti dan buku-bukunya semakin berkualiti dan cantik. Pasarannya juga sangat baik. Dalam novel BSB:Kini berwajah baharu AM sebenarnya seorang penulis remaja yang mencapai tahap baik. Novelnya berisi sesuai untuk golongan sasaran malah juga dewasa. Gaya bahasanya memang mantap, pemilihan diksi tepat dan sesuai. Penceriataannya sangat fokus dan sangat rinci. Maklumat dan pengetahuan (bukan ilmu) disampaikan secara popular tetapi berhasil sampai tepat kepada golongan sasaran. Aku belum membacanya habis. Aku tidak memandang rendah novel remaja walaupun popular asalkan tidak mengajar budak-budak melakukan maksiat dan kejahatan. Komik-komik yang menggunakan 'kuasa' karut marut itu lebih teruk lagi. Aku katakan AM suatu fenomenal bukan setakat jualan bukunya melebihi puluh ribu naskah tetapi juga keunggulannya menjadikan watak dalam siri BSBnya dihidupkan lalu dihayati oleh peminatnya melalui pembangunan laman web BSB.Tahniah AM!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan