05 Mei 2009

HIDUP MELAYU!

Oleh Khairul Azran Hussin khaiazr@bharian.com.my
MUHYIDDIN mendengar penerangan Johan (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka sambil diperhatikan Termuzi (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

Laporan pelaksanaan PPSMI bukan penanda aras tepat: TPMKUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diarah membuat kajian semula terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran Kabinet tidak berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet berpendapat laporan daripada beberapa persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan.

"Kita tidak boleh membuat keputusan tanpa fakta dan bukti yang kukuh untuk menyokong sesuatu dasar itu. Saya hanya akan berpuas hati apabila mendapat maklumat lengkap yang diperoleh dari semua sudut. "Persidangan meja bulat mungkin hanya membolehkan sesetengah pihak mengemukakan pandangan peribadi. Kita memerlukan pandangan menyeluruh sebelum memutuskan sama ada dasar PPSMI perlu ditambah baik atau ditukar," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam. Hadir sama ialah Pengerusi Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI sebelum ini merumuskan tujuh cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI, iaitu:

Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;

Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;

Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;

Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;

Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;

Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam; dan

Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah atau memansuhkan mata pelajaran Sains pada Tahun Satu hingga Tiga tetapi mengajar Sains dalam subjek lain.
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bagaimanapun mahu kerajaan memansuhkan dasar itu kerana mendakwa pelaksanaan PPSMI selama enam tahun sejak 2003 gagal memanfaatkan pelajar, khususnya pelajar Melayu di luar bandar. Selain itu, 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara juga menolak pelaksanaan PPSMI pada peringkat sekolah rendah.
Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia membabitkan masa depan pelajar. "Saya mengalu-alukan jika ada pihak yang hendak kemukakan pandangan, hendak menyerahkan memorandum atau hendak berjumpa saya jika ia bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan.

"Walau apapun pandangan dan pendapat, akhirnya ia perlulah mengambil kira kepentingan bahasa kebangsaan, selain bahasa Inggeris yang menjadi bahasa penting di dunia," katanya.
Muhyiddin turut menggesa sektor swasta menyokong usaha kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan. "Kita akui sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi dan urusan mereka, tetapi kerajaan berharap mereka turut menggunakan bahasa kebangsaan.
"Kerajaan serius memartabat serta memperkembangkan bahasa kebangsaan dan berharap Bulan Bahasa yang akan kita laksanakan tidak lama lagi akan mendapat sokongan sektor swasta," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan turut meneliti kembali Akta DBP, sekali gus menyokong usaha badan itu memartabatkan bahasa kebangsaan secara lebih berkesan dan menjadi titik mula untuk DBP bergerak dengan lebih aktif.
__________________________________________________
SEPERTI YANG DIJANGKA UMNO AKAN MAIN TARIK TALI UNTUK MELENGAH-LENGAHKAN KEPUTUSAN PENGHAPUSAN PPSMI.
KITA FAHAM HASIL MEJA BULAT ADA YANG MENGUNTUNGKAN DAN ADA YANG MERUGIKAN BAHASA.
NAMUN KITA JUGA FAHAM INI MAINAN POLITIK SEBAB KALAU UMNO TOLAK PPSMI ALAMATNYA KONTRAKTOR YANG DAPAT JUTA-JUTA BEKAL BUKU TEKS ITU AKAN KERUGIAN DAN BUAT BISING.
KALAU JUGA UMNO TERIMA PPSMI SEKERAT BM SEKERAT BI MAKANYA UMNO TETAP DITEMPELEK SEDASYAT-DASYATNYA OLEH ORANG MELAYU KHUSUSNYA ORANG MELAYU YANG SEDAR AKAN HAKIKAT BERBANGSA DAN BERNEGARA BANGSA.ADUHAI BETAPA PERI PENTINGNYA SEMANGAT KEBANGSAAN YANG BERBAHASA KEBANGSAAN DAN BANGGA BERNEGARA BERACUAN SENDIRI!ADUHAI SANGAT MANTAP UNTUK MENENTANG SEGALA ANASIR JAHAT SEPERTI PUAK-PUAK LIBERALISMA DAN PUAK KAFIR BUKAN MELAYU YANG BERJUANG MENGHAPUSKAN HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU!TETAPI APAKAN DAYA, UMNO TIDAK FAHAM SEBAB SELALU MELIHAT DARI SUDUT WACANA KUASA SAHAJA TANPA MELIHAT DARIPADA SUDUT PANDANG WACANA ILMU DAN WACANA BUDAYA.HAPRAK BETUL UMNO!
KITA KAJI LAGI.
KALAU UMNO TOLAK SEPENUHNYA PPSMI MAKA UMNO JUGA AKAN TERTOLAK.
SUDAH BERAPA BANYAKLAH WANG DIHANGUSKAN BEGITU SAHAJA UNTUK MEJA BULAT YANG AKHIRNYA DIBUAT SEMULA.
TIDAKKAH INI MAINAN POLITIK UMNO YANG HUDOH?MAINAN POLITIK UMNO UNTUK MEMPERDAYAKAN SEMUA ORANG MELAYU YANG SEDAR DAN INSAF UNTUK BERJATIDIRI DAN MEMBANGUN NEGARA DENGAN TAMADUN SENDIRI!
SEBAB ITULAH UMNO AKAN GAGAL DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. DAN UMNO AKAN MATI. INSYA ALLAH.
BILA KITA MENOLAK UMNO BUKAN KERANA KITA MENDERHAKA, KITA TIDAK SAYANG MELAYU DAN KITA LAWAN KERAJAAN. KALAU KITA LAWAN KERAJAAN LEBIH BAIK KITA JADI GERILA ATAU PENGEBOM BERANI MATI.ITU LEBIH LELAKI SIFATNYA.
KITA HANYA TOLAK UMNO. SEBAB UMNO PARTI PEMERINTAH. ADA KUASA. TETAPI KUASANYA DIHALAKAN UNTUK MEMBUNUH BANGSA DAN BAHASANYA SENDIRI.
KITA TOLAK UMNO KERENA UMNO SENDIRI PEMBUNUH DALAM DIAM BANGSANYA DENGAN MENGELUKAN LIDAH ANAK BANGSANYA DAN JUGA MEMENANGKAN KRONI-KRONIS BANGANG MEREKA. ADA PENERBIT LUAR UNTUNG BERJUTA-JUTA MEMBEKALKAN BUKU SAINS YANG KAJIAN DAN HASILNYA SEMUANYA SERATUS PERATUS DARIPADA MAKMAL SAINS BARAT.NAMPAK SANGATLAH BEGITU TAKSUBNYA UMNO YANG SANGAT-SANGAT KEBARATAN ITU KERANA KAJIAN AKADEMIK BERDASARKAN DATA EMPIRIKAL DAN KENYATAAN REALITI SEMASA MEMBUKTIKAN TIADA TAMADUN SESEBUAH NEGARA DIBANGUNKAN ATAS TAMADUN LAIN DARIPADA BANGSANYA MELAINKAN TAMADUN PENJAJAH. CONTOH TAMADUN PENJAJAH DI TANAH MELAYU KESAN KETARA BERLAKU DUALISME DAN 13 MEI 1969. ORANG MELAYU SAMPAI KENA LUDAH SEBAB NAMPAK TERSANGAT BODOH DAN MISKIN MELARAT. BILA ORANG MELAYU MULA MENGAMUK PAKAI SELENDANG MERAH BARULAH KELAM KABUT UMNO.
MAAFLAH, SEDARI KECIL AKU MEMBAWA BENDERA KATI MENJERIT HIDUP MELAYU SAMBIL PEGANG DAN JULANG BENDERA UMNO. KINI AKU SEDAR KALAU AKU MAHU JADI MELAYU SEJATI DAN TERUS MELAUNGKAN HIDUP MELAYU, KITA KENA TINGGALKAN UMNO SEBAB UMNO BOLEH MEMBUNUH BANGSANYA DALAM JANGKA MASA PANJANG TANPA DISEDARI. APAKAH LOJIK MENJULANG BENDARA UMNO JADI AHLI PARTI UMNO JERIT HIDUP MELAYU TETAPI HAKIKATNYA PEMIMPIN UMNO PERINGKAT ATASAN BUNUH BANGSA DAN BAHASANYA SENDIRI? OH KALAU HILANG KUASA SANGAT BEREMOSI DAN SENTIMENTAL. KALAU BAB BAHASA TIDAK MAHU PULA HENDAK BEREMOSI DAN SENTIMENTAL. HIDUP MELAYU MATILAH UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan