28 Mei 2009

Nama Besar Sastera Tanah Air?

Dunia sastera kita sama juga dengan dunia sebenar yang mana godaan dan tipudayanya amat besar. Sebagaimana muslim dididik supaya tidak senang dengan pujian kerana boleh membawa kepada sombong, takabbur, ujub dan riak sama juga insan penulis/pengarang. Mereka juga mempunyai godaan dan tipudaya yang amat besar yang menyebabkan penulis/pengarang terjerumus ke kancah takabbur, ujub, riak dan lain-lain sifat keji. Saya sudah menekankan dan menyatakan dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 bahawa penulis WAJIB IKHLAS. Walaupun Muhammad Lutfi Ishak memberikan alasan ikhlas adalah suatu perkara yang metafizikal namun ia tidak menolak kenyataan saya bahawa penulis perlu IKHLAS. IKHLAS amat diperlukan oleh insan penulis dalam berkarya jika mahukan segala hasil kerja susasteranya diterima Allah sebagai amal ibadah. Menulis sebagai ibadah dan ibadah itu tidak diterima jika terdapat secuit pun riak, ujub, takbbur dan munafikun. Dalam hal ini wartawan juga mesti faham bahawa kerja susastera bukannya sepopular dunia artis tetapi ia kerja yang mulia dan kerja manusia yang beradap beragama dan berhati nurani yang suci lagi murni.
Entri ini tidaklah terlalu berdegar mengutarakan konsep sastera Islam. Namun saya pasti sesiapa yang berhati nurani dan terbuka akan dapat meresapi makna dan hakikat di sebalik entri ini.

3 ulasan:

  1. Bukan mudah untuk mencari keikhlasan hati dalam setiap amalan.

    BalasPadam
  2. salam.
    ikhlas amat relatif, sdr. mungkin ada yang ikhlas, tapi sdr kata dia riak, ujub, takbur, munafiqun. dengan parameter apa sdr mengukurnya? tapi ada juga yang tidak ikhlas, tapi sdr anggap dia benar-benar ikhlas. sdr boleh baca hati dan fikir orang lain?

    begini, pada saya, ikhlas perlu seiring dengan istiqamah. jikapun seluruh dunia ini menolaknya kerana dia dianggap tidak ikhlas, istiqamahnya dalam pekerjaannya itulah yang akan menentukan dia ikhlas atau tidak (dalam erti kebenaran yang dipegangnya). terpulang kepada khalayak, mahu menerimanya atau tidak.

    dan nasihat saya sebagai seorang tua kepada sdr, rujuk diri sendiri - apakah sdr benar-benar ikhlas dalam melaungkan nilai 'ikhlas' di sini. atau sdr sendiri sebenarnya ragu-ragu (akan keikhlasan diri sendiri)?

    wassalam.

    BalasPadam
  3. Saya tidak merujuk sesiapa pun sebagai riak, ujub dan takabbur. Apakah kalau kita menghadiri majlis ilmu walau apapun namanya sama ada taklim, usrah, halaqah, ceramah agama atau apa sahaja-apabila tuan guru, ustaz atau mursyid berkata tentang persoalan ini apakah kita hendak menyatakan "Hei tuan guru, engkau....seperti mana ummu firdaus komentarkan itu dari mula hingga habis. Mengapa terasa?Saya juga tidak menyatakan saya menentukan keikhlasan hambaNya tetapi saya bertanggungjawab menyatakan dan mengingatkan kepada penulis muda termasuk diri saya agar ikhlas dalam berjuang dalam bidang penulisan. Itu sahaja mesej saya. Dan saya fikir jika inilah diterapkan di hati para pengkaji dalam apa jua teori berlabel islamik itu nescaya selesai sudah takrif dan pembahagian polemik sastera Islam. Mesej saya mudah dan ringkas. Seperti Allah mengajar Musa as doa untuk berdepan dengan Firaun.

    BalasPadam