Cerpen, dan novel merupakan suatu prosa yang terbina daripada tema, plot. teknik pemceritaan dan matlamat tertentu. Ini sama juga dengan cerpen atau novel sejarah yang boleh ditakrifkan cerpen atau novel yang mempunyai peristiwa bersejarah, fakta bersejarah atau tokoh bersejarah.
Namun demikian sebagai sebuah karya kreatif cerpen atau novel sejarah tidak terlalu terikat terutama dari segi gaya bahasa penulisan buku-buku sejarah. Misalnya, dalam buku sejarah sekadar dinyatakan peristiwa sejarah tertentu.
Apabila kita hendak menulis kembali peristiwa bersejarah tersebut sebagai sebuah cerpen atau novel maka kita mengisikannya dengan dialog, aksi watak dan pemerian. Kalau penulisan sejarah, ia sekadar pemerian peristiwa sejarah tersebut semata-mata. Namun apabila difiksyenkan maka, dialog dan aksi watak mesti WUJUD bersama pemerian sekaligus.
Kita boleh sahaja mewujudkan watak sampingan tetapi watak tersebut mestilah tidak melebihi watak utama ataupun watak sampingan itu menjadi watak utama tetapi tetap berada dalam lingkungan peristiwa bersejarah. Contoh termudah ialah drama-drama tv sempena kemerdekaan dimana ada drama tersebut berlatarkan peristiwa bersejarah dalam period tertentu tetapi wataknya adalah watak rekaan.
Dalam satu sisi yang lain, ada yang lebih rigid, misalnya untuk Sayembara Menulis Novel Sejarah Yayasan Warisna Johor, novel sejarah tersebut mestilah berdasarkan peristiwa sejarah yang dapat DIKESAN sumbernya.
Dan watak UTAMA tersebut MESTILAH watak sejarah. Watak sampingan tidak boleh mengambil alih watak utama.
Namun kalau sekadar karya hendak hantar ke akhbar atau majalah sebagai sebuah cerpen boleh sahaja peristiwa dan latar sejarah tetapi watak rekaan namun penceritaaan mestilah dalam iklim sejarah. Tidaklah menjadi suatu masalah.
Yang lain-lain sama sahaja. Sebagai sebuah cerpen diperlukan pembatasan cerita atau zaman ataupun PEMUSATAN cerita. Novel pula ada plot utama dan beranting dengan plot sampingan yang menunjangi plot utama.
Bagaimanakah kalau sudah ada fakta,peristiwa sejarah dimanakah hendak bermula?
Soalan ini sama sahaja dengan bagaimana hendak menulis karya kreatif yang bukan bernuansa sejarah pun. Ia bersifat umum. Sesungguhnya dalam hal hendak memulakan ini masing-masing penulis ada caranya tersendiri.
Ada yang mula terus. Ada yang terlalu rigid. Ada yang tidak ambil kisah,apa yang penting tulis dulu apabila sudah ada peristiwa dan fakta yang mencukupi (jangan risau kalau tidak cukup kerana nanti anda boleh segera mencarinya, sekarang mudah dengan zaman internet ini...).
Yang penting fakta dan peristiwa sejarah itu dibongkarkan dan dibinakan penceritaannya sebagai kerangka asas.
Kemudian, masukkan dialog dan aksi. Apa yang penting ialah penghayatan. Berinteraksilah dengan watak anda sebaik-baik mungkin kerana ia berbaloi untuk membuahkan sebuah novel atau cerpen sejarah yang kuat!
*Aku pun masih belajar.Sama-samalah kita!
susah tulis sejarah. Hmm saya amsih ingin belajar menulis cerita sejarah-M.F KENCANA (www.jangantegur.com)
BalasPadamKadangkala minda saha kata susah. Contoh termudah dan paling praktikal baca novel sejarah seperti Panglima Awang Selempang Merah, Anugerah, novel-novel sejarah A. Talib dan lain-lain. Susahnya menulis karya sejarah sebab berhajatkan penyelidikan sama juga dengan menulis fiksyen sains atau cepen berilmu bantu lainnya. Utk melihat kajian sekaligus belajar sevara lebih ILMIAH, boleh rujuk buku ini, Pencerekaaan dalam Novel Sejarah oleh Saleh Rahamad terbitan Universiti Malaya yang menghuraikan CIRI-CIRI novel sejarah berdasarkan empat buah novel sejarah yang dikajinya.
BalasPadam