Selsema Babi - Wabak pemusnah umat manusia?
Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya."Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota."Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

********
Ulasan Aku
Inilah bala daripada Allah. Kalau sudah berada di tahap 5-6 makanya, memanglah suatu bencana kemanusiaan yang amat besar ketika vaksinya masih belum ditemui. Apa yang kita fahami apabila WHO meletakkan tahap 5?selain daripada penerangan umum tentangnya, ia juga bermaksud, selsema babi boleh menjangkiti kepada manusia semudah selsema menjangkiti manusia yang lain. Kalau dahulu, kita lihat kawan kita selesema kita hanya sedikit bimbang dijangkiti kalau kita duduk dekat dengannya apatah lagi bersalam dengannya. Sedikit bimbang itu kerana jangkitan selesema itu dapat di atasi dengan sisitem imun kita. Tetapi selesemam babi adalah gabungan gen virus selesema babi dan virus selsema burung. Sebenarnya telahan saintis diwaktu virus selesema burung merebak ke seluruh dunia sewaktu ketika dahulu bahawa virus selsema ini boleh bermutasi dan menjadi bentuk virus yang lain adalah TEPAT.
Jadi apa tindakan kita?
Elak drp dijangkiti selesema daripada sesiapa pun. Namun apakah kita tahu kawan kita selesema babi atau selesema biasa sahaja?
Elak daripada berada di tempat ramai. Adakah ia praktikal kerana kita masyarakat di bandar termasuk masyarakat luar bandar pun mesti ketempat ramai orang seperti pasaraya, stesen bas, kereta api, malahan di hospital sekalipun.
Kalau sudah sampai ke negara kita inilah cadangan aku!
Pulang ke kampung sahaja. Kampung anda itu lagi hulu lagi bagus sebab kita sudah membataskan kemungkinan dijangkiti oleh virus selsema babi ini daripada pesakit lain. Walaupun ia bukanlah jaminan jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya buat masa terawal ini. Praktikal bukan?Walaupun kita diserbu dengan bagaimana aku hendak kerja dan sebagainya...nyawa..harga nyawa tidaklah semurah duit gaji sebulan!
Tubuh kita memerlukan 'pengenalan' terhadap virus selsema babi ini. Jika kali pertama dijangkiti kemudian sembuh maka tubuh dah ada sistem imun untuk virus tersebut jika dijangkiti sekali lagi. Namun berapa ramai yang dapat melepasi tahap jangkitan dengan selamat dan terus hidup serta sembuh seperti sediakala?
Di sinilah ujian makmal terhadap haiwan amat penting. Ataupun meneliti imun badan pesakit yang 'sembuh'. Bukan semua yang dijangkiti itu mati. Sebab sistem imun mereka mungkin lebih kuat daripada yang mati. Maka inilah suatu medan ujian yang amat besar nilai tukarannya setidak-tidaknya daripada segi kemanusiaan.
Selain daripada langkah yang telah disyor umumkan dan juga langkah yang aku syorkan datas, maka banyak-banyak membaca AQ dan zikir. Ini adalah benteng ghaib dan ruhaniah yang kita tidak nampak tetapi Insya Allah berkesan jika digabungkan dengan doa. Bacalah doa sama ada doa difahami dalam bahasa Arab atau Melayu untuk menghindari wabak menular.
Nampaknya, Allah menyeru manusia kembali ke desa, kembali kepada agama dan muhasabah diri. Kita wajiblah menilik-nilik diri kita masing-masing apa kesalahan kita ini sehingga bala ini diturunkan oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan