25 Mei 2009

Puisi Srikandi

isteri
jangan kau sangka kau srikandi
sehinggalah musuh suamimu
dan petualang bangsa
mencemar kasih menceroboh
istana pulau Penyengat Indera Sakti
yang dijadikan maskahwin baginda Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
kepada Engku Puteri Raja Hamidah
engkau tidak betindak gila kecamuk emosi
melainkan engkau akan berkata
seperti katanya Engku Puteri
"Ambillah selonggok logam yang tiada bermakna!"
"Ambillah, ambillah, ambillah. Pupuslah daulat, tuah dan sempena!"

24 Mei 2009
Puteri Resort Ayer Keroh Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan