Kepintaran buatan (AI) melibatkan sains dan kejuruteraan dalam membina mesin/peralatan yang lebih pintar � umpamanya robotik, automasi dan ICT. Dalam konteks ICT, contohnya penggunaan komputer (terutamanya pengaturcara), apabila kita memasukkan sesuatu kombinasi nombor sambil menekan kekunci �ALT�, kita akan dapati ianya akan menghasilkan sesuatu symbol ASCII.
Ini adalah kefahaman yang paling asas dalam kepintaran buatan dalam konteks komputer � dengan kata lain kita telah �mengarahkan� komputer menggunakan �bahasanya� (gabungan kekunci) untuk memperbuat sesuatu bagi menghasilkan keputusan yang dapat kita lihat. (command-based) Ini juga berlaku dalam suasana yang berdasarkan �menu-based�.
Hari ini, kita dapati komputer dapat �dilatih� untuk mengecam suara dan dapat menaipkan apa yang kita baca. Sebenarnya komputer telah mendapat �input� daripada manusia dengan �melatihnya� menyimpan data yang kita bacakan untuknya.

Ibarat kita menggunakan mesin kira, apabila kita menekan sesuatu angka menerusi operasi tolak, bahagi, campur atau kali, kita dapati mesin kira akan memberikan kita satu angka yang tepat. Begitu juga halnya dengan penggunaan mesin basuh yang menggunakan konsep fuzzy logic.� Inilah antara penerangan asas untuk memahami takrif �Kepintaran Buatan� atau �Artificial Intelligence� di mana sebilangan besar dari kita telah menggunakannya setiap hari samada disedari atau pun tidak.
Dari sinilah, manusia yang bergelar saintis mendapat ilham untuk mengaplikasikan kepintaran buatan ke atas automasi untuk industri (tangan robotik) dan sebagainya. Ianya merupakan satu simulasi kepada situasi sebenar tetapi memerlukan input daripada manusia sendiri untuk mengaturkan simulasi berkenaan.�

Dalam cereka sains, kita dapati banyak unsur evolusi kepintaran buatan digunakan � contohnya terdapat robot atau android atau teknologi holograf (melibatkan medan kuasa, photon dll) yang interaktif, sebenarnya kesemuanya ini adalah teori evolusi kepada teknologi kepintaran buatan yang kita lihat hari ini.
Walaupun mungkin, kita masih belum mampu untuk menghasilkan teknologi yang tinggi sebagaimana dipaparkan dalam siri-siri cereka sains, namun usaha ke arah penghasilan asas telah pun dilakukan di serata dunia termasuk Malaysia (pameran atau pertunjukan atau pertandingan bersabit dengan robotik)
Teknologi kepintaran buatan dalam konteks robotik atau bionik atau automasi juga dikaitkan dengan teori heuristik, evolusi neural network',fuzzy logic dan kebangkitan zaman teknologi tanpa wayar yang sedang 'menyerang' rumah-rumah pintar (wireless router, muzik digital, radio internet, VOIP dan Voice Phone dll)
Secara keseluruhannya teknologi kepintaran buatan adalah bertujuan untuk membantu manusia melakukan kerja-kerja yang sukar dilakukan.
Secara keseluruhannya teknologi kepintaran buatan adalah bertujuan untuk membantu manusia melakukan kerja-kerja yang sukar dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan