26 Mei 2009

Buku bertimbun dan Novel Sejarah

11 bahagian dalam sebuah almari rak bukuku sudah penuh. Rata-rata buku yang pelbagai bidang daripada pengajian Melayu, falsafah, sejarah pemikiran, tasawuf, karya kreatif, kamus-kamus, sehinggalah buku rujukan Bahasa Melayu STPM. Sebuah meja khas di sisi meja komputer juga ditimbuni buku-buku. 80% ialah buku dan bahan fotostat untuk novel sejarah EPRH yang sedang aku tangani. Masih lagi diperingkat mengumpul dan mencerakinkan bahan-bahan. Walaupun sudah mencukupi sejarah mesti diperhalusi, kemudian dapatkan rohnya. Untuk itu aku perlu ke tempat bersejarah yang disebut dalam bahan rujukan untuk mengalami sendiri suasana dan tempat tersebut. Sungguh menulis novel sejarah sangat mencabar!

3 ulasan:

  1. semoga sejarah itu mengulit sepanjang kehidupan dan membawa hikmah kepada kehidupan ...

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Pengarang bukan boneka sesiapapun melainkan hamba Allah Yang Maha Esa.

    BalasPadam
  3. Ya, bukan boneka. Jadinya, perlu memanusiakan diri untuk memanusiakan masyarakat.

    Semoga berjaya dengan hal yang dirancangkan itu.

    BalasPadam