Dahulu, di kampung, selalu sahaja aku jumpa Pak Yit seorang penyadap nira nipah yang gigih di tengah perubahan zaman Pekan Yan. Dengan basikal mininya, raga di sit belakang yang berisi tukey-tukey pak yit ke sebatang pokok nipah ke sebatang pokok nipah yang lain menyadap nira. Memanglah Pak Yit orang lama Pantai Murni dan saudara maranya seperti Tok Jit merupakan guru Al Quran aku yang terawal. Selain Pak Tat yang muda sedikit. Kedua-dua saudaranya sudah meninggal dunia.
Nira sedap dimakan, manis dan membangkitkan nostalgia. Dengan lumpurnya, ikan karen, sarang tebun tanah dan cari ketam nipah. Semuanya bergulat dalam kenangan. Dengan itu aku telah mendedikasikan sebuah cerpen khusus untuk bertemakan nira nipah ini, minuman pemanis tradisonal Melayu yang berkhasiat untuk mencucui pinggang, mengatasi gastrik dan menurunkan suhu badan akibat demam panas.
Cerpen itu bagaikan sebuah lukisan, lukisan krayon dan lukisan jiwa/hati seorang kanak-kanak yang sukakan nira tanpa mempedulikan anjakan zaman yang mengancam memusnahkan hutan nipah oleh sang penguasa. nantikan di akhbar Utusan insya Allah.
*Aku mengkaji mengapa cerpen Baju Lama baju Baharu tidak disiarkan Utusan. Kesalahan yang NYATA ialah MUKA SURAT yang melebihi 8-9 mukasurat yang merupakan mukasurat maksimum. Cerpen BLBH adalah 11 mukasurat penuh! Saya terlupa ajaran guru. Cerpen walau sebaik manapun jika terlebih mukasurat yang diperuntukkan di akhbar maka ia tertolak. Aku putarkan cerpen BLBB itu ke Dewan Sastera kerana aku tidak mahu memendekkan cerpenku itu lantaran sayangkan semangat dan perjuangannya. Akan dimaklumkan apabila tersiar. Insya Allah.
*Cerpen ke akhbar 8-9-10. Jangan lebih daripada ini.
*Cerpen ke majalah khususnya Dewan Sastera 10-15 muka surat maksimum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan