20 Mei 2009

Syiah Melayu dan Ahlul Bait

Syaikh Saduq menyebutkan di dalam kitabnya `Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf:

عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب – أي السني- ؟ قال: "حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟ قال: توه ما قدرت عليه"

"Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya? Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan."

Sementara Syeikh Husin bin Muhammad Aali al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani menegaskan : "Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah" Lihat Al-Mahasin al-Nafsaniyyah fi Ajwibah Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147, Cetakan Beirut.

Dalam Usul al-Kafi, kitab paling sahih di sisi Syiah yang mereka dakwa mengatasi Sahih al-Bukhari menyebut menyebut satu riwayat yang menggunakan lafaz 'al-nasib' kepada Imam Abu Hanifah. (Adakah Imam Abu Hanifah juga 'wahabiy'?) Lihat al-Kafi jil 8, m.s : 292, Cetakan Dar al-Kutub al-Islamiyyah, Teheran. . Begitu juga kitab Iddah al-Masai'l, cetakan Qom - pada muka surat 253,263, 265, 268 dan 270. Dan kitab Anwar al-Nu’maniyyah pada jil.2, m.s : 207 cetakan : Tabriz.

Muhsin al-Amin dalam karyanya A’yan al-Shiah jil.1, m.s : 21, cetakan Dar al-Ta’aruf : Beirut berkata :

الخاصة وهذا يطلقه أصحابنا على أنفسهم مقابل العامة
الذين يُسمّون أنفسهم بأهل السُّنّة والجماعة
Eloklah kita renungi nas berkenaan dengan rumusan yang dibuat oleh seorang lagi ulama' Syiah bagi memahami maksud Nasibi ini :

"Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami." Lihat Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar

Justeru, janganlah anda mudah terpedaya dengan Syiah menyatakan Nasibi itu bukan Ahli Sunnah kerana taktik syiah meracuni pemikiran Sunni supaya bersatu dengan agama KAVADI Syiah. Hakikatnya istilah itu sudah lama diketahui dikhususkan kepada semua sunnah bukan sahaja Muhammad bin Abd Wahhab dan Ibn Taymiyyah, bahkan yang menjadi sasaran mereka ulama Sunnah iaitu Imam Abu Hanifah, ulama'-ulama hadis Sunnah seperti bn al-Jawzi, IbnKathir, al-Dhahabi, sahabat nabi Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a, al-Mughirah bin Syu'bah r.a, Tabi'in Marwan bin al-Hakam, Ziyad bin Abihi, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, khalifah al-Mutawakkil dan pejuang masyhur menentang Salibiyyun - SALAHUDDIN AL-AYYUBI dan musuh utama Amerika dan Iran - Saddam Husein. ulama'-ulama hadis sunnah paling dibenci kerana disiplin hadis sunnah akan membongkar kejahatan hadis-hadis syiah yang dimanipulasi oleh perawai-perawi Yahudi yang berlindung disebalik kata-kata para Imam Ahli Bayt.
Kemenangan Syiah ke atas Saddam hari ini kerana bantuan dan pertolongan Allah sebagai dalil kebenaran agama Syiah. Kita semua tahu Syiah naik di Iraq hari ini hasil percaturan Amerika dan Iran menaja pembangkang-pembangkang Syiah, Sekularist dan Kurdis Sosialist di perjanjian London 17 Disember 2002. Kemenangan mereka itu dipandu oleh syaitan yang mengarahkan Bush menyerang Iraq sebagaimana kata Bush :

"I'm driven with a mission from GOD. GOD would tell me, 'George, go and fight those terrorists in AFGHANISTAN.' And I did, and then GOD would tell me, 'George go and end the tyranny in IRAQ,' and I did." Lihat Akhbar - The Independent, 7 October 2005 Para pengkagum ahmadinejad seharusnya tidak melupakan apa tafsiran Ahmadinejad pada Bush serta tindakannya kata Ahmadinejad : Bush menerima wahyu daripada Syaitan, sementara aku pula daripada Allah. Lihat tafsirannya:

Adalah satu kebodohan dan kejelekan yang amat melampau tahapnya untuk mengatakan kemenangan Amerika dan Syiah yang membunuh lebih juta rakyat yang tidak berdosa di atas keredhaan Allah. Namun itulah yang dilaungkan-laungkan oleh syiah melayu dan sikap mereka yang nyata berpihak kepada Amerika dalam memerangi Afghanistan dan Iraq kerana semangat permusuhan dan kebencian mereka terhadap "Nasibi" iaitu Ahli Sunnah. Taleban di Afghanistan dan Saddam adalah berfahaman Sunnah. Secara strategiknya, Syiah mendapat keuntungan besar disebalik sikap berpura-pura mereka dalam membezakan perkataan Nasibi kepada kelompok wahhabiyyun secara khusus padahal tujuan asal mereka ialah ditujukan kepada Ahli Sunnah secara umumnya. Keuntungan tersebut ialah kesempatan untuk mereka mencaci para sahabat nabi secara terbuka terutamanya Abu Bakr al-Siddiq r.a, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan serta anak isteri mereka. Cukuplah kebencian mereka terhadap Salahuddin al-Ayyubi sebagai dalil betapa mereka membenci Ahli Sunnah kerana Salhuddin menghapuskan Syiah Fatimiah. Salahuddin terlebih dahulu hidup berbanding Muhammad bin Abd Wahhab yang sangat dimusuhi oleh kaum Syiah. USAH TERTIPU DENGAN DAKYAH JAHAT SYIAH.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya terkejut dengan perkataan Nashibi itu ditakrifkan Ahlusunnah, terus saya meneliti kitab Syaikh Saduq `Ilal al-Syara’i, rupa-rupanya tidak ada perkataan Ahlusunnah dalam hadis tersebut dalam menerangkan erti Nashibi. Mengapa? Berhati-hatilah saudara, golongan Wahabi memang pembohong besar...

    Riyahin

    BalasPadam