20 Mei 2009

Jawapan Kepada Faisal Tehrani 2

Faisal menulis:
1. Mereka yang mengekori tulisan saya sejak saya mulai menulis pada tahun 1990 akan dapat mengesani yang saya berminat dengan subjek sejarah.
2. Sejarah ada pelbagai sisi. Tetapi kebenaran hanya ada satu. Real politik di Perak misalnya hari ini akan menjadi satu sejarah. Dua sisi (atau lebih) sejarah ini wajar dikaji. Kemudian kita akan bertanyakan satu soalan penting: Siapakah yang benar?
Saya-HURUF MERAH=Soal politik Perak hendak dihubungkan dengan politik syiah?Kemudian mahu mencari jawapan siapakah yang benar?Satu-satulah dalam berhujah. Jika dikira dalam BIDANG logik hujah ini sudah dianggap FALASI.
3. Sebagai pengkaji, apabila saya memutuskan satu-satu pihak ini atau itu 'lebih benar'; tidak bermakna saya menolak, menghina atau mencela pihak yang satu lagi, iaitu yang 'kurang benar'.
Benar jika kita melihat sejarah itu pada UMUMnya. Apa maksud satu-satu pihak?Apa maksud mencela atau menghina?Apa yang maksud kurang benar?Sebab itulah bila berhujah perlukan skopnya. Jika kita bermain dengan permukaan sejarah dan bermain-main dengan sentimen yang 'telah sedia' ada dalam diri maka ia bukanlah hujah yang tepat dan sahih.
3. Untuk itu saya kerap menerokai subjek sejarah dalam novel-novel saya. Jarang sejarah itu saya tampilkan terburu-buru menurut jalur mainstream. Saya akan turut menilai sisi alternatifnya.
Tidak menjadi satu kesalahan kalau tidak mahu menurut mainstream. Sejarah terbuka untuk ditafsirkan, namun ia tetap ada tempat dan keadaannya. Sebab itulah jangan berhujah secara umum menunjukkan diri menerima alternatif sebab ia memang biasa sejarah ditafsirkan dengan pelbagai sudut. Namun..namun itulah kita kena lihat sejarah apa yang kita hendak skop dan bincangkan...
4. Maka pembaca saya dapat menikmati sejarah perjuangan mahasiswa dalam Cinta Hari-hari Rusuhan, sejarah kejatuhan Melaka dalam 1515, sejarah perkembangan futuwwah dalam 1511H Kombat, sejarah muzik dalam Islam melalui Advencer Si Peniup Ney, sejarah maritim moden tanahair dalam Bedar Sukma Bisu, sejarah majalah Ahkam Johor dalam Surat-surat Perempuan Johor, sejarah kehebatan baginda Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Nama Beta Sultan Alauddin, dan sejarah kebusukan Sultan Mahmud Syah dalam Saasatul Ibaad.
Karya menggambarkan pegangan pengarang walau karya adalah fiksyen. Namun sifat fiksyen karya tidaklah sampai membenarkan yang batil seperti membenarkan perlakukan jahiliyyah yang dianuti puak syiah dengan memukul-mukul dada menangis dan sebagainya lagi. Kita menerima sastera dan kesusateraan dari belahan manapun. Namun kita menolak pembohongan, penyalahtafsiran dengan memburukkan sahabat nabi yang dijamin syurga, masuk campur dalam urusan pengadilan Allah...dan lain-lain lagi. Ini akan dibahaskan berdasarkan tulisan ini kemudian.
5. Tentu, dalam hal begini metodologi penentuan kebenaran sisi sejarah tersebut amat penting. Saya ada kaedah sendiri dalam memutuskan 'kebenaran' tersebut. Sebagai pengkaji ia hanyalah satu pendapat intelektual. Ia tidak membuktikan saya jahat sebagai misalan kerana berbeza pendapat dengan sejarah yang ditawarkan mainstream.
Benar, Mohd Ali tidak akan dianggap jahat jika berbeza dengan mainstrem. Namun soal memutuskan kebenaran tersebut wajiblah diperhalusi sebab manusia mempunyai hadnya juga sebab manusia termasuklah FT bukanlah Allah yang maha adil. Pendapat intelektual?Ia mesti diperjelaskan. Adakah dengan menyuguhkan pentafsiran batil maka ia merupakan suatu pendapat intelektual?
Diulang, Kerajaan Melayu bukannya syiah malah Hamzah Fansuri seorang sufi. Sufi bukan syiah. Wahdatul wujud bukan pegangan syiah. Sebagaimana ahlul bait bukannya syiah. Hanya Syiah sahaja yang menempelkan diri untuk menumpang kebenaran yang ada pada Sufi dan Ahlul Bait.
Sebagai contoh Hamzah Fansuri dalam Syair Laut Perempuan menyatakan antara lain pada tahap makrifat Aisyah diawali ”ain” melambangkan mata air. Ia juga mempunyai arti ”hidup”. Adapun makrifat ialah pengenalan yang memberi kehidupan abadi kepada nafs al-mutmainah yang telah mencapai pengenalan dan kembali kepada Tuhan.
Aisyah RA sangat dibenci syiah kerana dianggap memberontak dalam Perang Jamal menentang Ali RA. Syiah menganggap Saidina Aisyah RA menentang Ali RA sedangkan zaman itu zaman fitnah. Puak-puak petualang itu adalah syaitan yang nyata yang menyebabkan pertelingkahan itu. Jadi takkanlah Hamzah Fansuri dianggap syiah oleh FT sedangkan Hamzah Fansuri menerima Aisyah RA malah disimbolkan lagi dengan simbolik sufi yang tinggi.
6. Dalam sejarah Islam, sebagai seorang graduan ijazah sarjana muda syariah Akademi Pengajian Islam UM (1998) saya juga mengkaji sisi-sisi sejarah yang ada. Saya membaca semuanya. Meskipun tidak meneruskan pengajian saya dalam bidang agama, saya masih meneruskan pengkajian saya secara tidak rasmi.
Sehingga setakat ini FT masih lagi tidak menyentuh secara per se apa benda yang terkandung dalam hati dan mindanya. FT cuba membius fikiran pembaca menyatakan dirinya seorang yang independen dan alternatif dalam membaca dan mentafsir sejarah-suatu yang AMAT BIASA sahaja dalam dunia akademik. Namun setiap sejarawan ada asas dalil yang kukuh dan diterima. FT bagaimana?Oh, FT masih lagi ditahap ini menunjukkan dirinya seorang manusia yang terbuka dengan sejarah. Walhal itu bukanlah perkara pokok dalam entrinya ini.
7. Setelah itu saya mempunyai kaedah tersendiri untuk memutuskan siapakah yang benar. Itu tidak bermakna saya menolak pihak yang 'tidak benar'. Saya hanya mahu menilai sisi yang ada. Metodologinya ialah merujuk silang dengan 1. al-Quran dan 2. hadis sahih.
Merujuk AQ dan Hadis Sahih merupakan suatu yang wajib dalam apa jua perkara bukan setakat mengkaji siapa yang benar atau salah dalam sejarah syiah dan sunni semata-mata. Malah Syiah yang mempunyai ayat-ayat AQ yang tidak ada dalam kitab AQ Ahlul Sunnah Wal Jamaah pun kita tidak tahu apakah ayat tersebut. Manalah adil sebab Syiah tahu isi kandung AQ sunni tetapi Syiah mengamalkan menyembunyikan AQ yg ada pada imam maksum dua belas mereka yang ke 12 bakal jadi imam mahdi kononnya. Sunni menerima hadis yang menyatakan turunnya imam mahdi tetapi bukannya dengan fahaman syiah bahawa imam mahdi itu dalah imam syiah yang akan membunuh orang sunni.
Silakan FT, asalkan AQ itu adalah AQ yang benar dan haq.
8. Dalam hal tanah Fadak, saya membaca sisi pertama. Saidina Abu Bakar telah menolak permintaan Saidatina Fatimah Zahra berdasarkan hadis: 'Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda: Peninggalanku tidak boleh diwarisi, peninggalanku adalah sedekah'.
9. Apakah pula alasan tuntutan Saidatina Fatimah Zahra? Baginda menuntut tanah Fadak dengan berhujah ayat suci al-Quran, Surah an-Naml, ayat 16:Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
Nyatakan sumber ambilan bila masa pula Saidina Fatimah menyatakan dalil AQ seperti di atas dalam menagih harta warisan?
10. Saya tidak merendahkan kedudukan Khalifah Abu Bakar sebagai bapa mertua Rasulullah saw tentunya.
Dalam entri Ibu Hebat 1 tulisan FT terang2 FT menyatakan pendiriannya tentang Abu Bakar As-Siddiq. Walau tiada patah perkataan secara terus tetapi kita dapat memahami maksud entri faisal tersebut. Pembaca boleh semak di bahagian LABEL Jawapan kepada Faisal Tehrani 1 sebelum ini dalam blog ini.
Tetapi kalau kita menilai duduk letak permintaan Fatimah az Zahra, ternyata ia lebih kuat berdasarkan sumber rujukan yang baginda gunakan iaitu sumber al-Quran. Di dalam Islam, al-Quran adalah sumber utama. Selepas al-Quran baharulah datang hadis Nabi Muhammad saw. Tidak dinafikan hadis mempunyai peranan menjelaskan kandungan ayat al-Quran. Menyudutkan hujah al-Quran Saidatina Fatimah Zahra dengan tanggapan baginda tidak memahami maksud dan kehendak ayat al-Quran di atas tentulah tidak adil. Baginda lahir dalam keluarga nubuwwah, rumahnya sejak kecil adalah tempat turun naik wahyu.Lagipun Rasulullah saw pernah bersabda: 'Akan sampai kepada kalian banyak hadis sesudahku. Apabila diriwayatkan kepada kamu hadis tentangku, hadapkanlah hadis itu kepada kitab Allah. Apa yang sesuai dengan kitab Allah, kalian terima. Apa yang bertentangan kalian tolak. (Dapat ditemukan dalam al Shashi, Usul al Hanafiah)Ini jugalah yang dinyatakan oleh Sheikh Muhammad Abduh dalam tafsir surah al-Fatihahnya, iaitu supaya al-Quran menjadi pokok penimbang untuk semua mazhab dalam semua hal agama.
Jikalau FT tidak menerangkan seperti di atas dengan panjang berjela-jela pun, tanpa rujukan Syeikh Muhammad Abduh atau Usul Hanafiah pun, orang kampung yang menadah kitab kuning pun faham kedudukan AQ dan Hadis sebagai rujukan dan pegangan. Cuma mengapa FT yang mencari kebenaran tidak menyentuh AQ syiah itu berbeza dengan AQ sunni kerana AQ syiah itu ada ayat-ayat yang ada pada imam mereka setelah sahabat khususnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Muawiyyah selaku jurutulis AQ dianggap membuang ayat-ayat AQ yang sebenar!
Mengapa FT tidak selesaikan soal kebenaran AQ ini dahulu?
11. Pun saya tidak mahu mempertikaikan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar dan Ummu Mukminin Aisyah. Ia dikutip dalam banyak kitab tradisional. Tetapi sebagai pengkaji yang tidak berpihak (dan tidak perlu berpihak) saya menemui kekuatan hujah Saidatina Fatimah Zahra.
12. Setelah merujuk silang sisi sejarah itu dengan al-Quran, saya merujuk silang pula dengan hadis sahih yang ada. Maka saya menemui hadis ini:‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Sampai setahap ini pun FT masih lagi hendak menyatakan keutamaan kalamullah yang kita sudah sedia maklum tentangnya. Kita tidak salahkan FT kerana agama itu nasihat menasihati namun FT haruslah ingat entri Ibu Hebat 2 ini apa tujuan sebenarnya?Itu sahaja. Jangan tergagap-gagap berterus terang lagi baik.
13. Ini bermakna kekuatan hujah Saidatina Fatimah Zahra berganda dua. Pertama, bonda suci kita ini merujuk ayat al-Quran dalam hal tuntutan Fadak. Kedua, Saidatina Fatimah Zahra sendiri adalah keluarga Nabi Muhammad saw. Kekuatan hujah Saidatina Fatimah ialah kitab Allah dan sosok tubuh baginda sendiri sebagai ahli keluarga Rasulullah saw (berdasarkan hadis di atas).
Lagi...
14. Dalam al Quran surah Al Ahzab, ayat 33 terdapat ayat tentang keutamaan ahlul bait ayat yang lebih dikenali dengan nama Ayat Tathir. Ayat tersebut berbunyi:Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahlul bait dan menyucikan kamu sesuci-sucinya.
Dan lagi...
15. Tirmidzi dalam Sunan Tirmidzi, Kitab Al Manaqib menyatakan hadis berikut sahih:Ummu Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menutupi Hasan, Husain, Ali dan Fatiimah dengan Kisa dan menyatakan, “Wahai Allah ,mereka adalah Ahlul BaitKu dan yang terpilih .Hilangkanlah dosa dari mereka dan sucikanlah mereka”. Ummu Salamah berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah saw,wahai Rasulullah saw, apakah aku termasuk di dalamnya? Beliau menjawab “Engkau berada dalam kebaikan (tetapi tidak termasuk golongan mereka)”.At Tirmidzi menulis di bawah hadis ini, pada nota kaki: ”Hadis ini sahih dan bersanad baik, serta hadis terbaik yang pernah dikutip mengenai hal ini”.Ekoran ayat tathir dan hadis mengenai ahlul bait di atas, kedudukan hujah Saidatina Fatimah (selaku ahlul bait yang disucikan Allah) menjadi lebih utuh dan sukar digugat.
Dan lagi-lagi
16. Oleh kerana inilah saya berpendapat secara intelektual, dalam hal tanah Fadak hujah dan rujukan Saidatina Fatimah Zahra amat kuat dan berwibawa. Baginda menggunakan ayat suci al-Quran sebagai sumber utama hukum Islam. Bahkan baginda sendiri adalah ahlul bait yang menurut Rasulullah saw, jika kita umat Islam berpegang kuat padanya kita tidak akan tersesat.
17. Terdapat banyak lagi hujah lain yang boleh didatangkan dari pelbagai kitab. Tetapi rujukan di atas memadai untuk penilaian saya tersebut. Saya juga mempunyai hujah-hujah logis, tetapi saya sering disalahertikan dan terlalu banyak pihak akan mengambil kesempatan menfitnah saya jika dikemukakan di sini.
FT mengatakan bahawa dia pengkaji yang mencari kebenaran tetapi akhirnya dia menganggap pandangan balas sebagai reaksi pandangannya dianggap disalagertikan dan pihak mengambil kesempatan membuat fitnah? Baiklah FT kemukakan apakah fitnah tersebut?Apakah menyatakan hadis-hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah yang ditolak Syiah itu suatu fitnah?Siapa fitnah siapa?Dan kalau cari kebenaran nyatakan kesemua kitab syiah tersebut di dalam blognya. Kita pun boleh merujuk sama. Cari kebenaran.
Maka saya hanya menampilkan metodologi al-Quran dan hadis seperti di atas. Kerana siapa dapat menolak al-Quran dan hadis? Insya-Allah jika ada usia, saya akan menulis secara lebih teratur tentang perkara ini dalam bentuk buku.Terdapat tuduhan murahan oleh kalangan yang ingin memburukkan nama saya. Bagaimana mereka boleh yakin 'begitu begini' tanpa menemui dan mengenali saya? Mereka kemudian menyebarkan tuduhan itu ke merata tempat tanpa rasa takut kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebagai ustaz ustazah inikah akhlak yang diperagakan oleh mereka?
Saya mempunyai ijazah dalam pengajian Melayu. Saya membantah cubaan cuba mensyiahkan sejarah-sejarah Melayu dan juga kaum sufi. Wahdatul wujud bukannya fahaman syiah tetapi berasal daripada metodologi sufiah Muhyiddin Ibnul Arabi. Sebab itulah apabila saya mengemukakan cadangan untuk FT mengulas lebih lanjut tentang Sastera Sufi pada Dialog Sastera Popular Islam dalam Pesta Buku bulan lepas, FT menutup perbincangan tersebut apabila menyatakan karya sufi untuk orang sufi walhal saya menyentuh sastera sufi. Bukannya karya sufi atau kerohanian yang khususiah.Ingat balik FT.
18. Justeru, saya berpendapat setelah menilai dua sisi yang ada ini, hujah Saidatina Fatimah lebih jelas dan mantap. Tanpa merendahkan kedudukan Saidina Abu Bakar saya memahami (sisi) hadis yang meriwayatkan kemarahan Saidatina Fatimah Zahra terhadap Abu Bakar sehingga baginda memilih untuk tidak berbicara dengannya sehingga akhir hayat. Hal ini terlihat menerusi riwayat Imam Bukhari:Bahawasanya Aisyah Ummul Mukminin, mengkhabarkan kepada Urwah bin az-Zubair, bahawasanya Fatimah, puteri Rasulullah saw meminta kepada Abu Bakar selepas wafatnya Rasulullah saw supaya dibahagikan juga kepadanya haknya terhadap harta yang ditinggalkan oleh Rasulullah daripada Fai’ (harta yang diperolehi oleh Nabi saw tanpa melalui peperangan). Lalu Abu Bakar berkata kepadanya, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Kami (Harta kami) tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah”. Fatimah marah lalu dia meninggalkan Abu Bakar. Dia meninggalkannya sehingga dia wafat. Dia hidup selepas wafatnya Rasulullah saw selama enam bulan…”
Jumhur ulamak ahlul sunnah wal ja maah menyimpulkan Fatimah AzZahra tidak marah kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diam. Diam itu bermaksud F tidak menyebutkan lagi soal harta tersebut malah sepakat pula menyetujui ijtihad Abu Bakar As-Siddiq.
3.APAKAH TUJUAN FAISAL TEHRANI MENYATAKAN SUNGGUH-SUNGGUH YAKIN DENGAN BETUL-BETUL FATIMAH MARAH ABU BAKAR WALAUPAUN FT TIDAK ADA DI ZAMAN ITU DAN HANYA MEMBACA TULISAN DAN PENERANGAN OLEH PENDOKONG SYIAH?
4.APAKAH JUSTIFIKASI PEGANGAN FT YANG DIKETAHUI SEBAGAI PEGANGAN SYIAH INI MENYATAKAN FATIMAH MARAH ABU BAKAR?
5.TANPA MENFITNAH FT, MELAINKAN KALAU FT MERASA TERPUKUL DGN TULISAN INI DAN MENGATAKAN BAHAWA DIA DI FITNAH, DALAM TULISAN IBU HEBAT 1 KITA SUDAH FAHAM FAISAL TEHRANI MENYATAKAN 'PERJUANGAN FATIMAH BERTERUSAN..ADAKAH KITA HENDAK DIPIHAK ORANG YANG MENZALIMI ATAU KELUARGA NABI..' UNGKAPAN INI SUDAH TERANG LAGI BERSULUH WAHAI FT BAHAWA ITULAH JUSTIFIKASI ANDA 'MENGANGGAP DAN MENYEBAR2KAN BERITA BERUNSUR SYAK WASANGKA BAHAWA FATIMAH ITU MARAH TERHADAP ABU BAKAR' WALHAL FT BUKANNYA ALLAH YANG MAHA TAHU HAL GHAIB DAN TERSEMBUNYI DI DALAM HATI! JADI KUNCI ENTRI FAISAL IALAH 'FATIMAH MARAH ABU BAKAR' TETAPI PADA AYAT LAIN FT MENYATAKAN 'TANPA NIAT MERENDAHKAN ABU BAKAR' TETAPI DALAM ENTRI IBU HEBAT 1 FT MENYATAKAN PERJUANGAN FATIMAH BERTERUSAN DAN MENYATAKAN SELAIN FATIMAH ADALAH PIHAK YANG ZALIM/ MENGNIAYAI ALHUL BAIT'.
Jadi bagaimana ini FT?Takkan hendak saya pecah-pecahkan hujah anda ini mengikut premis proposisi ilmu lojik?
19. Oleh kerana Saidatina Fatimah Zahra selaku ahlul bait telah dijamin oleh ayat tathir di atas, maka menanggapi kemarahan baginda sebagai 'emosi seorang wanita' tentulah tidak sesuai. Apatah lagi baginda diiktiraf sebagai penghulu wanita di syurga. Ini bermakna baginda bukanlah sebarang wanita.Tentu sahaja penilaian akademik saya ini tidak bertentangan dengan kehendak Islam baik dari mazhab mana pun.
Saya merujuk silang al-Quran dan hadis. Inilah juga bentuk penilaian yang digunakan oleh Abu al al Maududi ketika memutuskan Saidina Uthman bin Affan seorang nepotis di dalam Khilafah wal Mulk. Inilah juga metodologi Taha Hussein dalam Fitnatul Kubra saat menghujahkan perihal penyelewengan kuasa Muawiyah merebut hak kaum Muslimin menentukan pemimpin (meskipun telah berjanji untuk memulangkan hak itu kepada umat dengan Saidina Hasan). Memanglah saya tidak setanding dengan kedua-dua sejarawan di atas tetapi metodologi penilaian saya adalah penilaian akademik yang standard.
20. Pandangan di atas hanyalah satu pandangan akademik saya. Kebenaran ada satu, dan kebenaran sebenar akan dapat dicungkil jika kita berani. Seperti real politik hari ini, kebenaran juga selalunya amat pahit. Sebagai manusia biasa tatkala kita membaca sisi-sisi sejarah yang ada kita pasti terbawa-bawa. Dan saya percaya, inilah pokok duduk kekuatan dan kehebatan Saidatina Fatimah Zahra sebagai ibu kita sehingga dinobatkan setaraf dengan Saidatina Khadijah, Asiah isteri Firaun, Maryam ibu Nabi Isa a.s untuk menjadi pemimpin wanita di syurga.
Demi Allah, inilah motif saya ketika menampilkan entri 'Ibu Hebat' yang lalu, iaitu untuk menonjolkan kehebatan Saidatina Fatimah Zahra
WAHAI FT. JANGALAH BERLIDAH CABANG BANYAK SANGAT.
1.IBU HEBAT 1 FT MENGGAMBARKAN ABU BAKAR ZALIM KEPADA FATIMAH.
2.TIDAKKAH ITU KEBATILAN YANG TERANG-TERANG?
3.WALHAL SIFAT FATIMAH YANG LAIN SELAIN PERISTIWA TUNTUTAN HARTA ITU TIDAK PULA DINYATAKAN. HANYA HAL INI SAHAJALAH. KITA DAPAT FAHAM DARIPADA TULISAN FT BAHAWA KEHEBATAN FATIMAH ITU ADALAH KERANA FATIMAH MARAH ABU BAKAR.
yang selalu terbenam dalam lipatan sisi mainstream sejarah.Allah berfirman: Maka ambillah pelajaran (dari peristiwa itu ) wahai orang-orang yang berakal fikiran”. (Al-Hasyr : 2)
SEBAB ITU KITA WAJIB MENOLAK SYIAH YANG MENYATAKAN SAHABAT ZALIM. ABU BAKAR DAN UMAR JAHAT. INI FT TAKKLAH KATA TERANG-TERANG. TETAPI INI FAHAMAN SYIAH YANG SATU DUNIA SUDAH TAHU. ALLAH LAGILAH TAHU. HUBUNGAN ANTARA FAHAMAN SYIAH DENGAN FAHAMAN FT BERDASARKAN IBU HEBAT 1 SANGAT JELAS SEKALI. SEBAGAI ORANG ISLAM SAYA MENOLAK PENGHINAAN TERHADAP SAHABAT NABI DAN PERBUATAN SYIAH UNTUK MENSYIAHKAN ORANG MELAYU AGAR BERBUDAYA ALA KAVADI BATU CAVES. SEPERTI SUASANA POLITIK DENDERAM BEGITU JUGALAH POLITIK SYIAH WAJIBLAH DITOLAK SEBAB BUDAYA SYIAH DAN DENDERAM LEBIH KURANG SAMA SAHAJA BILA TIBA HARI UPARARA KEPERCAYAAN MEREKA. FT TAK KATA TETAPI MENGGUNAKAN DALIL PENDOKONG SYIAH ADALAH MENYETUJUI PERBUATAN SYIAH ALA KAVADI BATU CAVES.
FIRMAN ALLAH ITU SUPAYA BERFIKIR. JANGAN KAMU CAMPAK DIRI KAMU KE LEMBAH KEBINASAAN. CONTOHNYA, ANGGAP DIRI KAMU TAHU HAL GHAIB DAN MENGHUKUM SAHABAT NABI DAN MENGHALALKAN BUDAYA KAVADI SYIAH DAN SEBAGAINYA. NIAT NAK BERSATU BETUL. TETAPI AIR TIDAK BERCAMPUR DENGAN MINYAK. BATIL DAN HAQ TIDAK BERADA DI TAKHTA SINGGAHSANA YANG SAMA.
Ayat ini menyarankan supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah, dan tidak mengulangi kesalahan umat yang terdahulu. Kerana itulah kebenaran sejarah mesti kita kaji dan kita analisis.Sekian terima kasih.
SEJARAH BUKAN SEGALA-GALANYA KALAU ANGGAP SEJARAHLAH HAKIM MUKTAMAD MAKA JADILAH TUHAN. ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG BERLAKU DALAM PERANG JAMAL, PERANG SIFFIN DAN PEMBERONTAK YANG MENGHASUT DAN MEMBUAT FITNAH ITU. KITA MENGAMBIL JALAN TENGAH IAITU ISU ITU SUDAH TAMAT DAN ALLAH SAHAJALAH MENJADI HAKIM PEMBALASAN.
PERISTIWA ITU TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH MENEGAKKAN FAHAMAN SYIAH YANG BATIL BERBUDAYA KAVADI ITU. NABI TAK SURUH. ALLAH LARANG ANIYA DIRI SENDIRI.
JADI SAYA TELAH MENJAWAB. SY AKAN JAWAB PADA ENTRI SETERUSNYA YANG LEBIH KHUSUS HADIS FATIMAH MEMINTA HARTA WARISAN ITU bersambung...

2 ulasan:

  1. salam sdr..

    youtube mengganggu pembacaanku

    terima kasih.

    salam hormat.

    BalasPadam
  2. Salam saudara..

    minta izin nk siarkan artikel ini d blog dan link blog saudara
    terima kasih .. :-)

    BalasPadam