Hendak dibanding dengan siapakah keperibadian Engku Puteri Raja Hamidah binti Raja Haji Fisabilillah bin Daeng Celak?Dengan Ratu Victoria?Ratu Manchu?Atau Mumtaz Mahal?
Bayangkan seorang wanita kematian suami menemani dan tanpa anak-anak kandung yang sejati berempati lagi menyokongi digelut dengan kehendak mahu berkuasa oleh dua anak tiri yang mengatur langkah kepetualangan hingga mengundang Inggeris dan Belanda memasang janji memecahkan Kerajaan Johor!
Tanah yang digadai, wang yang ditabur dan kuasa yang dibeli begitu untuk dan tidak malu pula Melayu Petualang ini mahukan keabsahan penobatan daulat raja di mata rakyat dan juga tanah airnya serta leluhurnya!
Sungguh dahsyat bahana mabuk kuasa itu. Ia melayap, menghiris, memukul, mengentam, meracun, membakar dan menyusup tajam lagi aneh sehingga memusnahkan tanda ketamadunan sebuah bangsa apabila simbol-simbol ini dipaksajadikan saksi kepada pembolotan dan ketidakpuasan nafsu haiwaniah darah pewaris bangsanya sendiri!
*Menyelami, memahami, merasai, menghayati, membawa demi menghidupi dan merekonstruksi sejarah watak dan keperibadian susuk seorang wanita kental dengan prinsip semangat menjadi tangan agung memegang amanah yang suci kudus walaupun keskaralan itu musnah pupus setelah dirampas secara paksa! Sakral itulah simbol bangsa aku!Simbol bangsa kamu semua!Apalah gunanya lagi, kerana besi tetap besi, emas tetap emas yang tiada berguna apa-apa lagi ketika simbol yang dibawanya telah pupus ghaib hapus luput!
Engku Puteri Raja Hamidah sukarnya untuku naratifkan siarah dan siasahmu kerana berkeluk seribu sepanjang perjalanan ini, usiaku yang memanjat 25 tahun ini tanpa sesiapa di sisi, hanya sekeping sejarah yang berhabuk, juga pandangan sinis wanita bongkak zaman kini yang meludahi wajah sejarah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan