06 Februari 2009

Ulasan Filem Maut-Naratif 3-

JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah.
BLACK METAL
Pemujaan syaitan. Muzik syaitan. Lirik syaitan. Budaya syaitan. Simbol syaitan. Perangai syaitan. Gig syaitan.
PERUBAHAN
JJ meludah muka seorang lelaki tua penjual buku agama. Aku teruja mahu melihat apa lelaki tua itu katakan setelah diludah oleh JJ. Mengecewakan. Dialog itu amat tidak berkesan. Tidak menusuk. Malah nampak sangat ia dibuat-buat dengan terlalu mudah. Bade apa dah jadi ni?
DIALOG-Al Quran daripada Nabi Muhammad!
Bila lelaki tua itu berkata sebagai reaksi terhadap kata-kata JJ yang menyatakan dia tidak percaya ayat-ayat suci Al Quran. Lelaki tu tersebut menyatakan ayat-ayat yang tertulis dalam buku agama yang dijualnya itu diambil daripada Al Quran.
Paling aku nak hempuk kepala aku ialah bila lelaki tua itu kata "Al Quran itu daripada Muhammad SAW."
Ya Allah, Bade. Apa dah jadi ini?Kalau di luar filem aku boleh terima lagi kerana kita boleh huraikan lebih lanjut apa maksud Al Quran daripada Muhammad SAW. Kita boleh katakan Nabi Muhammad menyampaikan isi kandung Al Quran kepada umat maksudnya. Tetapi dalam filem ia suatu bingkai. Ia sebuah filem. Dibingkaikan. Bila lelaki tua itu berkata demikian tidak ada penerangan seterusnya maka orang bukan Islam atau tidak tahu tentang Islam akan mengatakan ya benarlah Al Quran daripada Nabi Muhammad. Maksudnya Nabi Muhammad yang mencipta Al Quran. Inilah bahananya bila Bade selaku penulis cerita, skrip dan lakon layar tidak peka dengan dialog yang dituturkan watak.
Kalaulah lelaki tua itu kata "Al Quran daripada Allah yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril untuk disebarkan kepada ummat manusia akhir zaman" maka aku rasa itu jauh lebih baik.
Bukankah subjek cerita ini bertitik tolak minat Bade terhadap keMalaikatan?Malah ia boleh diperluaskan lagi. Misalnya JJ mempersoalkan apa itu malaikat dan macam mana? Tentulah ia menjadi lebih menarik. Ia bertepatan dengan roh filem MAUT ini dibikin.
MESEJ
Paling aku tak suka bila lelaki tua itu kata kepada JJ, "Kamu pun dah besar. Boleh fikir sendiri bla bla." Alasan aku sama. Babak itu terlalu naif. Kemudian JJ menampar tangan lelaki tua hingga jatuh beg plastik berisi wangnya. JJ berlalu dan bila JJ beralih semula melihat lelaki tua itu dah ghaib.
MUZIK SYAITAN
Bergema sewaktu JJ dan kawan sekepalanya dalam kenderaan. Dengan muzik syaitan yang kuat dan entah apa-apa liriknya itu JJ macam termenung. Tidak jelas Bade apa sebab JJ termenung. Apakah sebab berlaku kasar terhadap lelaki tua tersebut yang hilang ghaib?
Ok juga tapi itu biasa. Kalaulah JJ berfikir ghaib lelaki tua itu beserta dengan fakta tentang malaikat yang mungkin pertama kali didengarinya maka itu lebih menarik!
Dan seperti diduga kemalangan adalah aspek termudah untuk menyelesaikan naratif ini.
IMBAS MENGIMBAS
Tak salah. Ok aku puji itu. Dipaparkan JJ sewaktu kanak-kanak mahu solat tetapi ditegur oleh mak dan ayahnya jangan solat sebab JJ masih kanak-kanak. Persoalannya mengapa dilarang anak bersolat? Yang aku tahulah banyak ibu bapa menyuruh anaknya bersolat sebelum baligh lagi. Dan anak itu juga yang degil kadangkala.
Melainkan kalau mak dan bapak memang tidak solat maka anaknya akan turut sama jejak langkahnya. Namun aku rasa tidaklah sampai ibu bapa itu melarang anak sendiri bersolat. Jika adapun mungkin ada sebab tertentu yang kuat. Dan ia jarang berlaku. Mengapa Bade buat babak tersebut tanpa memikirkan dulu?
Nampaknya Bade cuba menghubungkan babak itu dengan watak kanak-kanak berlumuran darah muncul didepannya sewaktu Roh ? JJ merangkak naik ke tebing. Aku keliru sekejap. Kerana ada hadis mengatakan amalan buruk dan baik akan menyerupai diri kita sewaktu di dunia yang akan ada di sisi manusia sewaktu di dalam kubur menanti kedatangan malaikat mungkar dan nangkir.
Namun kewujudan kanak-kanak itu melesetkan tafsiran itu. Lantas ia dihubungkan dengan larangan ibu bapa JJ sewaktu kanak-kanak jangan solat. Pelik.
MENDAP
Dan sewaktu JJ dikebumikan tanah kuburnya mendap ke bawah hingga berkali-kali terpaksa ditimbun tanah. Yang memelikkan aku lagi ialah kakak JJ mengatakan "Kubur arwah ayahnya tidak pula seperti kubur JJ. Elok saja kubur ayahnya." Jadi ayahnya yang melarang JJ solat itu bagaimana pula ya?Dalam konteks pembalasan. Mungkin dia sempat bertaubat namun dalam filem seperti mana aku nyatakan tadi ia dibingkaikan. Ia mesti ada subjek dan premis. Hujung dan pangkal. Tidak boleh tergantung sesuatu itu. Kalau nak pun buat berikan klu agar penonton dapat tafsir sendiri. Namun MAUT mengelirukan bagi naratif ke 3 ini. Bagaimana nak mendefinasikan adegan2 mengelirukan ini Bade?Bantu aku!!!
Zulkaedah..penutup filem MAUT. Bagi aku memasukkan bulan Islam seperti kredit bermula Sy'ban, Ramadhan dan Syahwal hanya teknik semata-mata. Ia tidak banyak membantu. Hanya menjadi suatu sempadan kepada Bade sahaja untuk menyempurnakan filemnya.
Mungkinkah ada sambungan Bade?Eloklah buat sambungan. Belajar daripada kelemahan cerita dan kelonggaran dialog. Subjek anda bagus. MALAIKAT, MAUT, DOSA. Rumusannya aku suka filem ini walaupun demikian ada banyak perlu dibaiki lagi terutama cerita, cerita dan cerita. Tolonglah wahai penulis skrip sekelian. Berlaku lojik, halus dan bijaklah menangani skrip anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan