Seks tanpa cinta bermakna perogolan. Cinta tanpa seks bermakna batang pisang! Namun adakah cinta dan seks itu dapat dilakukan sewewang-wenangnya?Aduhai jiwa!Janganlah begitu. kadangkala satu angan-angan membawa kegilaan. Contohnya menyintai seseorang yang tidak menyintainya. Membayangkan aktiviti seks menyebabkan otak terbius dan tertipu. Semalam aku menerima sms daripada seorang kawan. Gadis. Dia bertanya kepadaku.
Adakah saya salah menolak pinangan lelaki yang saya tidak suka kepadanya?Aku menjawab-tidak. Selang bebarapa minit kemudian mesejnya tiba lagi. Apakah saya mesti melaporkan kepada polis kerana lelaki itu membuat kacau di depan pintu pagar rumahnya?Aku termenung sejenak. Ekstrim di malam Valentine!Kemudian aku menjawab. Psiko. Telifon saja polis. Dia menyetujui saranan aku. Aku menghantar mesej lagi kepadanya. Mungkin awak terlalu baik melayannya...dan dia tersalah sangka atau apa?Dia menjawab. Saya tidak pernah berkawan rapat dengannya. Cuma saya menjaga ibunya sewaktu dia belayar. Oh kelasi rupanya.Setengah jam kemudian aku bertanyakan lagi apa perkembangan. Dia menjawab. Lelaki itu membuang seluarnya lalu dilemparkan ke dalam kawasan rumah saya ketika polis tiba. Dan menjerit. Aku tidak akan benarkan sesiapapun memiliki kau!. Seorang jiran yang cuba menenangkan si kelasi tersebut telah dibaling botol arak ? sehingga tercedera. Cukup untuk membuatkan si kelasi yang hilang akal itu merengkuk dalam jel. Macam-macam. Apa yang berlaku dalam dunia ini disekeliling kita kadangkala amat menarik untuk dihalusi dan babak-babak kehidupan beginilah sesuai untuk dijadikan babak dalam filem atau darama kita. Barangkali. Tetapi babak yang 'dapat' ini agak klise tetapi ia agak segar dan agak menarik kerana mungkin ada cerita di sebalik itu yang aku tidak tahu. Mustahil seorang lelaki boleh jatuh cinta dan gila akibat cinta kepada seseorang gadis tanpa sebab. Kecantikan?Kegadisan?Keghairahan?Atau apa...Sambil-sambil melayan perasaan dan fikiran semalam, aku sempat mencatatkan sebuat sinopsis. Dalam 20 minit ia siap. Ini bukan tentang peristiwa ekstrim di malam Valantine. Ini subjek yang aku telah agak lama perolehi dan masakkannya dalam kepala. 1 sinospsis lengkap-walau konflik dan klimaknya masih tidak tergambar. Dan menulis kembali 1 subjek idea lain yang sangat-sangat mengujakan aku. Petang ini Nisa datang bersama Shahril. Untuk mengedar kad jemputan kahwin abangnya. Dan kami akan ke rumah saudara mara sekitar Shah Alam untuk mengedarkan kad jemputan tersebut. Sebelum itu aku perlu membasuh baju! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan