Ia adalah tentang kehidupan. Pengalaman. Ilmu. Apa sahaja. Ia berjalan dalam suatu bentuk. Iaitu CERITA.
Dokumentari juga suatu bentuk CERITA. DOKUDRAMA dan program TV lain berkembang dalam bentuk asalnya iaitu CERITA. Cuma dalam drama dan filem CERITA itu tetap CERITA yang dirangka dalam skemanya tersendiri.
Kita muslim. Apakah perlu drama dakwah?Sy pesimis hal ini.Sementelahan juga saya mengatakan DEXTER juga dakwah. Filem2 Amerika spt Rambo juga suatu bentuk dakwah. Jadi filem dakwah. Drama dakwah.
Perkataan tidak penting kerana selalunya ia tidak menggambarkan keseluruhannya. Selagi drama itu berjalan atas dasar kebenaran dan isu kemanusiaan makanya kita mendapat pahala sebagai muslim. Buat saja. Kita tak mau drama dakwah itu di lawankan dgn drama biasa yang dianggap khurafat, syirik, tahyul, sekular dan apa2 lagi.
Drama adalah drama. Ia sebagai salah sautu cabang seni. Tidak semestinya bila sy menonton sebuah drama tentang pembunuhan maka sy nak membunuh orang. Sy berfikir disebalik itu.
Tulis saja. Sy berfikir semua penulis skrip mahukan yang baik. Cuma kadangkala juduld an cerita tu nampak tak baik. Soal cara ialah soal teknikal. Ya, kita mungkin boleh bincang dari sudut seksi dan bla bla lagi.
Yang penting drama itu drama . Dakwah itu unievrsal. Sebaik-nya jgn mengajar penonton. Sebaliknya dedahkan kepada mereka. Drama yang baik memberikan peluang kpd penonton untuk menilai baik dan jahat. Kerana tidak selamanya drama yang baik semuanya itu atau drama dakwah dapat membawa penonton selalu jadi baik sentiasa.
Ayoh, tulislah skrip yang baik. Tanpa meletakkan ia sebagai sebuah drama apa. Boleh masukkan subjek agama tetapi luaskanlah skopnya. Tambahkannya dgn ilmu2 bantu dan semasa. Spt biasa dedahkan.Jgn menggurui penonton.Ia salah satu ciri skrip yang baik. yang penting, penulis kena setkan minda-sy yakin rata2 penulis skrip manusia yang baik, normal dan berbakti kepada masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan