Kalau sudah muak dengan drama-drama melayu dengan watak-watak dunia korporat yang penuh dengan masalah, main belakang, datuk yang curang, perebutan saham syarikat dan sewaktu dengannya.
Mengapa anda sebagai penulis skrip menuliskannya kembali?
Tidak salah menduniakan dunia korporat dalam drama namun berusahalah untuk memberikan cerita dan pemaparan watak yang berbeza atau sedikit berbeza. Setakat ini aku belum menonton lagi drama korporat Melayu yang tidak menyatakan ahli korporat yang baik. beriman, mermotivasi dan berjaya. Maknanya sebuah inspirasi!
Membikin cerita kaya inspirasi sudah banyak dilekukan oleh penulis luar. Mengapa kita tidak?Benar. Dalam drama adanya konflik. Namun sejauh mana konflik itu kita tangani dengan bijaksana. Contohnya Datuk A kaya raya menghadapi konflik saham syarikatnya bakal di 'curi' secara illegal oleh anaknya yang gila kuasa katakan. Maka berlakulah peristiwa meruntuhkan, perbuatan keji dan khianat seolah-olah orang melayu bila berjaya memiliki perniagaan sendiri akan mengalami masalah demikian. Amat mengharukan! Apakata kita ubah sedikit iaitu anak Datuk A menjalani suatu 'tempoh latihan' yang sengaja dirancang oleh Datuk A sebelum diwariskan syarikatnya kepada anaknya itu. Dalam usaha itu berlakulah pelbagai peristiwa yang memberikan inspirasi. Drama aau filem mestilah memberikan inspirasi murni kepada penonton. Itu yang terbaik buat masa sekarang. Cara menampilkan inspirasi?Tak perlu secara berkhutbah. Cukup secara bercerita.
Sebenarnya aku tidak menyalahkan pembikin filem superhero seperti Superman yang dibikin yahudi dan mempunyai mesej Yahudiah itu kerana itulah sifat filem sebagai agen propaganda. Ia disampaikan dalam bentuk budaya popular bukan secara serius. Walaupun demikian Superman berjaya menjadi watak superhero yang menambat hati penduduk dunia termasuk kanak-kanak muslim.
Justeru, kita sebagai orang Islam berbudaya timur ada caranya tersendiri. Tidak sasalah Cicak-Man namun salah sebab tidak mempunyai identiti yang jelas hanya peniruan. Peniruan tidak salah. Konsep superhero dimulakan melalui komik bukan filem atau drama. Namun identiti superhero atau watak mestilah daripada kebudayaan dan pemikiran kita sendiri.
Melalut pulak aku. Ye, semestinya penulis menjadi manusia yang tajam mata dan mindanya untuk memperosokkan dirinya ke tengah komuniti dan masyarakat-pandang, dengar, rasa dan laluinya secara berseni, catatkan sesuatu yang unik atau tidak unik-simpan walau ia bukan dalam bentuk cerita-bentuk adegan dalam hidup sebenar-ia bermanfaat kepada penulis skrip membentuk watak dan perwatakan dalam ceritanya kemudian hari.Yang pasti watak yang unik sedikit berbeza dan beridentiti akan menjadikan sesebuah drama atau filem menarik dan tidak puas ditonton.
Selain ceritanya yang beridentiti. Contohnya cerita hantu. Watak hantu tersebut mestilah sedikit berbeza. Jika di Holyywood hantu digambarkan boleh membunuh orang secara fizik, maka hantu kita tidak demikian. Nama hantu juga berbeza. Watak hantu kita berbeza dengan watak hantu serigala jadian atau vampire. Kak Pon (pontianak) di negara kita tidak pernah membunuh manusia dengan mengigit leher. Jadi dalam apapun cerita dan watak pastikan dulu identitinya. Atau wujudkan identiti terbaru tiada dalam mana-mana kebudayaan dan pandangan dunia komuniti-ia lebih kepada fantasi, namun jika ia seperti watak dalam filem Antoo Fighter baiklah tak payah.
Penulis kena masak betul dengan watak yang diciptanya terutama watak hibrid ini kerana kalau salah tampil akan jadi watak badut yang melucukan!
Assalamualaikum saudara Ali. Saya senang membaca artikel ini. saya cukup bersetuju apa yang saudara utarakan. kita mempunyai pendapat yang sama. saya punyai impian untuk naskah yang ditulis saya akan diangkat menjadi sebuah filem. sebagai seorang muslim, saya tahu, kalau saya menulis skrip yang mempunyai adegan bersentuhan, sedikit sebanyak 'saham' dosa turut terpalit kepada saya. jadi saya ada menulis sinopsis dan treatment untuk cerita saya. Moral cerita saya turut menerapkan konsep tasawuf (redha, zuhud, dll). saya yakin naskah sulung saya mampu memberi kelainan. sekurang-kurangnya itulah apa yang saya rasa sekarang. Pada pandangan saya, filem yang bertemakan islamik tidak semata-mata mengambarkan pasangan berjubah, berserban. namun demikian, filem yang dilabelkan sebagai islamik tetapi masih mempunyai adegan bersentuhan dan perempuan berpakaian seksi. dimana islamiknya? alasan mereka, itu sebelum dia berubah menjadi baik. sebuah filem Iran (saya lupa tajuknya) mengisahkan percintaan suami isteri, langsung tiada adegan bersentuhan dan aurat telah memenangi anugerah di festival filem Berlin.
BalasPadammaafkan saya kalau ulasan ini panjang! :)
begini, jika saudara tiada keberatan, juga jika saya tiada mencuri masa saudara ali, saya teringin untuk cerita saya diulas saudara. adakah sesuatu adegan itu keterlaluan dari sudut islamik dan sebagainya.
sekian.
saya berterima kasih jika saudara membaca ulasan yang tidak seberapa ini. dan saya cukup bertuah jika mendapat respons dari saudara!
assalamulaikum,
nzmy dzul