06 Februari 2009

Ulasan Filem Maut-Naratif 2-

Dalam Naratif 2, diketengahkan kisah Farah dan Duke-pergaulan bebas-arak, hiburan, disko, parti dan maksiat. Mereka berkahwin kemudian bercerai dan bersama semula selepas Farah sedar daripada komanya. Dalam koma itu Farah melalui pengalaman rohani apabila diseksa dalam api neraka.

NERAKA
Yang aku tahu api neraka bewarna hitam bukannya merah seperti yang termaktub dalam sebuah hadis. Walaupun Bade tidak mengatakan ia dalam neraka dan lengkap dengan peringatan di bawah adegan tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana kepercayaan dan melainkan hanya pengalaman ketika koma. Tetapi aku menganggap Bade cuba menggambarkan neraka. Jika Bade mengatakan ia neraka tentu LPF tidak mengizinkan babak tersebut disiarkan. Seksa selepas mati?Seksaan kubur dan neraka. Bagaimana pengalaman diseksa dapat dilalui ketika koma tidak aku nafikan kerana ia hampir sama dengan apa yang aku alami-bezanya aku melihat gunung pecah, lahar bersemburan, langit kucar kacir, bintang berjatuhan, bumi terbelah sana sini-mungkin menggambarkan kiamat.

LAKONAN
Lakonan Duke agak baik walau dia cuba menyembunyikan 'sesuatu' apabila tersenyum. Ia akan janggal apabila Duke mahu senyum lebar tetapi terpaksa ditahan dengan 'bibir'! Lakonan Duke baik secara keseluruhannya. Jangan salah sangka!Lakonan meneguk arak tidaklah aku suka sama sekali. Juga Farah yang menjulang botol arak dan juga menggayakan minum arak. Biarpun ada khilaf aku memilih tidak boleh walau berlakon sekalipun.

Dan aku teringat tentang seorang kawanku yang sangat hebat berbicara hal agama-tajdid kononnya-atau berfikiran terbuka dan pembaharuan, namun mengajak aku ke disko dan mengatakan meneguk arak sedikit tidak mengapa asalkan tidak mabuk. Percaya kepada agama Yahudi biarpun beragama Islam dan menentang memanggil Nabi Muhammad SAW seperti ini. Baginya cukuplah memanggil Muhammad saja. Kurang ajar.

Pemikiran jika tidak dipandu wahyu begitulah jadinya. Bertuhankan nafsu dan perasaan sendiri sudah betul dan benar.

DIALOG nya biasa saja. Tetapi aku ingat kata Farah ini.

Farah
Bila berkahwin saya fikir sayalah yang membimbingnya. Tetapi saya pula mengikutinya
.

Lebih kurang begitulah ungkapannya. Ok. Ia suatu realiti dna banyak berlaku. Kononnya kita berkahwinlah hatta dengan gadis bukan Islam atau pemuda bukan Islam. nanti bimbinglah mereka ke jalan tauhid. Ataupun kahwinlah biarpun dengan gadis bebas dan tidak bertudung asalkan nanti suami membimbing atau sebaliknya.

Prinsipnya mudah. Jika diri tidak terbimbing apatah lagi mahu membimbing orang lain!

Namun dalam drama ini Farah mengutuk lelaki Melayu jahat tidak sebaik lelaki orang putih. Jawab Farah ketika bapanya mengatakan ada lelaki melayu baik, Farah dengan segera menyatakan lelaki Melayu itu adalah lelaki Melayu terakhir. Baiklah. Aku tidak mahu komen hal ini. Aku mempunyai rakan yang nakal juga. Dan kalau yang baik terlalu egoistik dan mementingkan diri. Berlagak. Namun itu bukanlah maksudnya jahat. Jahat itu diukur dari aspek apa?Sepatutnya Bade memperjelaskannya sedikit. Bukan secara umum sahaja.

Dialog diatas juga membikin aneh kepada aku. Farah mengatakan dia terikut dengan budaya barat dan bebas Duke. Setelah mereka jadi suami isteri, Farah memerli Duke yang mempertahankan puasanya. Duke belajar berpuasa tetapi Farah memerli dan mengajaknya makan. Ketika itu bulan Ramadhan. Aku akan sentuh tentang bulan-bulan Islam ini pada halaman lain.

Jadi siapa yang mengikut siapa?Bade mesti halus dalam hal ini kerana seni itu halus. Dan kerana kesalahan begini terlalu mudah dikesand an dipersoalkan. Hilang mood menghayati cerita.

PERUBAHAN
Apabila Farah pengsan ketika menuju ke masjid. Itu saja. Ketika Farah tumbang dan diterpa seorang makcik yang meminta tolong-audien di depan aku mengeleng dan merungut-aku tahu mereka merasa muak dengan adegan itu-terlalu biasa Bade!

Namun aku tetap tabik kerana elemen itu menangkap visaul masjid dan kain telekung lal ditunjukkan kepada minah di sebelah aku yang berpakaian tidak cukup kain.

AKHIR
Farah sedar daripada koma. Dan menunggu Duke. Menyatakan mahu kembali kepada Duke. Aku pelik dan hairan. Apakah tidak ditakuti Farah akan hanyut kembali mengikuti budaya barat Duke yang bebas itu?

Tiada babak menyatakan Duke kian kejap pegangan agamanya dan berubah budaya kepada budaya islaminya.

Sekali lagi aku sedikit kecewa. Lebih baik membawakan Duke seorang atheis atau kristian dan bagaimana Farah dapat melepaskan diri daripada situasi tersebut. Cadangan aku. Yang aku fikir lebih baru sedikit berbanding naratif begini. Dan aku berasa bercampur baur dengan adegan sekumpulan gadis disko memakan pisang yang bentuknya seperti alat kelamin lelaki. Simbol seks?Bagiku agak melucukan. Di disko ada makan pisang. Ingatkan di surau atau di masjid saja tiap Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan