Watak watak dan watak....mesti ada identiti tersendiri. Penulis mesti berikan CIRI KHUSUS terhadap watak yang mereka cipta. Jgn biarkan watak itu sekadar WATAK CIPTAAN yang berdialog tetapi juga gambarkan watak anda itu sebagai WATAK YANG BENAR-BENAR HIDUP DI ALAM REALITI. Tontonlah filem2 yang baik sama ada filem2 Melayu klasik khususnya filem P. Ramlee sehinggalah filem2 barat terutama yang menang banyak anugerah itu.
Watak watak dan watak. Pemaparan watak khusus dari segi psikologinya yang diterjemahkan kepada aksi mesti berkesan dan ditonjolkan.
Namun ingat, jgnlah terlalu berlebih-lebih 'menggerakkan' watak itu berbuat sesuatu aksi . Cthnya aku tengok sebuah drama Melayu-tertengok- suatu babak, watak perempuan jahat memijak tangan watak baik. Ok setakat itu. Tetapi setelah babak itu sengaja dipanjang-panjangkan tak tahulah oleh penulis atau pengarah maka jadi tak ok atau KO kerana kehudohan suara watak baik meraung-raung sakit ditangannya dipijak-ia amat pelik, janggal dan memualkan!-
Watak watak watak bagaimana nak identitikan watak-penulis kena selami psikologi watak yang diciptanya. Tidak sekadar dialog dan cerita mendatar semata-mata. Cth yang aku ingat dalam filem The Aviator, watak pembantu iaitu pegawai akhbar kepada Hughes
-ketawa
-jelingan mata
-dialognya seperti "Sudah tentu boss"sewaktu menerima arahan Howard Hughes sangat mengujakan dan amat2lah berkesan.
Watak Hudson Hughes yang mempunyai obsesif kompulsif dan perfecsionist menjadikan watak Howard amat2lah berkesan dan jitu sekali. Melekat dalam memori aku!
Dan untuk baris yang terakhir ini, pergilah lebih jauh drp itu-maksudnya bertitik tolak drp perlakuan dan ciri khusus watak maka kita dapat jadikan ia SIMBOLIK terhadap sesuatu perkara-cthnya obsesif kompulsif yang dialami oleh Howard tidak semata-mata suatu penyakit malah suatu SIMBOLIK-apabila Howard mengatakan berulang kali "Arah masa depan berulang kali dalam babak akhir-sesuatu yang mudah cuma harus dikesani anda-maka skrip anda akan jadi baik dan unik.
CIRI KHUSUS watak
DIJADIKAN SIMBOLIK dalam salah satu ciri khusus watak tersebut.
Ia mudah. Cuma ia tidak disedari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan