Semata-mata sembahyang
Semalam aku menonton stau DOKUMENTARI bahasa Cina yang menunjukkan penganut agama Budhaa di sebuah kaasan pergunungan bersembahyang. Gerakan mereka sembahyang hampir sama dengan cara muslim bersolat. Iaitu berdiri dan bersujud. Namun sembahyang mereka nampak memenatkan kerana tiada rukuk! Ada responden yang ditemubual menyatakan dia bersembahyang di situ selama sebulan. Sehari dia buat 1000-3000 gerakan! Dia sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menyempurnakan niatnya sembahyang selama 100,000 kali selama 1 bulan. Dengan kawasan pergunungan dan sembahyang tanpa rukuk daripada berdiri terus sujud tentulah banyak gunakan tenaga!
Ulasan
Semua agama percayakan Tuhan. Tetapi bukan semua Tuhan itu Allah. Allah Maha Mengetahui naluri manusia untuk 'bertuhan'. Namun jalan ketuhanan tersebut sudah ditentukan panduan dan syariatnya oleh Allah menerusi wahyu lalu dipraktikkan oleh baginda Nabi Muhammad Sallallahuala wassalam untuk menjadi suri tauladan kepada umatnya. Justeru jalan ketuhanan selain drp itu tidak diakui oleh Allah walau niat mereka hendak bertuhan kepada Tuhan Yang Esa. Allah mengajar manusia bagaimana untuk menyembahNya. Dan Allah tidak menerima perilaku selain apa yang Allah ajarkan kepada manusia untuk menyembahNya.
Rumusan
Dan bila dicongak-congak terdapat kawan-kawan kita yang meninggalkan solat. Terlalu berat untuk menyempurnakan solat sehari semalam lima waktu tersebut. Walau dia sudah nampak kebenaran yang nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan