Di mana nak dicari? Dipercayai. Diyakini. Tidak menyakiti. Hari ini ada seorang kawan yang marah. Marah kpd aku kerana menganggap aku menipunya. Bukan tentang wang. Tetapi tentang suatu keajaiban. Sindirnya aku menulis skrip tentang keajaiban itu. Tercederalah hati. Cerita aku yang baginya tak lojik itu membuatkannya marah. Aneh. Ada juga manusia begitu. Pengalaman yang aku lalui tidak sama dengan pengalaman abahnhya. Tidak sama dengan pemikiran lojiknya.
Kawan, sesungguhnya aku tak suka marah. Tak suka menyakitkan hati. Biarlah. Kuncinya kawan sejati itu mestilah dipercayai dan dikenali. Bukan dibenci. Disangsi. Keajaiban bukan sahaja berlaku dalam cereka. Malah keajaiban berlaku dalam hidup. Malah keajaiban dalam cereka di ambil drp keajaiban dalam hidup ini juga. Aku tak kisah jika dia tidak mempercayai keajaiban yang aku lalui. Tetapi dia menyakiti. Dan memarahi. Aku tak suka membenci, menyakiti dan memarahi. Begitu juga aku tak suka dibenci dan dimarahi. Jadi di mana kawan sejati?
Tunggu bidadari nanti yang percaya dan sayang tanpa sangsi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan