Drama yang siap dan ditayangkan adalah hasil akhir drp skrip. Skrip terhasil drp sebuah idea/konsep/pemikiran/tema/kisah yang semua ini aku namakan sebagai SUBJEK. Setakat ini aku harap aku dan kalian faham. Sama-sama kita mencanai minda.
SUBJEK boleh didapati di mana-mana. Aku berikan contohnya. Contohnya kau berjalan-jalan di sebatang jalan di Bricfields. Katakan kau sedang derita kerana dikhianati si dia. Kemudian kau beranggapan bahawa hidup ini tiada gunanya lagi. Cinta. lelaki. Kata2 muluk. Setan semuanya itu!Katakan kau berANGGAPAN kau mahu terus hidup bujang dan andartu sampai ke tua.
Makanya itulah ANGGAPAN ATAU HIPOTESIS AWAL KAU DRP SUBJEK YANG KAU DAPAT.
SUBJEK-cinta yang dikecewakan.
HIPOTESIS-anggapan awal kesan drp subjek.
Kau pun duduklah lepak minum di sebuah gerai makan di kaki jalan.
EXT. GERAI MAKAN DI KAKI JALAN-SIANG
Kelihatan K (KAU) sedang melongo menunggu pesanan minuman. Tidak berapa lama kemudian sepasang tunanetra berjalan melintasi di depan K lalu duduk di meja yang bertentangan dengan meja K duduk. Mereka saling senyum dan mengacan anak mereka dalam lingkungan usia 2 tahun yang didukung oleh ayahnya.
K melihat mata anak kecil itu yang bersinar jernih. Kemudian kamera fokus kepada pasangan tunanetra itu yang saling tersenyum dan ketawa kecil serta ceria wajah mereka. Kemudian fokus kepada muka K yang monyok melongo memadang mereka.
K (V/O)
Mereka buta mata. Aku celik. Tapi gagal. Mereka berjaya. Hadiahnya adalah anak yang comel. Yang celik. Menjadi mata mereka.
Pelayan meletakkan kopi pekat di atas meja K.
K
Berikan saya air buah...apa-apa saja...
(mata K terus memandang kepada pasangan tersebut)
Pelayan
Kopi ni?
Diam sejenak. K memandang ke muka pelayan yang bingung.
K
Semasa memesan kopi, hati ini segelap ini. Buta. Selepas melihat mereka, hati ini cerah semula, sejernih mata anak itu(menjeling kepada anak kecil itu)
Pelayan (senyum)
Rupanya bukan saya seorang yang mendapat pelajaran ini.
K memandang Pelayan itu masuk menyediakan minuman. K termenung seketika kemudan K mengeluarkan sebatang pen dan buku nota kecil daripada sakunya. K mencatatkan sesuatu.
K (catatan)
Cinta itu tidak buta. Manusia yang buta sebenarnya. Buta hati untuk menilai keaslian cinta. Aku mengutip permata yang ditengah kegelapan hatiku. Dengan mata seorang anak kecil yang Allah anugerahkan kepada sepasang pasangan tunanetra. Terima kasih Tuhan.
SUBJEK-derita dikecewakan cinta
HIPOTESIS-Mulanya pesimis tiada cinta yang sejati.
Kemudian berasakan adanya cinta sejati ddengan suatu BABAK. Itu boleh dijadikan resolusi kalau kau mahu jadikan pemerhatian itu sebagai sumber SUBJEK yang menggerakkan cerita dalam karya kau. ATAU menjadi suatu HIPOTESIS lanjutan dalam hidup kau. Kerana nasib kau tidak sama dengan pasangan buta itu secara realitinya. Atau juga kalau kau nak jadikan bahan karya, ia juga boleh jadi HIPOTESIS..maknanya selepas itu kau kembangkan cerita bagaimana Kau mencari cinta sejati itu dengan hipotesis lanjutan yang kau perolehi itu!
Menarik bukan!Ia menjadi suatu sumber subjek yang menarik.Nanti bersambung kepada proses yang berlaku sesudah adanya SUBJEK, HIPOTESIS ASAS DAN HIPOTESIS LANJUTAN....semata-mata mau bikin skrip yang baik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan